expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 26, 2010

Kau pergi jua~

Mengapa perlu kau pergi, ketika dirimu sudah mula bertapak di hati ini?


Kau, aku ingat lagi. Kali pertama aku bersua dengan kau, time tu Ramadhan kan? Aku Form 2 masa tu. Ada orang rekemen suruh aku bertemu empat mata dengan kau. Mulanya aku tolak, tapi lama-kelamaan aku dapat rasakan ada instinct yang mengatakan aku harus berjumpa dengan kau!

First 'date' kita. Time tu kita kat dalam satu bilik. Aku, kau, orang yang memperkenalkan kau kepada aku, dan rakan orang tu. Sejak hari tu, aku mula terpaut dan tersangkut kepada kau. Kita berjanji akan sehidup semati dan hanya akan berpisah kalau 'orang yang mempertemukan kita' yang meminta sedemikian.

Setelah itu, kita sentiasa bersama. Ibarat belangkas. Tak mungkin berpisah. Mulanya aku benci sangat dengan kau. Suka sangat nak mengendeng dekat aku. Kau tak sedar ke? Orang mempertikaikan kehadiran kau dalam hidup aku. Sebab kau, aku kena ejek. Sebab kau, aku kena hina. Sebab kau, aku kena cela. Sungguh aku benci sangat sangat dengan kau time tu. Rasa sakit sangat bile tetap terpaksa bersama kau. Nak buat camne? Kau yang tak nak berenggang langsung dengan aku!

Namun setelah beberapa masa kemudian, aku dah mula boleh menerima kehadiran kau dalam hidup aku. Aku cuba melihat sudut positif dalam kehidupan. Mungkin kau memang jodoh aku? Aku cuba bersangka baik. Mulai hari tu, aku dah tak malu bila berjalan dengan kau. Walaupun kau agak annoying kerana tak pernah nak berpisah dengan aku, sukar untuk dinafikan yang aku enjoy bila kau escort aku pergi sekolah, pergi musolla, asrama, dorm. Aku rasa seronok bila kau sentiasa teman aku makan, tidur, and so on. Kau memang teman paling setia aku pernah jumpa!

Pernah satu malam tu, kita stargazing moongazing. Bulan terang sangat malam tu. Bintang pun banyak berkerdipan. Aku suka tengok reaksi kau time tu. Mata kau bersinar-sinar penuh keterujaan bila pandang bulan ciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa. Kau suka ye tengok bulan? Aku suka tengok muka kau yang bersinar. Lain kali, kalau bulan tengah penuh kita night strolling lagi okay?

Tapi itu semua kenangan. Nak bawak kau tengok bulan lagi, hanya tinggal harapan. Kerana sekarang kau telah pergi jauh dari hidup aku. Semua kerana 'orang yang mempertemukan kita' dahulu. Dia yang memisahkan kita. Dia kata takde kompatibiliti lagi antara kita. Takde chemistry! Dan dulu kita memang pernah berjanji kan, kita takkan berpisah melainkan jika orang tu yang berkehendak sedemikian. Dan sekarang tibalah masanya untuk kita kotakan janji kita.

Akhir kata, maafkan aku kalau selama 2 tahun kita berpacaran, aku pernah menyakiti kau, mengguris kau, melukakan kau. Aku mintak maaf. Semoga kau dapat meneruskan hidup kau tanpa aku, dan doakan aku dapat menyesuaikan diri hidup tanpa kau lagi di sisi.

Ramadhan 2008 kita bertemu, Ramadhan 2010 kita berpisah. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Semoga kau tetap tabah. Selamat tinggal, braces.

1 comment: