expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 13, 2010

Welcome, Ramadhan.

"Allahumma bariklana fi Rajabin wa Syaaban wa balighna Ramadhan"

Alhamdulillah, doa termakbul. Pada tahun ini aku masih berkesempatan untuk bersua sekali lagi dengan bulan yang penuh barakah ini.

Bulan Ramadhan a.k.a bulan puasa.

Time bulan nih, amalan yang kita lakukan akan dapat pahala berlipatganda. Lebih-lebih lagi time malam Lailatul Qadr. Maka sama-samalah kita beramal ibadah dan menambah pahala dalam akaun amalan kita.

Tahun ni, aktiviti sekolah time bulan Ramadhan :

  1. Bersahur di DM.
  2. Qiamullail secara berjemaah pada malam Khamis.
  3. Solot Zohor berjemaah di Musolla Putera.
  4. Tadarrus bersama ahli dorm.
  5. Bacaan Al-Ma'thurat selepas Subuh dan Asar.
  6. Taa'lim selepas Asar.
  7. Tazkirah antara Maghrib dan Isya'.
  8. Solat Tarawih dan Witir.

Kat sini nak highlightkan nombor 8. 'Solat Tarawih dan Witir'. Time bulan Ramadhan je, kite ada solat tarawih, apalah salahnya kalau kita korbankan masa kita sekejap dari main internet, tengok TV, bahkan study sekalipun, untuk bersolat tarawih bersama-sama. Rebut pahala dalam bulan yang penuh keberkatan nih. Maka ikhlaskanlah niat kita, solat tarawih bukan sebab Badar wajibkan, tapi semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Tajdid niat.

Firman Allah dalam surah AlMa'un, 107 : 4, 5.

"Maka celakalah orang yang solat. (iaitu) Orang-orang yang lalai terhadap solatnya."

Mafhumnya di sini, celakalah bagi orang yang lalai dengan solatnya. Lalai tu bukan setakat solat di akhir waktu je. Kata seorang ikhwan dalam kelas aku, lalai tu juga membawa makna orang yang tak khusyuk dalam solatnya. Apa gunanya kalau kita solat lima waktu sehari semalam solat tarawih lapan rakaat, tapi fikiran entah ke mana? Bukak puasa makan apa, nak study apa malam ni, nak basuh baju bila, moreh hari ni roti canai ke, etc.

Kita sepatutnya fokus kan solat kita tu, kepada Allah. Kalau dalam solat pun kita boleh lupa Allah apatah lagi time luar solat? Kalau time luar solat kita banyak bicara hal duniawi, apalah salahnya 5 minit yang diperuntukkan untuk solat tu kita tumpukan sepenuh konsentrasi kat Allah? Renung-renungkanlah. Peringatan buat diri aku jugak.

Ramadhan ini lah, medium paling sesuai untuk kita berubah menjadi yang lebih baik kerana syaitan dibelenggu. Pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka. Kita perlu lawan nafsu je. Dah dimudahkan jalan buat kita. Chance dah ada depan mata, apa lagi grab jom!

Dan time Ramadhan ni lah, aku dapat rasakan suasana kat sekolah sedikit berubah. Terasa wujudnya satu bi'ah solehah. Nampak orang bawak mashaf tafsir pergi mana-mana. Solat dhuha time rehat. Tadarrus Al-Quran pantang ada masa lapang. Fenomena yang menarik dan harapnya berlanjutan walaupun Ramadhan sudah berakhir. InsyaAllah.

Aku tak lah sebaik mana nak bagi tazkirah, memberi peringatan kat orang. Tapi apalah salahnya, mengajak kepada yang makruf. Sambil tu, aku boleh cuba memperbaiki kekurangan yang ada pada diri aku sekali. Killing two birds with one stone kata omputehnya. Ataupun kata Melayunya, sambil menyelam minum air. :)

Akhir kalam, terimalah kata-kata yang aku jumpa dalam Internet ini ;

"Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR, bernombor 1431-H. Kita akan terbang dgn ketinggian 30/30 hari ke ats permukaan haus & lapar. Para penumpg diwajibkan untuk memasang niat PUASA & menegakkan kerusi SOLAT. Penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN. Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan SELAMAT MENEMPUH MADRASAH TARBIYAH RAMADHAN. Mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini."

Hayya Ihya'u Ramadhan. Sama-samalah kita menghidupkan bulan Ramadhan pada tahun ini. Semoga bulan Ramadhan tahun ini bermakna buat kita semua. Wassalam.

No comments:

Post a Comment