expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 26, 2010

Kau pergi jua~

Mengapa perlu kau pergi, ketika dirimu sudah mula bertapak di hati ini?


Kau, aku ingat lagi. Kali pertama aku bersua dengan kau, time tu Ramadhan kan? Aku Form 2 masa tu. Ada orang rekemen suruh aku bertemu empat mata dengan kau. Mulanya aku tolak, tapi lama-kelamaan aku dapat rasakan ada instinct yang mengatakan aku harus berjumpa dengan kau!

First 'date' kita. Time tu kita kat dalam satu bilik. Aku, kau, orang yang memperkenalkan kau kepada aku, dan rakan orang tu. Sejak hari tu, aku mula terpaut dan tersangkut kepada kau. Kita berjanji akan sehidup semati dan hanya akan berpisah kalau 'orang yang mempertemukan kita' yang meminta sedemikian.

Setelah itu, kita sentiasa bersama. Ibarat belangkas. Tak mungkin berpisah. Mulanya aku benci sangat dengan kau. Suka sangat nak mengendeng dekat aku. Kau tak sedar ke? Orang mempertikaikan kehadiran kau dalam hidup aku. Sebab kau, aku kena ejek. Sebab kau, aku kena hina. Sebab kau, aku kena cela. Sungguh aku benci sangat sangat dengan kau time tu. Rasa sakit sangat bile tetap terpaksa bersama kau. Nak buat camne? Kau yang tak nak berenggang langsung dengan aku!

Namun setelah beberapa masa kemudian, aku dah mula boleh menerima kehadiran kau dalam hidup aku. Aku cuba melihat sudut positif dalam kehidupan. Mungkin kau memang jodoh aku? Aku cuba bersangka baik. Mulai hari tu, aku dah tak malu bila berjalan dengan kau. Walaupun kau agak annoying kerana tak pernah nak berpisah dengan aku, sukar untuk dinafikan yang aku enjoy bila kau escort aku pergi sekolah, pergi musolla, asrama, dorm. Aku rasa seronok bila kau sentiasa teman aku makan, tidur, and so on. Kau memang teman paling setia aku pernah jumpa!

Pernah satu malam tu, kita stargazing moongazing. Bulan terang sangat malam tu. Bintang pun banyak berkerdipan. Aku suka tengok reaksi kau time tu. Mata kau bersinar-sinar penuh keterujaan bila pandang bulan ciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa. Kau suka ye tengok bulan? Aku suka tengok muka kau yang bersinar. Lain kali, kalau bulan tengah penuh kita night strolling lagi okay?

Tapi itu semua kenangan. Nak bawak kau tengok bulan lagi, hanya tinggal harapan. Kerana sekarang kau telah pergi jauh dari hidup aku. Semua kerana 'orang yang mempertemukan kita' dahulu. Dia yang memisahkan kita. Dia kata takde kompatibiliti lagi antara kita. Takde chemistry! Dan dulu kita memang pernah berjanji kan, kita takkan berpisah melainkan jika orang tu yang berkehendak sedemikian. Dan sekarang tibalah masanya untuk kita kotakan janji kita.

Akhir kata, maafkan aku kalau selama 2 tahun kita berpacaran, aku pernah menyakiti kau, mengguris kau, melukakan kau. Aku mintak maaf. Semoga kau dapat meneruskan hidup kau tanpa aku, dan doakan aku dapat menyesuaikan diri hidup tanpa kau lagi di sisi.

Ramadhan 2008 kita bertemu, Ramadhan 2010 kita berpisah. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Semoga kau tetap tabah. Selamat tinggal, braces.

Sunday, August 22, 2010

Sweet sungguh




Rahang aku terjatuh ke bawah.
Dek kekaguman tahap melampau.
Two thumbs up!

Saturday, August 21, 2010

Tag by Yasmin Abdullah

Adakah anda rasa anda hot?
Tidak. Aku cool. o_O

Bila kali terakhir anda makan pizza?
Hari Sabtu minggu lepas. Lepas tarawih. Setelah hari itu berbuka dengan melantak ayam masak merah , japanese beancurd , udang kari , daging masak lemak , ikan sweet sour , ayam percik , tepung pelita , etc. Okay hari itu perut aku hampir meletup.

Lagu terakhir anda dengar?
The Name I loved - Onew Shinee. *Fifa yang rekemen. Sedap~

Apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Menyanyi. *guruh berdentum* Okay, better stop.


Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

Mirae - Kawan-kawan.
Kiwi - Hafizah je.
Mammon - Certain friends.
Gigi besi / Gigi emas - Jannah & Fitrah. *kadang2
Amirae - Makhluk2 yang suka mengacau kerana tahu aku tak gemar nama itu.


Tag 8 orang lagi.

  1. Afifah Hasbi
  2. Madihah Azhar
  3. Mardhiah Fauzi
  4. Hanis Amalina
  5. Fadhilah Hana
  6. Farah Najihah
  7. Munirah Hanum
  8. Yulis Noor
Saje tag walaupun kebanyakan daripada mereka tak tahu pun blog aku. HOHO


Siapakah no. 1 kepada anda?
Pembekal sambal. ;)

Katakan sesuatu mengenai no. 5.
Muka dia cepat merah macam tomato.

No. 3 ada hubungan dengan siapa?
Ada budak MRSM minat dia. Mardhiah, ingat aku tak tahu ke.

