expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 22, 2010

Apa sudah sampai penghujungnya?

SMA dah berakhir.



Akan tetapi, ada penderitaan lain menyusul.

PAT. Ya, Peperiksaan Akhir Tahun. Sila menjerit.



Argh!

Perasaan yang dialami ibarat ditolak secara tiba-tiba ke tengah jalan. Tak semena-mena dari langit jatuh pula batu berat yang menghempap. Kemudian datang lori , digilis, lalu treler menyusul selepasnya. Pressure nya berkali ganda!

Baru je habis SMA.

Esoknya terus Sejarah.

Memang tension ya amat.

Balik siap cari screwdiver untuk mengetatkan kembali skru yang dah longgar.

Sekarang dah ketat, boleh la mula bukak hikayat.

Meh cerita pasal SMA.

Periksa SMA diklasifikasikan di bawah kategori sangat-susah-untuk-meniru-orang-lain-kerana-peluang-untuk-terkantoi-berada-di-tahap-yang-tinggi-dan-tidak-lupa-faktor-jarak-tempat-duduk-yang-jauh.

Namun orang bijak pasti ada ikhtiar lain.



Tapi sebab aku jujur, aku tak ade la buat macam tu.

Aku tak nak Mumtaz kerana meniru. Hasil usaha sendiri lebih bermakna.

Dan aku dah cuba yang terbaik. Selebihnya aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Ikut kehendak hati pasti ingin berjaya dengan cemerlang dan jayanya.

Tapi jika tidak tercapai, aku dah didik hati ini untuk redha.

Tawakkaltu ala Allah!



Namun PAT lain pula ceritanya.

Aku memang dah lama plan taktik ni.



Let's not forget the specs. They give you a better view.

Ecehhh. Macam berani!

Apa lupakah kau terhadap Dia yang sentiasa memerhati setiap perbuatan kau?

Hatta periksa kecik sekalipun, sila lah jujur.

Okay?

Kalau ya pun dah blank tak tahu nak jawab apa, at least try.

Then tulis nota kaki kat page last kertas jawapan,

"Cikgu, konsep redha ialah senyum." - Ini cadangan dari Fitrah Jaidon.

Pasti cikgu anda akan tersenyum dan redha walaupun anda tak dapat jawab dengan baik.

Ye ke cikgu senyum? Tak pasal-pasal ada jugak kertas kena renyuk masuk tong sampah. HAHA



Mana tak susah nak jawab exam.

Time kelas tidur. Time prep tidur.

Tak boleh la nak salahkan kita sebab dah kalau pelajaran tu subjek complicated berkajang muka surat untuk cari solusi untuk jawapannya, kucing belajar pun dia mengantuk.

Kan kucing?



"Ye saya setuju!", kata kucing.



But whatever it is, prinsip ini harus kita pegang teguh.



HAHA.

Eh, amboi Amira. In the eleventh hour macam ni pun kau boleh lagi bergurau sakan?

Eleh relax la, chill. Kan kena maintain cool.

Tak payah lah tensi-tensi. Hadapi je exam dengan gembira.

Aplikasikan ajaran Fitrah. Konsep redha ialah senyum. Senyummm

Teehee.

Kembali ke realiti.


To be frank, I hate school.

Well not the school particularly, the exams of course.

But what to do, we just have to endure it.

Never quit before we try!

Ganbatte!

Sunday, October 17, 2010

Where to hide?

Just a quick update.

Pernah tak korang mengalami rasa malu yang teramat sangat tahap nak sorok muka dalam kon oren tepi jalan and then gali lubang underground dan tanpa sedikit pun terlintas dalam fikiran untuk keluar dari lubang itu?

Aku pernah.

Atau lebih tepat, aku sedang.





Alkisah, aku ada seorang pakcik yang sangat aku geruni dari dahulu sampai sekarang. Garang dia boleh kalahkan Hulk.

Pernah sekali aku dan sepupu-sepapat aku *bukan aku sorang je eh* kena sound sebab buat bising time malam kedua sebelum raya. Pakcik garang yang sound.

