expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 10, 2010

Result?

Post ini dilakukan atas sebab,, *sila klik gambar untuk ulasan lebih lanjut


Oleh kerana aku ni bukan jenis yang suka menghampakan harapan orang, aku pun buat lah post yang bertajuk 'Result?' ini. HAHA

First clarification : Books make me fatigue.

Tengok buku pun boleh buat aku loya, apatah lagi ingin membacanya. Mungkin boleh muntah sebaldi kut. Okay itu hiperbola.

Want to know something?

I wrote a poem just days before PPT.

No high expectations please. My poem sounds horrible. But I still want to share it. Can I? blog sendiri pun nak mintak izin orang lain. pe daa

It sounded something like this;


I'm not Athirah who makes books as her friends
Nor am I Mardhiah who gets number one all the time
And obviously I'm not Zul as I haven't done any surgeries before

I'm just Amira
I drool during History
I hate learning Chemistry
I faint studying Biology

And yet how can you expect that I can sit for the exam?


It doesn't rhyme. I know.

Senang cerita, aku takde bekalkan sebarang weapon berkuasa tinggi pun untuk berperang di medan peperiksaan kali ni. Just berbekal doa, tawakkal, some efforts, and a little bit of knowledge, itu pun berkat stayup semalam sebelum peperiksaan.

Maka aku pun tak memberi harapan yang tinggi kepada keputusan yang bakal aku dapat. Usaha pun tak seberapa, takkan lah nak target tinggi melangit kut. Rasional la sikit.

Setelah berentap dalam perlawanan menahan kantuk malam-malam untuk ulangkaji, bertempur dalam medan peperiksaan, berhurah-hurah berjoli sakan cuti dua minggu, kini tiba masanya untuk aku menerima keputusan peperiksaan yang menggerunkan itu. Can you feel my heartbeat?

Stop it. Enough blabbering.

Frankly speaking, result aku biasa je. Tak segempak Zul mahupun sehebat Husainah sekalipun sefantastik Hanis Amalina. Just biasa.

But aku bersyukur sangat-sangat kepada Allah for this result. Alhamdulillah ada peningkatan dalam subjek SPM. But malangnya result SMA agak merudum ya anak-anak. Still, aku sangat gembira + teruja + seronok kerana aku betul-betul tak sangka or jangka yang aku boleh dapat result macam ni. Lihat usaha aku, aku tak rasa aku layak dapat keputusan sebegini. Maha pemurahnya Dia.

Namun persoalannya di sini, perlukah aku isytiharkan semua result aku?
Jawapannya, tidak.

Cukuplah sekadar anda tahu yang Addmath aku 40% nasib baik tak fail, Tauhid Feqah aku Jayyid and BAZ 1 aku pun Jayyid. See? I've said so. Result aku tak hebat mana.

Oleh kerana aku tak hebat, tak marvellous, tak fantastic or bombastic or gempak-tahap-dewa, maka tolonglah, tolong jangan sesekalipun membandingkan result aku dengan korang.

Aku tak suka. Serious aku tak suka.

Siapa makan cotton candy, dia yang terasa manisnya. :)

Siapa tak makan cotton candy, jangan nak mengada kata dia terasa manisnya okay.

Anyway seperti yang pernah aku tulis dalam buku ungu comel aku itu, mungkin Fitrah Jannah Farihah Afifah dan konco-konco mereka pernah membaca ayat ini kerana mereka pernah menceroboh buku aku itu suatu masa dahulu.

"Don't talk about my success, my failure is much more interesting."
- Anonymous

PPT is our past. PAT is our future. Learn from our past. Fight for our future. Ganbatte!

No comments:

Post a Comment