expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 8, 2010

Yabedabeduu~

Dalam masa 3 hari, aku pergi 3 negeri.
batak. bukannya 3 negara pun.

Pahang, Johor, Melaka.
dalam Malaysia pun nak bangga.


Maka bermulalah ekspedisi yang menarik ini ;

Pekan, Pahang. Attend kenduri kahwin anak Tok Teh. Makanan tak perlu cakap memang lazat belaka. Paling-paling, opor. Memang lazat tahap tak boleh tarik jari keluar dari periuk. Bayangkan, berapa banyak makanan lebih lepas kenduri kahwin. Bayangkan pulak kalau kita yang dapat tapau makanan lebih tu balik rumah. Lepas tu bayangkan pulak, malam tu kita beli gula-gula 4 kampit borong bawak balik rumah. Tak ke menghancurkan diet namanya uh?

Muar, Johor. Menziarahi Tok Tina di kampung. Tok Tina yang memang well-known dgan kepakarannya dalam hal dapur pulak memasak untuk cucu-cucunya yang tersayang ini laksa johor. Makan lagi. Tak cukup kenduri kat Pekan, kat Muar pun kenduri jugak. Esoknya pekena mee bandung pulak. Bukan setakat hancur diet, dah capai takat lebur dah pun.

Batu Berendam, Melaka. Singgah sebentar di rumah Mak Ella dan anak-anaknya. Kak Lina pembantu rumah mereka menghidangkan asam pedas woot woot. Memang terangkat. Makan tak pernah nak ingat orang kiri kanan dan bila perut dah kenyang tahap melampau, landing baek punya tonton cerita Geng ramai-ramai. Bagai ular sawa kekenyangan.

Dan sekarang, ekspedisi ini meninggalkan hadiah yang sangat bermakna buat aku. --- Anugerah PJK

Perut Jauh Kedepan

Shoot! I should have hired a dietician.

No comments:

Post a Comment