expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 4, 2010

The moment comes to its end

Kemusykilan. Moment ape yang dah berakhir nih? Cer sket.

Moment of truth?

Moment of happiness?

Momentum? Eh, itu topic Physics

Salah. Semua salah. Yang sebenar-benarnya, moment yang telah berakhir ialah ;

JENG JENG JENG

Moment of Examination Torment! -- Oh, Yeah!

MySpace Rasa seperti ingin berlari di awanan biru seperti Awan Dania.

Namun, adakah kau boleh bergembira sedangkan result belum dapat lagi, Amira? *guruh berdentum*

Ceit. Suara dari mana yang telah musnahkan kebahagiaan aku uh?!!


Fine, frankly speaking. Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) aku sangat susah tahap petala kelapan. Well, macam mana nak senang, cik Amira? Kau boleh online 24 hours non-stop tapi bila bukak buku Math tak sampai 20 minit dah buat tahi mata. Jiddiyah mana Jiddiyah? Ish.

So, oleh sebab dah lama tak mengupdate blog. Aku nak merapu panjang-panjang kali nih. All about examination. Adakah tajuk ini bosan? tekan alt + F4. Kebosanan anda akan hilang serta-merta.

Full report pasal setiap paper exam yang telah aku tempuhi mengikut tertib.

Bahasa Melayu 1 & 2: No biggie. Biasa sahaja. Tapi semua soalan peribahasa telah dengan jayanya aku bantai time periksa hari tu. Inilah anak Melayu zaman sekarang. Pasti pujangga Melayu zaman dahulu kecewa.

English 1 & 2: Yang ini sungguh aku hairan. Aku menulis essay sampai 5 muka surat. Pembetulan. Aku merapu essay sampai 5 muka surat. Entah mengapa idea terlalu mencurah-curah tidak kena pada tempatnya. So, be ready to pass with sinking colours.

Chemistry 2 & 3: Membazir masa sampai tak sempat jawab soalan Paper 2 sampai habis. Sungguh, aku keciwa.

Physics 2 & 3: Kalau mampu, buat soalan yang susah lebih ya cikgu-cikgu. Sebab kertas ini tersangatlah 'senang'.

Tafsir Hadis: Who in their right minds yang tak gembira bila dapat soalan bocor? ;))

Addmath:
MySpace MySpace MySpace The pictures tell.

Biology 3 & Tauhid Feqah: Keep in mind bahawa starch solution won't cause any changes to the potato strips but sucrose solution will. Kau silap lagi lain kali, aku siat-siat kau. Habis lebur 17 markah.

Biology 1 & 2: Nak convert amik accounting boleh?

Bahasa Arab Tinggi: Insha' jazzab jiddan. korang faham ke?

Bahasa Arab Azhar: Weh, penatlah buat insha' dua hari berturut-turut. Kaku jari-jemari dan otak mengalami sekatan sementara.

Pendidikan Quran Sunnah & Modern Mathematics: Moderate. Mild. Menarik.

Pendidikan Syariah Islamiah: Maaf Ustazah Suryati, maybe saya tak boleh dapat A++ kali nih. Soalannya terlalu mencabar kredibiliti saya. Chewah.

Sejarah 1 & 2: Tidak perlu panjang cerita. It's a Fail with capital F.

Physics 1 & Chemistry 1: Aku tak pernah sangka kertas Chemistry boleh jadi lebih susah daripada kertas Physics. Namun hari itu, persepsiku berubah.

Al-Quran: Sayang seribu kali sayang. Mungkin kau terlalu excited kot hendak pulang ke rumah. Maklumlah, dua minggu bakal rest in peace.

See how hectic my life was?

Itu pasal aku sangat bersyukur akhirnya moment itu berakhir. Fuhh~

MySpace
Stayed-up non-stop during this week

Maka, wajib qadha' tido dan perlu perap mata dengan timun sehingga malam purnama berikut menjelang kerana lingkaran gelap bawah mata semakin kelihatan.

Bahkan panda pun kalah.

No comments:

Post a Comment