expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, September 13, 2010

GENG : Pengembaraan bermula!

Muar, Johor.

Aku tak sambut lebaran pakai pyjamas dengan bunny shoes!

Boleh pulak intro macam tu. Okay, sebelum terlambat ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua penziarah blog saya. Saya mintak maaf dari hujung lilitan tudung ke hujung stokin kalau ada tersilap bicara. Maaf jika ada yang pernah terluka dengan kata-kata saya selama ini. Tulus dari hati yang ikhlas. Dah bagi ucapan sweet-sweet ni, tak nak bagi tips ke? Duit raya meh. *_*

Now, beralih kepada tajuk post kita pada hari ini.

Pengembaraan bermula 2 hari sebelum raya dan berakhir pada 4 Syawal.

Aku bertolak ke Muar dengan perasaan yang seronok tetapi dengan mata yang mengantuk. Alih-alih bila aku sedar, bukak je mata ternampak satu kawasan yang penuh dengan baju bergantungan. Kemboja namanya. Eish, baru aku teringat. Aku kan belum beli baju raya.

Berpusing-pusing di tempat tu. Namun apa yang dicari tak ketemu jua. Tak kena dengan citarasa lah. Fed-up sangat, balik rumah atok bukak puasa, malam tu pegi sana balik untuk cari baju raya. Siap kena warning lagi, balik mesti dah ada baju! Haish, orang tahu ler, tak payah la nak warning bagai. -_-

At last, aku jumpa jugak baju yang kena dengan taste aku. Semua orang melepaskan nafas kelegaan bila melihat aku membayar baju tersebut. Mencabar jugak kan nak cari baju untuk aku? HAHA

Kalau korang ingat, dulu kan aku pernah cakap. Aku tak nak baju jarang, kembang dan terbelah. But shockingly, baju yang aku beli tu sememangnya jarang dan kainnya kembang sedikit. Bukan jarang translucent see-through uh. Aku tahu aurat seorang wanita tu had mana. Aku redesign sikit baju tu. Just dengan beberapa touch up, aku berjaya membuat transformasi baju jarang kepada busana muslimah sejati. Impressive, eh?

Enough cerita pasal baju. Nak cerita pasal raya pulak!

Change of mind. Malas lah nak cerita. Cliche sangat. Pergi beraya, makan kuih raya, kutip duit raya and so on. Rutin biasa.

Tapi yang luar biasanya, selain dari melantak kat dapur melicinkan periuk, aku ada buat benda berfaedah tau.


Aku baca buku!

This is not a book review. Don't worry. Aku tak nak jadi spoiler




Highly recommended. Tak tahu macam mana nak describe feeling bila baca buku nih. Buku ni amazing and very anticipating. Bila dah mula baca, rasa macam tak boleh nak lepas. Keinginan untuk mengetahui ending sangat memuncak-muncak sebab cerita ni sangatlah unexpected. Tak nak cerita sinopsis. Nanti dah tahu jalan cerita dia, tak best. So, better baca sendiri.





Buku ni cover dia tak menarik, pada pendapat aku. Aku tak put high expectations pun kat buku nih. But don't jugde a book by its cover. Lepas habis baca, dalam minda aku terngiang-ngiang 'buku ni best sudah'. Selalu kan novel cerita pasal perkahwinan bla bla. Yang ni cerita pasal budak sekolah menengah. Best, best. Bacalah, tak rugi.




Buku nih aku sendiri tak tahu apasal aku beli. Personal opinion aku terhadap buku nih adalah, tak suka. Penulis macam timbulkan banyak konflik. Then nak akhirkan dengan cara senang iaitu ; mematikan watak. Ending tergesa-gesa. Tak best.




Buku ni, rasanya memang ramai dah baca kan? As for me, writer dia memang hebat. Dia pandai main dengan feelings pembaca. Aku suka baca buku nih alone. Sebab? Emosi aku tak betul bila baca buku nih. Kejap-kejap ketawa, then menangis, pastu tersenyum. Takut kalau orang lain nampak, dia terus call Hospital Bahagia pulak. So, I must take early precautions.


Tapi yang peliknya, masa bila pulak yang aku curik untuk baca buku-buku nih?

Time perjalanan pergi Segamat, itu mesti. Kalau tak aku tidur je sepanjang perjalanan.

And, aku banyak baca buku time,, semua sepupu aku gather kat living room tengok cerita hantu. Aku memang allergic dengan horror movies, so I decided to memerap diri dalam bilik membaca novel. Langkah yang bijak, bukan?

Dalam perjalanan balik pulak, the unexpected happened. Kitorang henti kat Puchong kejap, tolong angkat barang makcik naik apartment dia.

Then, bila tengah angkat karton icecream soda,, ada KATAK MELOMPAT! Serius terkedu, tersentak lalu terkesima. Rupanya dia dah tumpang kitorang balik Selangor.

Kesian tengok katak tu. Pandang sekeliling apartment dengan wajah yang sayu. Tiada kehijauan pohon. Terpisah dengan keluarga. Takpelah katak, ini namanya cobaan. Semoga kau berjaya mengharungi dugaan hidup di bandar ye?

