expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, September 5, 2010

Menemui jalan buntu

Wah, raya dah nak dekat! Seronoknya, dapat bergaya dengan baju baru. Makan kuih raya banyak-banyak. Kutip duit raya then bergaduh dengan adik-beradik tengok siapa lagi banyak kumpul. Balik kampung halaman...

Sejujurnya, aku belum 'feel' mood hari raya itu sendiri.

Mengapa? Kerana entah. Keadaan marcapada sekarang kot yang membuat aku rasa macam tu. Ye lah, tinggal di tengah bandar lah katakan. Kalau boleh hari raya pertama nak sambut kat Facebook je. Takdo laa

Aku sebenarnya tak rasa nak beraya tahun ni sebab aku belum dapat lagi baju raya sampai sekarang. Tema keluarga aku tahun ni, biru. Aku takde masalah pun dengan warna tema, yang masalahnya mencari baju yang kena dengan citarasa aku. Semua ahli keluarga aku dah beli, tapi aku? Masih belum lagi.

Tadi pergi PKNS, konon nak cari busana Aidilfitri tahun ini. Bersesak-sesak di sana time tengahari yang panas terik dengan bau-bauan yang pelbagai dari persekitaran. Kalau bau One Drop tu boleh tahan lagi, yang bau sourcream yang aku tak tahan tu.

Tawaf sekeliling gerai, mundar-mandir. Masih tak ada yang berkenan. Banyak sangat design. Floral, abstrak, bermanik etc. Kalau design lawa takpe lagi, ni fesyen apa tah zaman sekarang. Dengan kain kembang, terbelah, jarang lagi. Waa, membantutkan selera membeli. Actually first thought in mind nak beli plain dengan kain kotak-kotak je. Simple. Tapi awal-awal dah direject oleh Makcik aku. Biasa sangat, katanya.

Ikut hati, aku rasa macam nak transform jadi lelaki. Setiap tahun, tang tu la baju rayanya. Baju Melayu plain. Ha, kan senang? Tukar warna je tiap tahun. Toksah pening kepala nak fikir design la bagai. Ni jadi perempuan bukan setakat fikir baju, nak fikir tudung lagi. Tudung bidang ke, tudung endon ke, shawl ke, serkop je ke. Tu belum bukak bab kasut. Berjela nanti post aku. Tapi tak bermakna bila aku cakap macam ni, aku nak buat surgery tukar jantina pulak ye. Jangan pulak nanti timbul gosip, 'Amira kini menjadi Amir'. Haru~

At last, orang beli kasut raya dengan kuih raya je. Bab kuih raya memang senang je nak pilih. Nama pun makanan. Lagipun bulan puasa, semua pun nampak sedap. Untunglah tauke-tauke kuih raya kat luar sana tu. Semua pun customer pakai kaut je. HEHE

Dan the most important thing iaitu baju, masih belum dapat lagi. Tengok lah nanti. Kalau ada masa, carik lagi kat kampung. Kalau tak, aku cipta busana sendiri. Pyjamas with bunny shoes di pagi raya. Mana tahu kot-kot dapat call dari Rizalman ajak aku jadi rakan kongsi.

No comments:

Post a Comment