expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, May 29, 2010

Bersepakat membawa berkat

Aku belajar ini semua daripada kucing aku.
Ya, kucing terbiar yang adik aku jumpa.
Masih baby walaupun matanya dah terbukak.
Apasal tuannya kejam sangat memisahkan mereka dgan maknya?
Pernah mereka terfikir bagaimana anak kucing itu hendak menyusu?
Think logic, man!

Ok, pada hari ini aku bukan nak cerita pasal kekejaman tuan itu or apa ke. Tidak.
Bersepakat membawa berkat.
Itu tajuk yang akan aku elaborate hari ini.

Alkisah pada suatu hari,,
Dua anak kucing yang comel itu berada di dapur.
Aku hanya memandang telatah mereka yang mencuit hati.

Dan tiba-tiba,,
kucing-kucing itu beratur.
Kucing pun boleh beratur? Hairan.
Then, kucing yang di depan meneran, lalu diikuti oleh kucing di belakangnya.
Bersama-sama mengeluarkan isi perut masing-masing.
Aku terkagum sebentar dengan kesepakatan yang mereka tunjukkan.

Jika aku berkeupayaan memahami bahasa kucing, pastinya aku akan dengar yang kucing depan berkata;

"Apa yang penting, kawan?"

Dan kucing belakang akan menjawab,

"Kerjasama!"

Lalu bersama-sama meneran.

Ish jijiknya. Ada ke buat post pasal benda kutur macam nih? HAHA.


Moral of the story : Binatang yang tiada akal pun boleh bersepakat. Mengapa manusia yang dikurniakan akal masih berpecah-belah? Renung-renungkan lah.

P/S: Nanti aku upload gambar those kitties, ok? ^^

No comments:

Post a Comment