expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, May 29, 2010

Being cynical

Manusia sifatnya An-Nisyan atau pun pelupa. Perlu diingatkan selalu. Dan manusia terbaik ialah;

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” -- Ali Imran : 110

Aku bukanlah orang yang baik mana nak bagi tazkirah kat orang. Tetapi at least, we can try kan?

Aku orang Islam. Aku daie. Perlu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kepada yang mungkar. Aku akan dipertanggungjawabkan kat akhirat nanti. Nanti kalau dalam my book-of-records, takde amal 'amar makruf nahi mungkar' camne? Gasak la. Nak buat alasan, bukan mulut boleh bersuara time hari tu.

Hari nih aku nak bagi tazkirah macam mana nak bidas hujah pelik-pelik sebegini ;


  1. "Diamlah kau! Aku solat ke tidak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing."

    Sabar. After some breathtakes, jawab ;

    “Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong cover.”


  2. "Yang kolot sangat pakai jubah tudung segala, kau tak panas er? Cuba la vogue sikit."

    "Panas lagi azab kat akhirat nanti. Seksi-seksi hari nih, kena seksa-seksa hari kemudian. Lagi tak vogue."


  3. Tapi kalau orang tu cakap macam nih?

    "Ish kau. Cuba pakai baju macam aku. Seksi! Ini takde cut. Cuba lah cut-cut sikit. Baru menarik."

    "Please. Aku tak nak orang kata ayah aku tak jaga kebajikan anak-anak pulak. My father bagi aku nafkah cukup. Kalau kau tak cukup kain, meh datang rumah aku. Berlambak."


  4. "Hello girl, style la sikit. Pakai baju biar sendat. Tunjuk apa yang kau ada. Release your pheromones. Barulah ada mamat kaya yang berkenan dengan kau."

    "Haish. Tak nak aku. Nanti tak pasal-pasal jadi mangsa sexual harassment. Mamat kaya ke mana maruah ke mana."



  5. "Kau tak couple? Rugi giler! Time nih la kau boleh merasa berpegang tangan, bermadah cinta, berkasih-kasihan. Indahnya!"

    Buat muka pelik dan cakap ;

    "Aku cuma kesiankan bakal suami aku. Aku tak nak dia dapat barang second-hand."


  6. "Kau janganlah jadi alim sangat. Ramai tak suka. Diorg mengumpat kau belakang-belakang. Aku cuma kesian kat kau. Apakata kau follow the flow je? Tak yah ar nak alim sangat."

    Relax , chill , and stay cool.

    "Oh iya diorg mengumpat aku? Patut la aku rasa sejuk semacam. Orang kata kalau ada orang mengumpat kita, pahala dia ditransfer kepada kita. Dosa kita pulak ditransfer kepada dia. Wee~ Zeronok habis dapat pahala free!"

    Ingat, orang benci kita tak apa. Asalkan Allah tak benci kita. Kan?

Maka, sekian ini sahaja lah tazkirah saya pada hari ini. Semoga dapat input penting dari olahan yang tak seberapa ini.

Tapi, ingat! Tegur orang tu secara baik dulu. Rasulullah pun tegur orang dgan cara yang paling berhikmah. Tapi kalau tak jalan jugak, lebih baik guna tips di atas.

Kadangkala kesinisan itu perlu untuk menimbulkan kesedaran.
- Nur Amira -

No comments:

Post a Comment