Okay, dah penat membebel. Sekarang izinkan aku untuk melelapkan mata. Salam.

Tuesday, September 7, 2010

The man

Everytime you ask him, "Do I look okay?"

He'll answer, "When I see your face, there's not a thing that I would change because you're amazing just the way you are. And when you smile, the whole world stops and stares for a while because girl, you're amazing just the way you are."

Then he'll say, "You know I'd never ask you to change. If perfect's what you're searching for, then just stay the same. So, don't even bother asking if you look okay."

That's the kind of man every woman ever wanted.

Tak perlu rupa paras yang kacak, duit yang berlambak, rumah yang gedabak, mahupun barang kemas segerabak. It's enough if you are more than willing to accept your partner the way they are. No need of those things, although they may help too. *wink*




Oh, tapi jangan lupa. Kriteria utama : Beriman
*wink lagi sekali*

Sunday, September 5, 2010

Lemak berlebihan

Hidup tak selalunya indah. Tak semua lelaki dikurniakan badan tough tiga segi. Dan tak semua perempuan dikurniakan badan macam hour-glass. Masih ada yang di luar sana badan macam Pooh. Walaupun Pooh lebih comel daripada mereka.

Sebelum itu, mari kita lihat a short video clip tentang budak yang montel ini ;




Comel bukan?

Sangat comel, indeed. Budak-budak kalau gemuk memang comel.

Tapi bila remaja, susah. Wujudnya hormon mencintai-dicintai, tapi bila confess kat crush kita, awal-awal ditolak sebab katanya kite tak good-looking. Masa tu kita fikir 'kenapa kita tak jaga badan dari dulu ye'?

Bila dewasa, contoh nak apply kerja jadi model mungkin --- okay itu terlalu mustahil. Contoh nak jadi waiter. Kadang-kadang manager nak tarik customer, cari pekerja yang fit-fit, tak nak yang fat-fat. Masa tu kita fikir 'menyesal aku tak pergi gym dulu'.

Then bila tua, doktor diagnose ada diabetes, darah tinggi, obesity, sakit jantung. Badan pun macam paralysed, susah nak bergerak. Masa tu kita fikir 'kenapa aku tak jaga kesihatan dari dulu'?

When that happens, there's no use of regretting. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Maka di sini, saya stresskan bahawa pemakanan sihat perlu kita amal dari sekarang. Dan rajin-rajinkanlah mengeluarkan toksik dari badan dengan cara bersenam. At least 3 times a week.

Btw, I've found this article yang for me, ia sangat menarik ;


Being Too Fat is Illegal in Japan Now
By David Nakamura

TOKYO, Japan — In Japan, being thin isn’t just the price you pay for fashion or social acceptance. It’s the law.

As the health care debate rages in the US, Tokyo lawmakers set a maximum waist size. 33" waist is the maximum now.


Jepun, negara yang terkenal dengan sumo-wrestlers itu, tidak sangka kan yang mereka boleh datang dengan idea sebegini. Tapi tak tahu lah kalau sumo-wrestlers tu terkecuali kan?

Akan tetapi, nak tanya sikit, tak salahkan bila kita gemuk?

Tak suka bila orang zaman sekarang set mind diorang bahawa gemuk itu hodoh. Gemuk itu menarik, tahu? ceh, tiru tajuk buku

Kadang-kadang kita memang ditakdirkan mempunyai badan yang agak besar daripada orang lain. Tetapi bukankah itu lebih bagus daripada menjadi orang Anorexia ataupun Bulimia? At least, kita dapat rasa nikmatnya makanan yang enak-enak. Bukan seperti mereka yang memuntahkan kembali makanan yang dah ditelan kerana nak kekal kurus. Patutnya kita bersyukur tau.

Dan satu lagi pesanan, being fat is not something to be laughed at. Sila take note.




Sangat bengang kan, tengok orang sebelah yang menggelakkan orang gemuk tu? Kalau ada remote control dari jauh untuk bukak ikatan seatbelt tu, dah lama aku tekan butang 'lerai seatbelt penumpang kiri'.

Benci benci benci.

For me, it is not funny. It is not even a joke. You are playing with a person's life there. Luckily orang tu hidup, kalau orang tu jatuh betul-betul macam mana?

And plus, he is your son. Won't you regret it later on?

Kembali kepada alam realiti. Fenomena kat sekolah, orang gemuk selalu kena ejek. Diketawakan. Kenapa bias sangat sampai nak diskriminasi kat golongan saiz XL? Mereka manusia jugak. Sama je korang dengan dia, still datang dari Nabi Adam dan Hawa. Apa korang datang dari alien planet lain ke?

Sekali baca post ni, rasa macam the writer sangat depressed of being fat kan? HAHA. But it is half true, I am fat. Although the depressed part is kinda false. Aku sebenarnya bersyukur dengan keadaan aku macam ni. In fact, I love the way I am. Saiz badan macam aku, senang tau nak cari baju.

