expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 14, 2010

Lihat


Sudah lama rupanya aku hidup atas muka bumi Allah.
Walaupun takdelah lama sangat.
Masih muda nih. :)

Friday, June 11, 2010

Determination

Aku takde bakat. Aku tak reti menulis karangan best-best. Aku tak kreatif macam kawan-kawan aku. Tulis English pun grammar tunggang-terbalik. Even lingua franca aku pun aku tak master habis. Vocabulary tak gempak. Mungkin aku memang bukan dilahirkan untuk bidang penulisan.

Frankly speaking, aku cemburu. Cemburu dengan semua kawan-kawan aku yang boleh buat poem dengan bahasa yang begitu indah dan berseni. Poems hasil tangan sendiri yang boleh menyentuh hati aku. Buat aku gelak, menangis, tersenyum. Jenis poems yang bermain dengan perasaan pembaca. Aku nak jugak buat poem macam uh. Tapi, aku tak reti.

Kerja aku time cuti, online online online. Bosan. Memang bosan. Even aku pun bosan. Tapi walaupun aku bosan, aku rasa berat nak lepaskan laptop kesayangan. Rasa berat nak log out dari Facebook. Haila. Patutnya time cuti ni lah aku mempertajamkan skill penulisan tapi apa yang terjadi? Facebook, kau memang melalaikan.

Usaha tangga kejayaan. Takde usaha, takde lah kejayaan. Aku faham tu. Writing is my passion but unfortunately I'm not born for it. But my friend once said;

"I'm not good at Addmaths naturally as he does. I'm not born for Addmaths. I'm making myself to do Addmaths!"

Thanks Fifa, that really helps.

I must force myself to write. Maybe I will fail sometimes but the failure itself is the one that makes me strong. Without failure, there's no way I am going to succeed.
English aku rabak seh.


And now, aku ada satu tabiat yang agak baru aku discover. Aku suka stalk blog orang. Sebab gaya penulisan mereka best. Sempoi. Blog kawan-kawan aku yang suka tulis poem pun aku baca macam Madihah dengan Mardhiah . Poem mereka tulis memang best.
Psst..Psst..Sebenarnya orang yang aku cakap aku jeles tu mereka berdua lah.


So how Amira? Are you going to give up? Losing hope, ey?

"Don't despair and never lose hope cause Allah is always by your side. InsyaAllah." - Maher Zain

Nope. I won't.

But how to begin?

"Turn to Allah, he's never far away. Put your trust in Him. Raise your hands and pray." - Maher Zain keep on singing.

Ya Allah, guide my steps in becoming an amazing writer. Help me. You're the only one that can fulfill my prayers. Grant my wishes, o Most Merciful. :)

Last but not least,

If you want for it, go for it. Ganbatte!

This is cool!



Superb!
Well, obviously they were creative.
Hope someday Malaysians will come with such ideas.
Or else, I'm gonna leave.
HAHA


I'm not kidding.

Tuesday, June 8, 2010

Yabedabeduu~

Dalam masa 3 hari, aku pergi 3 negeri.
batak. bukannya 3 negara pun.

Pahang, Johor, Melaka.
dalam Malaysia pun nak bangga.


Maka bermulalah ekspedisi yang menarik ini ;

Pekan, Pahang. Attend kenduri kahwin anak Tok Teh. Makanan tak perlu cakap memang lazat belaka. Paling-paling, opor. Memang lazat tahap tak boleh tarik jari keluar dari periuk. Bayangkan, berapa banyak makanan lebih lepas kenduri kahwin. Bayangkan pulak kalau kita yang dapat tapau makanan lebih tu balik rumah. Lepas tu bayangkan pulak, malam tu kita beli gula-gula 4 kampit borong bawak balik rumah. Tak ke menghancurkan diet namanya uh?

Muar, Johor. Menziarahi Tok Tina di kampung. Tok Tina yang memang well-known dgan kepakarannya dalam hal dapur pulak memasak untuk cucu-cucunya yang tersayang ini laksa johor. Makan lagi. Tak cukup kenduri kat Pekan, kat Muar pun kenduri jugak. Esoknya pekena mee bandung pulak. Bukan setakat hancur diet, dah capai takat lebur dah pun.

Batu Berendam, Melaka. Singgah sebentar di rumah Mak Ella dan anak-anaknya. Kak Lina pembantu rumah mereka menghidangkan asam pedas woot woot. Memang terangkat. Makan tak pernah nak ingat orang kiri kanan dan bila perut dah kenyang tahap melampau, landing baek punya tonton cerita Geng ramai-ramai. Bagai ular sawa kekenyangan.

Dan sekarang, ekspedisi ini meninggalkan hadiah yang sangat bermakna buat aku. --- Anugerah PJK

Perut Jauh Kedepan

Shoot! I should have hired a dietician.

Friday, June 4, 2010

The moment comes to its end

Kemusykilan. Moment ape yang dah berakhir nih? Cer sket.

Moment of truth?

Moment of happiness?

Momentum? Eh, itu topic Physics

Salah. Semua salah. Yang sebenar-benarnya, moment yang telah berakhir ialah ;

JENG JENG JENG

Moment of Examination Torment! -- Oh, Yeah!

MySpace Rasa seperti ingin berlari di awanan biru seperti Awan Dania.

Namun, adakah kau boleh bergembira sedangkan result belum dapat lagi, Amira? *guruh berdentum*

Ceit. Suara dari mana yang telah musnahkan kebahagiaan aku uh?!!


Fine, frankly speaking. Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) aku sangat susah tahap petala kelapan. Well, macam mana nak senang, cik Amira? Kau boleh online 24 hours non-stop tapi bila bukak buku Math tak sampai 20 minit dah buat tahi mata. Jiddiyah mana Jiddiyah? Ish.

So, oleh sebab dah lama tak mengupdate blog. Aku nak merapu panjang-panjang kali nih. All about examination. Adakah tajuk ini bosan? tekan alt + F4. Kebosanan anda akan hilang serta-merta.

Full report pasal setiap paper exam yang telah aku tempuhi mengikut tertib.

Bahasa Melayu 1 & 2: No biggie. Biasa sahaja. Tapi semua soalan peribahasa telah dengan jayanya aku bantai time periksa hari tu. Inilah anak Melayu zaman sekarang. Pasti pujangga Melayu zaman dahulu kecewa.

English 1 & 2: Yang ini sungguh aku hairan. Aku menulis essay sampai 5 muka surat. Pembetulan. Aku merapu essay sampai 5 muka surat. Entah mengapa idea terlalu mencurah-curah tidak kena pada tempatnya. So, be ready to pass with sinking colours.

Chemistry 2 & 3: Membazir masa sampai tak sempat jawab soalan Paper 2 sampai habis. Sungguh, aku keciwa.

Physics 2 & 3: Kalau mampu, buat soalan yang susah lebih ya cikgu-cikgu. Sebab kertas ini tersangatlah 'senang'.

Tafsir Hadis: Who in their right minds yang tak gembira bila dapat soalan bocor? ;))

Addmath:
MySpace MySpace MySpace The pictures tell.

Biology 3 & Tauhid Feqah: Keep in mind bahawa starch solution won't cause any changes to the potato strips but sucrose solution will. Kau silap lagi lain kali, aku siat-siat kau. Habis lebur 17 markah.

Biology 1 & 2: Nak convert amik accounting boleh?

Bahasa Arab Tinggi: Insha' jazzab jiddan. korang faham ke?

Bahasa Arab Azhar: Weh, penatlah buat insha' dua hari berturut-turut. Kaku jari-jemari dan otak mengalami sekatan sementara.

Pendidikan Quran Sunnah & Modern Mathematics: Moderate. Mild. Menarik.

Pendidikan Syariah Islamiah: Maaf Ustazah Suryati, maybe saya tak boleh dapat A++ kali nih. Soalannya terlalu mencabar kredibiliti saya. Chewah.

Sejarah 1 & 2: Tidak perlu panjang cerita. It's a Fail with capital F.

Physics 1 & Chemistry 1: Aku tak pernah sangka kertas Chemistry boleh jadi lebih susah daripada kertas Physics. Namun hari itu, persepsiku berubah.

Al-Quran: Sayang seribu kali sayang. Mungkin kau terlalu excited kot hendak pulang ke rumah. Maklumlah, dua minggu bakal rest in peace.

See how hectic my life was?

Itu pasal aku sangat bersyukur akhirnya moment itu berakhir. Fuhh~

MySpace
Stayed-up non-stop during this week

Maka, wajib qadha' tido dan perlu perap mata dengan timun sehingga malam purnama berikut menjelang kerana lingkaran gelap bawah mata semakin kelihatan.

Bahkan panda pun kalah.