Kecut perut okay. Esok sampai sanggup membiarkan perut menderita tak bangun sahur semata-mata tak nak lihat muka dia.

Traumatized.




takut sampai rasa nak lari masuk hutan. bina life baru. kawen org bunian.



Dulu, birthday pakcik garang.

Facebook mengingatkan berkali-kali tentang itu.

Dan aku tetap buat tidak tahu. Kerana aku seram. Mana tahu pakcik garang tak suka anak sedara dia menyemak kat wall dia? Possible, tahu.

Hari ini dalam sejarah.

Aku pergi ruang tamu dengan harapan nak mengenakan sepupu lelaki aku yang kelihatannya sedang khusyuk membaca sebuah majalah di atas sofa.

Sila take note. Sofa itu dah lama, maka tempat duduk dia tak cushy-mushy. Takda. Sekali duduk, pinggul boleh tenggelam dalam kerusi tu. Antique.

Jadi tak boleh nak put the whole blame on me kerana salah lihat siapa yang sedang duduk di atas kerusi itu. Walaupun aku akui mata aku rabun. *Specs, now I realize I need you.*

Dengan langkah yang yakin, aku menapak ke kerusi itu untuk menegur 'sepupu' yang sedang leka dalam dunianya.

"WOI!", dengan gaya sehabis kerek aku menyergah.

Dan pada masa itu, rasa seperti jantung melayang apabila reaksi muka 'Apa masalah kau?' melepasi kornea mata kemudian menghantar nerve impulse ke dalam otak untuk diinterpretasi.

Itu wajah pakcik garang.

Sumpah rasa nak menangis.



Malu. Malu. Malu. Waa!

Saturday, October 9, 2010

Oh-oow

Hachoom!

Banyaknya debu.

Okay now kena hire a maid to clean up this mess.

Before I get an asthma attack.


Oh Cinderella, thanks a lot.
Cinderella kah? Bukan Snow White?
Maybe Cinderella just got a haircut. Who knows?





Now this blog is sparkly clean!


Teehee. Blog, sorry for abandoning you. You know, women when they grow up they tend to have lots of things to handle. I hope you understand. Ecehhh

Setelah sekian lamanya aku tidak mencemar duli turun untuk mengupdate post, kini aku muncul kembali.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak perkara berlaku. Gembira-Geram-Marah-Benci-Touching-Seronok-Blur-Tensen-Berdebar-Segan-Seram-Depressed-Malu etcetera. Segala macam unsur ada. Kalau buat movie, sampai tak tahu nak klasifikasi under category apa.

Nak luahkan kat blog, takut berjela. Nak terus memikirkan jadi pening pulak. Solusi yang disepakati akhirnya ; TIDUR.

Menurut kajian dari Amira's Lab, bantal dapat memancarkan satu macam aura comfort kepada pemiliknya. Jadi bila kita tidur dengan memeluk bantal, semua emotions kita akan dichannel masuk ke alam mimpi. And when we wake up, kepala akan terasa ringan. Tak caye, cuba test.

After that therapy, all the problemos have been successfully evacuated from this little brain of mine. Dear Brain, sorry for overloading you.

And all the pillows are now scatheless after the washing session. Dear Pillows, sorry for the tears.

And lastly. Dear Heart, sorry for all the damage. I haven't found the best remedy to cure you.

Tapi itu semua dah berlaku. By this time, patutnya memang orang dah get rid semua masalah tu. Ruangan dalam otak perlu dikosongkan untuk masuk segala subjek SMA SPM. Kapasiti memori bukannya tinggi. Tak payah la nak simpan kisah yang tak berfaedah tu. Buat semak.

Learn from the past. Live the present. Fight for the future.

Mungkin lepas ni, blog ni akan terbengkalai buat sementara waktu lagi sekali. Sebab periksa dah nak dekat. SMA lagi seminggu. PAT terus sambung lepas tu. Jumaat lepas habis SMA terus kertas Sejarah. Oh.My.Allah.

Doakan skru aku tak longgar.

And finally lepas habis semua exam, jangan risau aku akan kembali berentap dengan semantap-mantapnya. Ohhoho.

I'll be back.