Bagaimana dengan no. 4?
Hanis ada banyak hubungan. Hubungan kekeluargaan, persahabatan dan sebagainya. Tak tersenarai.

Pesanan buat no. 6.
Aku rasa Gerard hensem. Maka bersedialah untuk bersaing.

Kata-kata cinta buat no. 2.
Till death do us apart. Eceh.

No. 7 dan no. 8 ada persamaan.
Persamaan linear kah? Maaf, aku tak suka Addmaths.

Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang tag anda.

Bergaya.
Manga maniac.
Obses dengan Hlovate.
Suka pelangi.
Bekas madu Fitrah. ;)

Persamaan kambing dengan lembu.
Dua-dua pun dagingnya aku tak makan. Tapi susu mereka bermanfaat ye. Cow's milk buat minum. Goat's milk buat sabun.

Perasaan anda buat tag ini.
Tiada perasaan. Mungkin aku ini android bernyawa?

Friday, August 13, 2010

Welcome, Ramadhan.

"Allahumma bariklana fi Rajabin wa Syaaban wa balighna Ramadhan"

Alhamdulillah, doa termakbul. Pada tahun ini aku masih berkesempatan untuk bersua sekali lagi dengan bulan yang penuh barakah ini.

Bulan Ramadhan a.k.a bulan puasa.

Time bulan nih, amalan yang kita lakukan akan dapat pahala berlipatganda. Lebih-lebih lagi time malam Lailatul Qadr. Maka sama-samalah kita beramal ibadah dan menambah pahala dalam akaun amalan kita.

Tahun ni, aktiviti sekolah time bulan Ramadhan :

  1. Bersahur di DM.
  2. Qiamullail secara berjemaah pada malam Khamis.
  3. Solot Zohor berjemaah di Musolla Putera.
  4. Tadarrus bersama ahli dorm.
  5. Bacaan Al-Ma'thurat selepas Subuh dan Asar.
  6. Taa'lim selepas Asar.
  7. Tazkirah antara Maghrib dan Isya'.
  8. Solat Tarawih dan Witir.

Kat sini nak highlightkan nombor 8. 'Solat Tarawih dan Witir'. Time bulan Ramadhan je, kite ada solat tarawih, apalah salahnya kalau kita korbankan masa kita sekejap dari main internet, tengok TV, bahkan study sekalipun, untuk bersolat tarawih bersama-sama. Rebut pahala dalam bulan yang penuh keberkatan nih. Maka ikhlaskanlah niat kita, solat tarawih bukan sebab Badar wajibkan, tapi semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Tajdid niat.

Firman Allah dalam surah AlMa'un, 107 : 4, 5.

"Maka celakalah orang yang solat. (iaitu) Orang-orang yang lalai terhadap solatnya."

Mafhumnya di sini, celakalah bagi orang yang lalai dengan solatnya. Lalai tu bukan setakat solat di akhir waktu je. Kata seorang ikhwan dalam kelas aku, lalai tu juga membawa makna orang yang tak khusyuk dalam solatnya. Apa gunanya kalau kita solat lima waktu sehari semalam solat tarawih lapan rakaat, tapi fikiran entah ke mana? Bukak puasa makan apa, nak study apa malam ni, nak basuh baju bila, moreh hari ni roti canai ke, etc.

Kita sepatutnya fokus kan solat kita tu, kepada Allah. Kalau dalam solat pun kita boleh lupa Allah apatah lagi time luar solat? Kalau time luar solat kita banyak bicara hal duniawi, apalah salahnya 5 minit yang diperuntukkan untuk solat tu kita tumpukan sepenuh konsentrasi kat Allah? Renung-renungkanlah. Peringatan buat diri aku jugak.

Ramadhan ini lah, medium paling sesuai untuk kita berubah menjadi yang lebih baik kerana syaitan dibelenggu. Pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka. Kita perlu lawan nafsu je. Dah dimudahkan jalan buat kita. Chance dah ada depan mata, apa lagi grab jom!

Dan time Ramadhan ni lah, aku dapat rasakan suasana kat sekolah sedikit berubah. Terasa wujudnya satu bi'ah solehah. Nampak orang bawak mashaf tafsir pergi mana-mana. Solat dhuha time rehat. Tadarrus Al-Quran pantang ada masa lapang. Fenomena yang menarik dan harapnya berlanjutan walaupun Ramadhan sudah berakhir. InsyaAllah.

Aku tak lah sebaik mana nak bagi tazkirah, memberi peringatan kat orang. Tapi apalah salahnya, mengajak kepada yang makruf. Sambil tu, aku boleh cuba memperbaiki kekurangan yang ada pada diri aku sekali. Killing two birds with one stone kata omputehnya. Ataupun kata Melayunya, sambil menyelam minum air. :)

Akhir kalam, terimalah kata-kata yang aku jumpa dalam Internet ini ;

"Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR, bernombor 1431-H. Kita akan terbang dgn ketinggian 30/30 hari ke ats permukaan haus & lapar. Para penumpg diwajibkan untuk memasang niat PUASA & menegakkan kerusi SOLAT. Penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN. Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan SELAMAT MENEMPUH MADRASAH TARBIYAH RAMADHAN. Mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini."

Hayya Ihya'u Ramadhan. Sama-samalah kita menghidupkan bulan Ramadhan pada tahun ini. Semoga bulan Ramadhan tahun ini bermakna buat kita semua. Wassalam.