Tapi aku tak janji lah yang aku tak akan belasah orang yang ejek aku gemuk, kan? HAHAHA kidding.

Sebenarnya sangat lawak bila aku kenang balik, dulu pernah bergaduh besar dengan seseorang just because dia ejek aku gemuk. So childish. Tapi nak buat macam mana, memang aku sensitif. Lepas hari dia ejek tu aku depresi gile, weekend tu aku timbang, turun 2 kilo! Wah, kalau boleh turun macam tu setiap minggu, aku tak kisah orang ejek aku every week. HAHA

Unfortunately, penurunan berat badan itu tidak kekal. Malah bertambah dari yang asal.

Namun kepada yang senasib dengan aku di luar sana, aku nak bagi korang satu video. You should give this alasan to everybody who asks, "why you're tummy is so big?"




But it surely won't work for guys. Sorry.

Tapi jangan risau because I have another alternative than giving excuses.

Which is ;




DIET!

Eat less, exercise more. Easy right?

Yeah, easy said. Not easy done.

HAHA

Aku rasa ini video diet paling realistik dan paling mudah. Because kita tak payah mogok makanan feveret during the 'diet period'. How about, give it a try?

Jadi monyet, makan pisang. Then gayut lama-lama dekat pokok gagang telefon. Bil bayar sendiri. Menarik kan? *i know, takde kaitan =.=

Dan tak payah nak risau pasal bakal pasangan because beauty is in the eye of the beholder. Pasti ada seseorang yang minat korang punya, jangan risau. Walaupun kuantitinya mungkin hanya 1 dalam 1 billion. Tapi lagi bagus ada dari takde kan?

Oh, forgot. This is an inspirational quote for all of you;


"I may be fat but you're ugly, and I can diet."
-Nur Amira

Sila cakap macam tu kalau masih ada orang ejek lagi, harap maklum. :)

Menemui jalan buntu

Wah, raya dah nak dekat! Seronoknya, dapat bergaya dengan baju baru. Makan kuih raya banyak-banyak. Kutip duit raya then bergaduh dengan adik-beradik tengok siapa lagi banyak kumpul. Balik kampung halaman...

Sejujurnya, aku belum 'feel' mood hari raya itu sendiri.

Mengapa? Kerana entah. Keadaan marcapada sekarang kot yang membuat aku rasa macam tu. Ye lah, tinggal di tengah bandar lah katakan. Kalau boleh hari raya pertama nak sambut kat Facebook je. Takdo laa

Aku sebenarnya tak rasa nak beraya tahun ni sebab aku belum dapat lagi baju raya sampai sekarang. Tema keluarga aku tahun ni, biru. Aku takde masalah pun dengan warna tema, yang masalahnya mencari baju yang kena dengan citarasa aku. Semua ahli keluarga aku dah beli, tapi aku? Masih belum lagi.

Tadi pergi PKNS, konon nak cari busana Aidilfitri tahun ini. Bersesak-sesak di sana time tengahari yang panas terik dengan bau-bauan yang pelbagai dari persekitaran. Kalau bau One Drop tu boleh tahan lagi, yang bau sourcream yang aku tak tahan tu.

Tawaf sekeliling gerai, mundar-mandir. Masih tak ada yang berkenan. Banyak sangat design. Floral, abstrak, bermanik etc. Kalau design lawa takpe lagi, ni fesyen apa tah zaman sekarang. Dengan kain kembang, terbelah, jarang lagi. Waa, membantutkan selera membeli. Actually first thought in mind nak beli plain dengan kain kotak-kotak je. Simple. Tapi awal-awal dah direject oleh Makcik aku. Biasa sangat, katanya.

Ikut hati, aku rasa macam nak transform jadi lelaki. Setiap tahun, tang tu la baju rayanya. Baju Melayu plain. Ha, kan senang? Tukar warna je tiap tahun. Toksah pening kepala nak fikir design la bagai. Ni jadi perempuan bukan setakat fikir baju, nak fikir tudung lagi. Tudung bidang ke, tudung endon ke, shawl ke, serkop je ke. Tu belum bukak bab kasut. Berjela nanti post aku. Tapi tak bermakna bila aku cakap macam ni, aku nak buat surgery tukar jantina pulak ye. Jangan pulak nanti timbul gosip, 'Amira kini menjadi Amir'. Haru~

At last, orang beli kasut raya dengan kuih raya je. Bab kuih raya memang senang je nak pilih. Nama pun makanan. Lagipun bulan puasa, semua pun nampak sedap. Untunglah tauke-tauke kuih raya kat luar sana tu. Semua pun customer pakai kaut je. HEHE

Dan the most important thing iaitu baju, masih belum dapat lagi. Tengok lah nanti. Kalau ada masa, carik lagi kat kampung. Kalau tak, aku cipta busana sendiri. Pyjamas with bunny shoes di pagi raya. Mana tahu kot-kot dapat call dari Rizalman ajak aku jadi rakan kongsi.