expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 5, 2010

Korang tengok. Korang judge.

Mungkin ramai kecewa kot lepas baca entry kali ini.

Ye lah, ingatkan tuan punya blog yang lawa lagi comel anggun ayu words cant describe her beautybatak ni nak updet pasal holiday dia baru2 ni.

*Gaya macam ada je yang menanti cerita pasal holiday kau. Cehhhh. Diorang cuma menanti cokelat kau je la, Mira. Ya kawan2 aku memang materialistik.

Malangnya tidak. Post ni takde kaitan dengan semua tu. Eh, jangan nangis. *sambil sua henkercif* Nanti lepas ni, InsyaAllah aku citer pasal holiday aku yep. HAHA

Ha, berbalik kepada perasaan yang tak sabar nak diluahkan nih.

Aku selaku pelajar yang sedang bergembira sakan di rumah kerana telah habis sesi persekolahan pada tahun ini semestinya mempunyai banyak masa di rumah. Dan sejujurnya 60% ada depan laptop, 40% tido.

Dah majoritinya ada depan laptop jadi mestilah ada macam2 yang aku a.k.a pelajar ni cuba discover kan? Ya, dan lihatlah hasilnya ini.



*cukuplah aku tunjuk page yang 1st, tak sanggup belek page seterusnya*


Eh, apa susah2 pakai magnifying glass tu? Kelik je kalau nak jelas. ;)


Kemudian lihat discovery terbaru ini pula.




Okay sekarang nak tanya sikit. Ini blog aku ke blog Fitrah?

Fitrah, sila beri keterangan yang jelas.

Friday, December 3, 2010

Travel terakhir sebelum SPM


Fuhh, Malaysia is so hot!

Ya, itulah kata-kata warganegara Malaysia yang tidak bersyukur kerana dilahirkan di negara yang suam-suam kuku sepanjang tahun ini. aku bukan individu itu

Actually kan, supposedly aku sekarang dekat Oslo, Norway homestay kat rumah makcik aku sementara dia masih bekerja di situ sampai akhir tahun ini. Namun manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Aku tak jejak kaki pun dekat Oslo tu.

First plan Mak Ani ajak aku dengan Fatin tinggal dengan dia dekat Norway dari 23 Nov sampai 31 Dis. Boleh belajar main ski sekali sebab sekarang musim winter. Tapi ayah aku bantah sekeras-kerasnya kerana katanya, "Tahun depan Mira SPM."

Jadi aku pun menarik diri, mengeluarkan kata-kata seperti "Takpe, Mira tak kesa." "Lagipun Mira pun dah penah pegi Norway." "Ye ye, nanti kalau flight delay nanti kelam kelibut nak cari barang2 sekolah." Padahal dalam hati tengah jerit2 Inilah chance aku untuk jadi orang puteh, tapi Papa telah musnahkan harapan tu. Berkecai!

Mungkin ada hikmahnya aku tak dapat ikut Mak Ani kot. Well, who knows? Dalam masa sebulan, balik sini boleh jadi je rambut aku dye blond freehair, hidung mancung tetiba, badan macam hourglass baru lepas habis liposuction, gendong beg tangan LV, take off sunglasses sambil senyum tayang gigi yang dah takde braces sambil swishing my hair macam Nicole dalam iklan Sunsilk seraya berkata, "Call me Amy."

Serius SAMBEST expell aku terus ban tak bagi masuk.

Tapi tipu lah kalau takde rasa kecewa kan?

But everything happens with a reason. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku yakin, mesti ada faedahnya kenapa aku tak dapat turut serta dalam trip tu.

And then dengan kuasa Allah, ayah aku sampaikan berita yang dia dapat reserve ticket 10 days tour to 6 countries untuk aku, Faiz, Arif dengan ayah akulah of course. Just a week before departure. Alhamdulillah rezeki, selalunya last minute camni memang susah sket nak dapat tiket tapi nak wat camne ayah aku dapat kebenaran cuti pun lambat.

Maybe orang fikir sebab ayah aku kerja bawak airplanes jadi anak2nya mesti banyak berjalan. Malangnya tidak. Sebab kerja ayah aku yang tak tentu masa tu la kita anak beranak jarang sekali dapat keluar sama2. Last family trip when I was Standard 5 kot, masa tu arwah Mummy masih ada.

Yang lain semua tumpang Mak Ani, tumpang sana tumpang sini sebab ayah aku tak dapat amik leave. A good opportunity lah kiranya kan, tahun ni dapat travel together. Tahun depan masa school holidays aku SPM. Faiz by that time mungkin dah got himself a job. Belum tentu masih boleh berjalan satu keluarga lagi. This could be the last chance.

Eh jap, apa aku kata dulu? Nak pegi honeymoon dengan Siwon? HAHA. Kalau ye pun aku pegi honeymoon dengan Siwon, aku tak rasa kemanisan tu dapat menandingi kemanisan detik bersama dengan keluarga aku. They are way more precious than that macho Korean guy. Tapi kalau dah kawen dengan Siwon, suami la yang jadi keutamaan HAHA

Tour leader aku orang cina, Zaf Lau. Tourgroup kita ada lah dalam 17 orang. 4 anggota keluarga aku. 2 adek beradek cina (makcik sama pakcik). Dengan 11 orang dalam satu keluarga cina lagi.
banyak betul orang cina, kalau Farihah datang mesti dia syok sendirian

Surprisingly, ada satu pakcik cina tu tegur ayah aku, "Assalamualaikum" Rupanya dalam keluarga yang 11 orang tu, sorang pakcik cina tu masuk Islam kawen dengan perempuan Melayu Sabah. Anak lelaki 3 orang. Hemsen. Tapi malangnya underage. 2 tu kembar tahun, Form 1. Sorang lagi macam dalam lingkungan 4 tahun. Remaining 6 tu adik beradik kepada pakcik cina Islam tu, Uncle Anwar. *tapi diorang bukan Islam lah. Keluarga Uncle Anwar tu je yang Islam.

Flight sebab tempah lambat dapat yang cikai sikit la tapi masih mewah walau tak semewah MAS : Sri Lankan Airlines. Banyak sedara Jannah kerja untuk airlines tu. Pakwe MyArm pun banyak. *wink*


Dari KLIA, Kuala Lumpur 1 jam ke Changi Airport, Singapore. Transit 1 jam. Then sambung journey 3 jam 45 minit ke Colombo, Sri Lanka. Transit 8 jam. Kemudian 10 jam lagi kapal terbang bawak ke destinasi pertama iaitu,,

NANTIKAN! ;)