expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, February 28, 2011

Saje simpul benda yang simple.

Pernah dengar orang kata :

Aim for the moon. Even if you fall, you will be among the stars.

Tapi lain bagi aku. Aku rasa :

Don't aim for the moon. Because if you fall, you will fall way down and it will hurt you terribly.

Di sini aku nak cerita pasal harapan.

Kadang-kadang manusia suka berimpian bercita-cita terlalu tinggi way far beyond their reach sedangkan dia tahu susah untuk menggapai benda tu. Memang takde perkara yang mustahil tapi possibility for that thing to happen cuma 1% sahaja. Namun masih tersimpan jauh di lubuk hati bahawa 'aku boleh lakukan!'

Itu memang seorang yang optimist. Aku salute dengan orang macam tu.

Tapi aku. Aku takde level of confidence yang setinggi itu. Aku tak suka diberi harapan dan aku tak suka menaruh harapan. Sebab aku penah rasa betapa sakitnya bila harapan tu tak tercapai.

Dalam masa yang sama aku tak suka dipandang tinggi dan juga tak suka dipandang rendah. Aku lagi senang kalau tak ada yang pandang. Biar aku kenali potensi diri aku sendiri.

Tapi hakikatnya, this is life. People judge.

Kalau kita participate dalam debat BA - syarahan BI - forum BM, orang akan kata "wow budak ni terer segala bahasa" Sedangkan orang tu cuma saje test2 masuk segala acara.

Kalau kita skor Addmaths subjek yang giga-susah tu, orang akan pandang tinggi seraya berkata "genius tahap khawarizmi do budak ni" Sedangkan mana tahu dia memang penah buat latihan yang sebijik dengan soalan exam, tu pasal skor.

Kalau kita yang tak pernah sertai acara lari 400 meter and then tetiba masuk, orang akan pandang rendah sambil mengomel "cukup stamina ke budak ni? boleh ke dia buat?" Sedangkan mungkin dia pernah lari sejauh 1500 meter dulu sebab kena kejar anjing liar dan dia tak semput pun.

But people judge on what they see. Diorang tak pernah cuba untuk mendalami personaliti seseorang itu.

Bila orang memberi harapan yang tinggi, kita akan mula menaruh harapan dan kalau harapan itu tak kesampaian, kita yang terluka. Kita yang merana. Bukan orang tu.

Kes macam ni dibaratkan seperti kita dihantar ke bulan oleh menteri dengan harapan dapat jadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya menjejaki bulan kemudian roket pancit di tengah jalan kemudian kita jatuh menyembah bumi tapi masih terselamat dengan luka-luka yang tersemat utuh kat badan. Tapi bila kita terluka camtu, ada menteri yang hantar kita dulu tu yang rawat kita? Tak, doktor yang rawat. Orang lain yang akan sembuhkan.

Betul tak?

Jadi bagi aku tak perlu aim for the moon kalau stars tu pun far beyond our reach.

Sama macam kes bila kita suka seorang yang femes paling popular di sekolah, ketua segala pengawas, pelajar terbaik semua subjek, atlet sekolah, tahfiz lagi, anak orang kaya, berbudi pekerti, sopan etc.

Apa potensi kita sebagai seorang murid biasa yang tak pernah dikenali namanya, dengan muka yang tak lawa mana, suka gelak huha huha kuat-kuat, tak pernah participate dalam apa-apa event sekali pun, senang cerita orang paling pasif di sekolah, untuk disukai oleh pelajar hebat tersebut?

0.00000000000000000000000000000001%

Ada harapan tapi tipis.

Untuk aku, aku tak suka menaruh harapan yang tinggi untuk masa depan yang masih samar-samar. Lagi sanggup aku menghancurkan harapan tu sekarang sebelum dia membesar menjadi makin sukar untuk dilupuskan. Because future is unpredictable.

Andai kita dah berangan nak hidup dengan dia, siap dah rancang nanti kawen anak berapa sampaikan tengok lelaki lain pun dah takde perasaan. Nak lelaki tu je. Bila ditakdirkan lelaki tu kawen dengan orang lain, terus down. Menangis 7 hari 7 malam tak henti. Masa tu sape yang perlu dipersalahkan? Salah diri sendiri lah kerana menaruh harapan yang tinggi.

Tapi tak dinafikan memang miracles could happen.

Tup-tup mana tahu pelajar hebat tadi tu suka kat kita dalam diam (kalau ikut prinsip kontra boleh je terjadi).

Tapi kita tak payah la menaruh harapan yang tinggi dari awal.

Seperti biasa aku kata, let time do its role. Just go with the flow.

Kalau dah takdir, takde siapa boleh halang.

Sebenarnya nak cakap pasal persepsi aku terhadap 'aim for the moon' je last-last melalut pulak.

Ha betul la tu, aku suka simpul benda yang simple.

No comments:

Post a Comment