expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 19, 2010

Sinergi - Hilal Asyraf

Pernah tak korang jalan-jalan kemudian ternampak buku nih?




Lepas tu korang pandang macam sekali lalu je sambil pikir alah novel je pun punya banyak novel kat dunia ni takde la batak mana nak beli.

Korang dah salah!

Ia bukan sekadar novel. Better rewind balik masa lampau korang dan jejak kembali tempat di mana korang pernah nampak buku tu. Seluk poket, tarik keluar dompet, keluarkan duit, beli! Eh, jap ni bukan memaksa. Kalau ada duit lebih tu beli lah ye? Kekeke

Sebab aku rasa buku ni worth it. Sesuai sangat dibaca oleh bakal-bakal pemimpin. Kawan-kawan saya yang bakal memegang tampuk kepimpinan tahun depan, memang highly recommended buku ni untuk awak semua. Dia akan ajar cara handle semua masalah yang datang dengan cara yang berhikmah.

Novel ni nukilan Hilal Asyraf. Boleh tengok blog dia kat sini. Kelik

Personal opinion, aku suka gaya penulisan dia. Bahasa yang skema. Menunjukkan keindahan bahasa ibunda kita. Takde guna short form. Nak dapat dia punya message pun senang.

Oh ya, sedikit pendedahan tentang novel ini.


Ia menceritakan tentang ukhuwah dua sahabat, Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan yang rapat bagai isi dengan kuku. Biar apa dugaan yang mereka terima, semuanya dapat ditempuhi bersama. Namun konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha. Bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah yang berlandaskan keimanan.

Disaster Five hadir dengan misi membuat kacau-bilau. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka. Tapi sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster Five, ada insan yang lebih besar dendamnya dan licik tindakannya. Dia ialah ... Secret.

Sinopsis 80% ditiru dari kulit belakang buku.


Macam menarik kan? Memang menarik~

Antara scene yang aku suka ialah apabila hampir semua pelajar Melayu Jordan bengang dengan Disaster Five yang buat kacau bilau, Irfan datang menenangkan ;


"Hari ini, ana ingin membawakan 1 hadis yang masyhur kepada semua, sebagai muhasabah diri kita. Satu hari, datang seorang pemuda kepada Rasulullah SAW dan berkata : Wahai Rasulullah, berikan aku nasihat."

"Rasulullah SAW menjawab : Jangan kamu marah."

"Lelaki itu bertanya lagi, apakah ada lagi nasihat yang lain?"

"Rasulullah menjawab : Jangan kamu marah."

"Sekali lagi lelaki itu bertanya."

"Rasulullah SAW tetap menjawab : Jangan kamu marah."

"Maka, wahai keluarga saya yang saya cintai. Saya hari ini hendak memperingatkan kalian perkara yang sama yang telah Rasulullah wasiatkan kepada lelaki itu. Janganlah kamu marah."

"Apakah kemuliaan yang lebih besar? Apakah kesenangan yang lebih besar, selain Allah SWT bersama kita? Dan Allah itu bersama orang-orang yang sabar. Allah bersama kita wahai sahabat-sahabatku. Maka, apakah besar dugaan yang datang, berbanding dengan besarnya Allah bersama kita?"

Kata itu terus-terusan mengetuk pintu hati-hati yang hadir.


MasyaAllah. Tersentuh. Betapa kita manusia yang lemah ni seringkali mengamuk, mengeluh dengan ujian yang perlu kita hadapi. Sedangkan jalan penyelesaian dah termaktub dalam Al-Quran : BERSABAR. As simple as that, tapi tak ramai boleh lakukan.

Sejujurnya aku sendiri, orang pinjam barang aku. Aku cakap pulang sebelum pukul 3 petang sebab aku dah nak balik rumah masa tu. Tapi sampailah pukul 3 petang, batang hidung orang tu pun aku masih tak nampak. Aku buat apa? Mengamuk. Atau lebih tepat, menangis.

