expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, February 2, 2011

Tanpa khabar. Tanpa berita. Tanpa khabar berita.



Ya. Lebih sebulan aku menghilang tanpa sebarang notifikasi.

Rindu? Salahkan asrama aku yang dah memenjarakan aku tak benarkan aku balik rumah sedangkan rumah hanya sekangkang kera dari sekolah.

Just imagine, perasaan seseorang yang jarak rumahnya dengan asrama hanya 5 minit perjalanan tapi dia dikurung dan tak dibenarkan pulang ke rumah. Rasa macam nak terjun masuk dalam kaca televisyen pukul 7.30 malam hari Sabtu dan rompak pintu-suka-hati Doraemon.

Lepas tu, tak cukup sampai itu. Kat sekolah stress. Kerja rumah berlambak.

Duduk rumah takde pulak aku runsing pasal perkara remeh macam tu. Ni yang rasa nak drop sekolah terus menikah ni.

Then, Amal Islami makin menghampiri. Aku pacal yang hina ini alkisahnya diharap dapat mewakili firqah dalam pertandingan Debat BI. Ya, English Debate. Sekarang masalahnya macam mana aku nak berdebate? Tah la English tu bukan bahasa ibunda aku apatah lagi bahasa ayahanda aku. Tapi yang itu tak perlu risau, aku dah finish setel semua kat sekolah.

Aku sebagai satu-satunya Form 5 dalam kalangan 4 orang wakil telah menggunakan kuasa veto untuk mengarahkan adik-adik berentap sebagai barisan pendebat utama manakala diri ini menjadi simpanan. HAHAHA. Dasar kakak tak guna.

Bukan apa. Aku memang tak reti nak cakap English spontan. Mungkin oral boleh la kot, sebab oral tu dah ada text. Cuma perlu hafal. Tapi bab spontan-spontan memang aku tak boleh handle sebab aku ada kadar kenervousan yang tinggi. Melainkan kalau korang nak tengok aku menangis melalak masa pertandingan lantas berguling di lantai, then suruh la aku jadi pendebat utama.

Sebab aku tahu potensi diri aku, aku tahu aku tak hebat macam orang lain. 3 adik tu pun InsyaAllah kemahiran diorang lagi tinggi dari aku. Bila berdiskusi dengan Wan Farah dengan 2 lelaki tu rasa macam aku ni orang Melayu yang sesat kat London, pegawai British datang interrogate, aku terkulat lalu termangu sendirian. Faham tu faham tapi nak balas balik, memang tak boleh balas guna bahasa diorang la. Aku cakap pakai bahasa Melayu je.

Malaysia patut berbangga kerana ada rakyat seperti aku yang memartabatkan bahasa ibunda.

Lepas tu ada konflik pulak kat sekolah. Gosip-gosip hangat mula tersebar luas di pelosok bangunan akademik.

Aku tak faham betul.

Kalau seorang lelaki dan seorang perempuan meminati benda yang sama, bermakna mereka suka satu sama lain ke?

Kalau seorang lelaki dan seorang perempuan mempunyai kelajuan kaki yang sama, bermakna mereka match made in heaven ke?

Kalau seorang lelaki dan seorang perempuan memegang jawatan yang sama, bermakna mereka saling melengkapi ke?

Kalau seorang lelaki dan seorang perempuan mempunyai nama yang hampir sama, bermakna jodoh mereka memang dah tercatat di Luh Mahfuz ke?

Kalau seorang lelaki dan seorang perempuan kebetulan berada di tempat yang sama pada waktu yang sama, bermakna mereka pasangan sejati sepadan sejoli ke?

Tidak kan?

So, stop. Aku tak nak kalau satu hari nanti aku betul-betul terjebak dengan cinta remaja kebenda tah tah yang berkaitan dengan jiwa dan perasaan ni. Sebab sekarang belum tiba masanya. Aku nak SPM. Aku kena fokus. Aku nak biasiswa. Aku tak nak susahkan ayah aku.

Jodoh atau cinta belakang cerita.

Kalau dah jodoh takkan ke mana. Biar si dia nun di Korea sana atau di India sana atau di London sana, kalau dah tercatat kat Luh Mahfuz yang dia jodoh kita maksudnya come hell or high water kita tetap akan bersama dengan dia. Tak kat dunia, mungkin kat akhirat. Sebab kita dengan pasangan kita ada satu magnetic attraction yang sangat kuat cuma buat masa sekarang mungkin masih terhijab. Jadi tak perlu ejek-ejek atau kenen-kenen atau kacau-kacau, sebab our missing puzzle piece is just right there. Cuma masanya belum kena untuk kita berjumpa.

So, let time do its role. Just go with the flow.

Lagi satu konflik, ada orang muka cam aku? HAHA

First hari tu Cikgu Raouf kata ada kakak alumni tahun lepas-lepas dulu muka macam aku.

Then second ade lagi sorang pulak budak junior Form 1 yang dikatakan muka macam aku. (Yang 2nd ni ramai yang sokong)

Ceh, and I thought my face was unique. HAHA

Tah la nama common, sebut 'Amira' InsyaAllah 10 kepala akan terteleng. Sekarang muka pun common? Aduss. Kita ni share genetic yang sama ke? Mungkin teori Bio pun tidak dapat membantu dalam kondisi sebegini.

Tapi jangan risau ye klon-klon yang muka macam aku tu, sebab aku yang memandang pun rasa korang cantik. ini dikira memuji diri sendiri ke? wakaka

Itu je kot konflik yang dapat disenaraikan. Yang tak tersenarai kita lupakan. Usah kenang perkara yang sudah berlalu.

Dan konklusi yang dapat aku buat berdasarkan pengalaman di sekolah pada tahun ini ialah : Tender Dewan Makan tahun ni sedap!

Itu je kot satu-satunya sebab kenapa aku masih dapat bertahan tinggal kat asrama.

No comments:

Post a Comment