expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 22, 2010

Apa sudah sampai penghujungnya?

SMA dah berakhir.



Akan tetapi, ada penderitaan lain menyusul.

PAT. Ya, Peperiksaan Akhir Tahun. Sila menjerit.



Argh!

Perasaan yang dialami ibarat ditolak secara tiba-tiba ke tengah jalan. Tak semena-mena dari langit jatuh pula batu berat yang menghempap. Kemudian datang lori , digilis, lalu treler menyusul selepasnya. Pressure nya berkali ganda!

Baru je habis SMA.

Esoknya terus Sejarah.

Memang tension ya amat.

Balik siap cari screwdiver untuk mengetatkan kembali skru yang dah longgar.

Sekarang dah ketat, boleh la mula bukak hikayat.

Meh cerita pasal SMA.

Periksa SMA diklasifikasikan di bawah kategori sangat-susah-untuk-meniru-orang-lain-kerana-peluang-untuk-terkantoi-berada-di-tahap-yang-tinggi-dan-tidak-lupa-faktor-jarak-tempat-duduk-yang-jauh.

Namun orang bijak pasti ada ikhtiar lain.



Tapi sebab aku jujur, aku tak ade la buat macam tu.

Aku tak nak Mumtaz kerana meniru. Hasil usaha sendiri lebih bermakna.

Dan aku dah cuba yang terbaik. Selebihnya aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Ikut kehendak hati pasti ingin berjaya dengan cemerlang dan jayanya.

Tapi jika tidak tercapai, aku dah didik hati ini untuk redha.

Tawakkaltu ala Allah!



Namun PAT lain pula ceritanya.

Aku memang dah lama plan taktik ni.



Let's not forget the specs. They give you a better view.

Ecehhh. Macam berani!

Apa lupakah kau terhadap Dia yang sentiasa memerhati setiap perbuatan kau?

Hatta periksa kecik sekalipun, sila lah jujur.

Okay?

Kalau ya pun dah blank tak tahu nak jawab apa, at least try.

Then tulis nota kaki kat page last kertas jawapan,

"Cikgu, konsep redha ialah senyum." - Ini cadangan dari Fitrah Jaidon.

Pasti cikgu anda akan tersenyum dan redha walaupun anda tak dapat jawab dengan baik.

Ye ke cikgu senyum? Tak pasal-pasal ada jugak kertas kena renyuk masuk tong sampah. HAHA



Mana tak susah nak jawab exam.

Time kelas tidur. Time prep tidur.

Tak boleh la nak salahkan kita sebab dah kalau pelajaran tu subjek complicated berkajang muka surat untuk cari solusi untuk jawapannya, kucing belajar pun dia mengantuk.

Kan kucing?



"Ye saya setuju!", kata kucing.



But whatever it is, prinsip ini harus kita pegang teguh.



HAHA.

Eh, amboi Amira. In the eleventh hour macam ni pun kau boleh lagi bergurau sakan?

Eleh relax la, chill. Kan kena maintain cool.

Tak payah lah tensi-tensi. Hadapi je exam dengan gembira.

Aplikasikan ajaran Fitrah. Konsep redha ialah senyum. Senyummm

Teehee.

Kembali ke realiti.


To be frank, I hate school.

Well not the school particularly, the exams of course.

But what to do, we just have to endure it.

Never quit before we try!

Ganbatte!

No comments:

Post a Comment