Aku sendiri tak tahu kenapa aku mudah sangat mengalirkan air mata kerana perkara yang remeh-temeh sedangkan aku tahu crying won't solve anything. Walhal selalu je keluar dari mulut ni, "Innallaha ma'assobirin". Tapi bila diri sendiri nak aplikasi, FAIL. Lemah kan manusia yang bernama Amira ni?

Ya Allah, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadamu).

Scene ni pun aku suka, bila Asid tanya Irfan salahkah bercinta? Irfan jawab ;




"Cinta. Siapa boleh kawal apabila jatuh cinta? Kalau dah jatuh cinta, jatuhlah juga. Kadang-kadang sebab terjumpa, ternampak atau sekadar mendengar cerita. Begitulah peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begini? Sebab cinta itu fitrah manusia. Manusia memang ada fitrah untuk mencintai dan dicintai. Tetapi ... "

"Tetapi?" Asid mengangkat kening.

"Cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan kitalah yang mengawal cinta."

Mata Asid membesar. Hatinya tercucuk lagi. Kenapa dia tidak nampak?

"Sebab itu, aku kata, cinta itu perlu diiringi pengorbanan. Bukan korbankan maruah, harta atau masa untuk pasangan kita. Tetapi kita korbankan masa, harta, diri kita untuk tarbiyah diri agar kita bersedia membina keluarga yang diredhai Allah."

Irfan terus bercerita. Asid menjadi pendengar setia.

"Jadi, macam mana dengan aku sekarang?" Asid bertanya.

"Kau sekarang sahabatku, Asid yang kucintai sepenuh hati." Irfan memandang mata Asid dalam-dalam.

"InsyaAllah, kau berada atas kebenaran. Jangan sisihkan rasa cinta itu. Kawal cinta itu. Kau kata, kau runsing sebab kau risau, cinta itu akan membuat kau terkeluar dari redha Allah. Itu tandanya kau mempunyai satu sensitiviti yang tinggi. Cinta tidah salah, Asid. Siapa mengharamkan cinta, dia sebenarnya mengharamkan fitrah manusia. Islam tidak turun untuk mengharamkan fitrah, Islam turun untuk mengajar manusia mengawalnya."



Indah kan Islam? Dan sungguh berhikmah kata-kata Irfan Hakimi itu. Ehh apa pulak, credits should go to the writer la, Hilal Asyraf.

Ha, scene ni pun aku suka jugak. banyak betul scene yang awak suka ye? ;


"Eh, kau mahu ambil jurusan agama? Kalau macam itu, aku pun mahu!"

Irfan menggeleng. "Tak boleh. Kau perlu ambil Perubatan."

"Hah, kenapa? Aku tak boleh berbakti kepada Islamlah macam itu." Asid tidak puas hati.

"Asid, berbakti, menyumbang untuk Islam ni, tak semestinya di tangan pelajar agama sahja. Betul, pelajar agamalah yang akan menjaga agama kerana mereka mendalami agama itu. Tetapi kami ini ibarat pertahanan akhir. Yang berperang di barisan paling hadapan adalah orang-orang yang menjadi doktor, jurutera dan sebagainya."

"Kenapa begitu?"

"Sebab orang-orang itulah yang diperlukan dalam bilangan ramai. Orang agama, sikit cukup, sebagai rujukan. Berapa banyak mazhab dalam Islam?"

"Empat yang utama."

"Ya, nampak? Empat sahaja mazhab, diasaskan oleh empat orang Islam. Tetapi bolehkah ada empat sahaja hospital dalam dunia ini? Dan setiap hospital dijalankan oleh seorang doktor sahaja?"

Asid menggeleng.

"Jadi di sini, kita perlukan doktor-doktor yang bukan sahaja Islam, tetapi juga mempunya sahsiah yang baik. Menjadi contoh kepada orang sekelilingnya, kepada pesakitnya, kepada rakan sekerjanya agar semua hospital di dunia ini bergerak atas syariat Islam. Sebab itu, Asid, kau perlu jadi doktor. Dan jangan jadi doktor yang biasa. Jadi doktor pakar. Sebab orang Islam itu adalah yang tertinggi dalam semua perkara."

