expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, September 13, 2010

GENG : Pengembaraan bermula!

Muar, Johor.

Aku tak sambut lebaran pakai pyjamas dengan bunny shoes!

Boleh pulak intro macam tu. Okay, sebelum terlambat ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua penziarah blog saya. Saya mintak maaf dari hujung lilitan tudung ke hujung stokin kalau ada tersilap bicara. Maaf jika ada yang pernah terluka dengan kata-kata saya selama ini. Tulus dari hati yang ikhlas. Dah bagi ucapan sweet-sweet ni, tak nak bagi tips ke? Duit raya meh. *_*

Now, beralih kepada tajuk post kita pada hari ini.

Pengembaraan bermula 2 hari sebelum raya dan berakhir pada 4 Syawal.

Aku bertolak ke Muar dengan perasaan yang seronok tetapi dengan mata yang mengantuk. Alih-alih bila aku sedar, bukak je mata ternampak satu kawasan yang penuh dengan baju bergantungan. Kemboja namanya. Eish, baru aku teringat. Aku kan belum beli baju raya.

Berpusing-pusing di tempat tu. Namun apa yang dicari tak ketemu jua. Tak kena dengan citarasa lah. Fed-up sangat, balik rumah atok bukak puasa, malam tu pegi sana balik untuk cari baju raya. Siap kena warning lagi, balik mesti dah ada baju! Haish, orang tahu ler, tak payah la nak warning bagai. -_-

At last, aku jumpa jugak baju yang kena dengan taste aku. Semua orang melepaskan nafas kelegaan bila melihat aku membayar baju tersebut. Mencabar jugak kan nak cari baju untuk aku? HAHA

Kalau korang ingat, dulu kan aku pernah cakap. Aku tak nak baju jarang, kembang dan terbelah. But shockingly, baju yang aku beli tu sememangnya jarang dan kainnya kembang sedikit. Bukan jarang translucent see-through uh. Aku tahu aurat seorang wanita tu had mana. Aku redesign sikit baju tu. Just dengan beberapa touch up, aku berjaya membuat transformasi baju jarang kepada busana muslimah sejati. Impressive, eh?

Enough cerita pasal baju. Nak cerita pasal raya pulak!

Change of mind. Malas lah nak cerita. Cliche sangat. Pergi beraya, makan kuih raya, kutip duit raya and so on. Rutin biasa.

Tapi yang luar biasanya, selain dari melantak kat dapur melicinkan periuk, aku ada buat benda berfaedah tau.


Aku baca buku!

This is not a book review. Don't worry. Aku tak nak jadi spoiler




Highly recommended. Tak tahu macam mana nak describe feeling bila baca buku nih. Buku ni amazing and very anticipating. Bila dah mula baca, rasa macam tak boleh nak lepas. Keinginan untuk mengetahui ending sangat memuncak-muncak sebab cerita ni sangatlah unexpected. Tak nak cerita sinopsis. Nanti dah tahu jalan cerita dia, tak best. So, better baca sendiri.





Buku ni cover dia tak menarik, pada pendapat aku. Aku tak put high expectations pun kat buku nih. But don't jugde a book by its cover. Lepas habis baca, dalam minda aku terngiang-ngiang 'buku ni best sudah'. Selalu kan novel cerita pasal perkahwinan bla bla. Yang ni cerita pasal budak sekolah menengah. Best, best. Bacalah, tak rugi.




Buku nih aku sendiri tak tahu apasal aku beli. Personal opinion aku terhadap buku nih adalah, tak suka. Penulis macam timbulkan banyak konflik. Then nak akhirkan dengan cara senang iaitu ; mematikan watak. Ending tergesa-gesa. Tak best.




Buku ni, rasanya memang ramai dah baca kan? As for me, writer dia memang hebat. Dia pandai main dengan feelings pembaca. Aku suka baca buku nih alone. Sebab? Emosi aku tak betul bila baca buku nih. Kejap-kejap ketawa, then menangis, pastu tersenyum. Takut kalau orang lain nampak, dia terus call Hospital Bahagia pulak. So, I must take early precautions.


Tapi yang peliknya, masa bila pulak yang aku curik untuk baca buku-buku nih?

Time perjalanan pergi Segamat, itu mesti. Kalau tak aku tidur je sepanjang perjalanan.

And, aku banyak baca buku time,, semua sepupu aku gather kat living room tengok cerita hantu. Aku memang allergic dengan horror movies, so I decided to memerap diri dalam bilik membaca novel. Langkah yang bijak, bukan?

Dalam perjalanan balik pulak, the unexpected happened. Kitorang henti kat Puchong kejap, tolong angkat barang makcik naik apartment dia.

Then, bila tengah angkat karton icecream soda,, ada KATAK MELOMPAT! Serius terkedu, tersentak lalu terkesima. Rupanya dia dah tumpang kitorang balik Selangor.

Kesian tengok katak tu. Pandang sekeliling apartment dengan wajah yang sayu. Tiada kehijauan pohon. Terpisah dengan keluarga. Takpelah katak, ini namanya cobaan. Semoga kau berjaya mengharungi dugaan hidup di bandar ye?

Okay, dah penat membebel. Sekarang izinkan aku untuk melelapkan mata. Salam.

No comments:

Post a Comment