expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 23, 2010

Reserved

Tidak sangka kan? Manusia yang menangis bagai nak rak, meleleh air mata, meroyan sehari semalam kerana dipaksa masuk kawad pengakap peringkat sekolah mendaftar namanya untuk bertanding dalam pertandingan kawad peringkat daerah.

Nampak sangat memilih. Peringkat sekolah tak nak. Wakil sekolah nak pulak. Haish.

Tapi seperti kita semua sedia maklum. Amira tak reti berkawad-kawad nih. Even mereka pun risau, takut time 'perlahan jalan', aku meninggalkan skuad aku jauh ke belakang. Almaklumlah, langkah aku kan laju.

Namun Alhamdulillah, dapat jadi reserved. Sungguh, aku bersyukur walaupun tak jadi pengkawad tetap. Lagipun, aku ni ada darah gemuruh sikit. Bayangkan kalau lah aku masuk skuad tetap then tetiba aku menggelabah kat tengah-tengah padang kawad. Tak ke naya?

Cerita pasal kawad, latihan seperti biasa. Nama pun kawad. Memang memenatkan. Tapi Reserved tak boleh la kata penat, bukannya selalu berentap kat padang tu pun.

Buat makluman kalian, pertandingan akan berlangsung pada hari Selasa minggu hadapan.

Just around the corner, so supposedly, aku tak patut balik rumah kerana pastinya ada 'marching practice' kan?

Tapi oleh kerana dentist aku sangat pandai memilih tarikh, kebetulan appointment gigi aku jatuh pada hari Sabtu. Maka nak tak nak, wajib balik. Dr. Nora, I love you for this.

Tapi bagus jugak aku dapat balik. Homesick oh. Outing dibekukan. Minggu lepas tak balik. Tak pernah-pernah Amira tinggal kat asrama SAMBEST lebih dari seminggu. Memang culture shock betul. Alhamdulillah dapat balik minggu ni walaupun sekejap.

But still, rasa bersalah lah kat ahli skuad yang lain. Tapi nak buat camne. Gigi aku lebih penting dari segalanya.

Maaf ye skuad, tak hadir latihan 2 hari. Takpe takpe. Aku buat solat hajat kat rumah banyak-banyak kali doakan korang menang, okay?

Harap pembaca yang lain turut mendoakan kejayaan kami ye. HEHE.

Dan tolong doakan harap-harap Cikgu Wahdi tak drop aku dari skuad sudah. Penat-penat aku mengizinkan muka aku didedahkan ke sinaran UV semenjak dua menjak ni, kalau kena drop,, menangis tak berlagu!

*Updated. Pada pagi Ahad yang indah itu, aku pun bertolak untuk pulang ke asramaku yang tercinta. Tidak pernahnya aku pulang sebelum pukul 6 petang, namun pada hari itu aku telah memecahkan rekod. Mengagumkan, bukan?

And apa yang aku takuti, Alhamdulillah tak terjadi. Cikgu Wahdi tak drop aku dari skuad. syukran Ya Allah Namun, benda lain yang terjadi. Aku pulang silap timing. Kebetulan time aku arrive kat sekolah, skuad aku tengah didera pumping di tengah dataran. Maka secara automatiknya aku pun perlu terlibat sekali dalam penderaan fizikal itu. Malang sungguh.

Dan Alhamdulillah lagi sekali, skuad aku mendapat tempat pertama mengikut kategori KRS. Dan skuad bomba kategori GO & skuad pengakap kategori NGO sekolah aku pun turut menjuarai pertandingan mereka. Dan ketua platun terbaik turut diboloti oleh warga sekolah aku juga.

Aku sebagai Reserved, Alhamdulillah sekali lagi tak payah menggantikan sesiapa dari skuad tetap kerana mereka semua sihat walafiat belaka. Akan tetapi, kami berlima dari barisan Reserved ditugaskan menjadi jurukamera sementara. Bayangkan sorang pegang 5 kamera sekaligus! Tak menang tangan.

Okay pengajaran dari kisah ini ialah, tahun depan sekolah patut hantar 25 orang Reserved untuk jadi cameraman tak bergaji.

No comments:

Post a Comment