expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, October 17, 2010

Where to hide?

Just a quick update.

Pernah tak korang mengalami rasa malu yang teramat sangat tahap nak sorok muka dalam kon oren tepi jalan and then gali lubang underground dan tanpa sedikit pun terlintas dalam fikiran untuk keluar dari lubang itu?

Aku pernah.

Atau lebih tepat, aku sedang.





Alkisah, aku ada seorang pakcik yang sangat aku geruni dari dahulu sampai sekarang. Garang dia boleh kalahkan Hulk.

Pernah sekali aku dan sepupu-sepapat aku *bukan aku sorang je eh* kena sound sebab buat bising time malam kedua sebelum raya. Pakcik garang yang sound.

Kecut perut okay. Esok sampai sanggup membiarkan perut menderita tak bangun sahur semata-mata tak nak lihat muka dia.

Traumatized.




takut sampai rasa nak lari masuk hutan. bina life baru. kawen org bunian.



Dulu, birthday pakcik garang.

Facebook mengingatkan berkali-kali tentang itu.

Dan aku tetap buat tidak tahu. Kerana aku seram. Mana tahu pakcik garang tak suka anak sedara dia menyemak kat wall dia? Possible, tahu.

Hari ini dalam sejarah.

Aku pergi ruang tamu dengan harapan nak mengenakan sepupu lelaki aku yang kelihatannya sedang khusyuk membaca sebuah majalah di atas sofa.

Sila take note. Sofa itu dah lama, maka tempat duduk dia tak cushy-mushy. Takda. Sekali duduk, pinggul boleh tenggelam dalam kerusi tu. Antique.

Jadi tak boleh nak put the whole blame on me kerana salah lihat siapa yang sedang duduk di atas kerusi itu. Walaupun aku akui mata aku rabun. *Specs, now I realize I need you.*

Dengan langkah yang yakin, aku menapak ke kerusi itu untuk menegur 'sepupu' yang sedang leka dalam dunianya.

"WOI!", dengan gaya sehabis kerek aku menyergah.

Dan pada masa itu, rasa seperti jantung melayang apabila reaksi muka 'Apa masalah kau?' melepasi kornea mata kemudian menghantar nerve impulse ke dalam otak untuk diinterpretasi.

Itu wajah pakcik garang.

Sumpah rasa nak menangis.



Malu. Malu. Malu. Waa!

1 comment:

  1. Suka post ni . Boleh bagi 100 like , sebab terbayang muka terkejut kak miwa shomel

    ReplyDelete