"Oh, bagus idea itu. Kau tempat rujuk aku. Aku, kau punya barisan penggempur."

"Lebih kuranglah."


Bila baca part ni, terus teringat Hanis Amalina. Hanis, ganbatte! Saya sokong cita-cita awak dari belakang. Ehhehe




Ha, kemesraan 2 sahabat tu pun aku suka, antaranya ;


Scene 1


"Em, aku nak tanya. Kenapa kita perlu bangunkan persahabatan kita atas dasar keimanan?" Asid bertanya kepada Irfan.

"Sebab iman sahaja yang kita mahu bawa hingga ke akhirat. Rumah, harta akan hancur. Rupa paras akan hodoh. Kebaikan akan diuji. Keimanan kepada Allah, kita hendakkan redha Allah SWT. Redha Allah, kita akan kejar sampai mati, dan kita hendakkannya di akhirat nanti. Kita mahu, persahabatan kita ini, Allah kira sebagai ibadah."

"Kalau macam itu, apa sebab pun persahabatan kita tak akan putus?"

"Apa sebab pun. Hatta kalau kau terjun ke neraka, aku akan terjun sama untuk menarik kau, naik semula dan berjalan beriringan denganku sampai ke syurga."



Scene 2


"Kenapa tiba-tiba ajak aku menjengah Bundle?" Irfan bertanya, sambil tangannya sibuk membelek baju-baju yang ada di hadapan.

"Saja."

"Ini mesti ada apa-apa."

"Ya Allah, sejak bila aku perlu ada apa-apa untuk rapat dengan kau?"

Irfan ketawa.



Scene 3


"Terima kasihlah, Irfan. Kau sudah banyak korban untuk aku. Segan."

"Kata sahabat?" Irfan angkat kening.



Scene 4


Mereka berdua ketawa. Irfan menarik Asid agar merapatinya.

"Sampai bila ukhuwah kita akan berkekalan?" Irfan bertanya.

"Sampai salah seorang daripada kita tercabut keimanannya."

"Aku takkan benarkan itu berlaku," Irfan berjanji.



Suwit kan?

Okay okay. Cukuplah aku menjadi spoiler pada hari ini. HAHA

Selain daripada ni, ada banyak lagi part yang menarik dan tazkirah yang menyentuh tangkai jantung. Jadi belilah buku ni yep. Macam duta pulak.

Bila difikirkan balik kan, boleh ke aku ubah perspektif bila didatangi cabaran? Air mata tak lagi dipersiakan? Kesabaran jadikan keutamaan?

Aku nak jadi setenang Irfan Hakimi dalam menghadapi dugaan. Setabah Rasyid Zakwan ketika menempuhi rintangan. Dan paling utama sekali, aku nak jadi sesabar Rasulullah dalam mengajak manusia ke arah kebenaran.

Masih tak terlambat kan?


Sinergi. 1 + 1 = 3. 1 adalah individu, + adalah keimanan. Sesiapa yang mendirikan ukhuwah mereka atas dasar keimanan, pastinya menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Kekuatan yang luar biasa, kebahagiaan yang luar biasa, ketabahan yang luar biasa, kecekalan yang luar biasa dan kesungguhan yang luar biasa. Paling luar biasanya, hubungannya menembusi syurga.

- Hilal Asyraf -



2 comments:

  1. Ya Allah, membaca tulisan yang ditaip sepenuh hati oleh saudari pun sudah cukup.

    Cukup untuk apa?

    Cukup untuk menggugurkan air mata dari kelopaknya satu per satu.

    Terima kasih, saudari. :')

    ReplyDelete
  2. assalam, buku ni skrg dah takde jual di pasaran, jadi boleh x sekiranya sy nk pinjam? Atau kalau awak nk jual pun saya sudi nk beli.

    ReplyDelete