expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, February 4, 2011

Wajah SPM

Jika dulu aku berwajah sebegini ;



Sekarang aku berwajah sebegini ;



Lebih kuranglah.



Bila dah nak SPM ni, takde dah istilah pakai-bukak specs. Pakai hanya bila perlu, pakai bila masa belajar, pakai bila ade tayanganpakai bila nak usha orang. Takda.

Sekarang full-time specs on.

Ayuh tepuk tangan atas kemajuan.

Kekeke.

Ini nak cerita pasal pengalaman kali pertama 'melihat dunia dengan sejelas-jelasnya'.

Yang aku ingat, hari first masuk kelas. Masa pemilihan majlis tertinggi kelas. Ada lah budak perempuan yang calonkan aku jadi penolong kelas (mungkin kasihan kerana pacal yang hina ini tiada jawatan tsk tsk). Kemudian cikgu pun minta untuk aku berdiri serta memperkenalkan diri.

Gosh. Sumpah itu salah satu pengalaman ngeri yang tak boleh aku lupakan sampai bila-bila.

Berdiri. Dan dapat lihat semua manusia sejelas-jelasnya dengan wajah mereka yang pelbagai. Dulu time rabun tak pakai specs, buat oral takde hal sebab tak nampak pun audiencenya. Sekarang bila 'hijab' tu dah terbukak, rasa nak nangis tengok bola-bola mata yang terarah kat aku.

Aku jadi terketar lalu fidget. Bukan gedik cuma tak tahu nak buat reaksi apa.

Ya, kali pertama memakai specs secara berterusan setelah begitu lama pandangan kabur sememangnya menakutkan. Dulu bayang semua orang macam hantu je, badan gerak-gerak tapi takde muka. Ha, ambik kau sekarang nampak jelas semua muka hantunya.

Tapi itu hari first. Hari second dah maju. Dah pandai dah usha muka-muka orang yang aku tak pernah kenal sebelum ni. mungkin itu hikmah aku rabun. gatal sangat suka mengusha. haha

Alah, aku usha pun sebab nak kenal. Bukan nak berkenalan. *winkwink*

And then berbagai reaksi yang diterima bila dah mula pakai specs. Almaklumlah, dulu pakai specs time kat kelas masa belajar je. Tak ramai yang exposed dengan wajah berkaca mata aku. Maka mereka mengalami sedikit culture shock.

"Amira nampak lain."

Apa yang lainnya? Makin cantik? HAHAHA xD

"Amira nampak matanglah pakai specs."

Ya aku tahu. Aku memang matured. Busy womanlah katakan. Nak SPM. Kekeke

"Amira nampak skema."

=.=



Dan tidak kurang, ada yang mengatakan ;

"Amira nampak macam adik Form 1 tu lah."

Hesy Hesy Hesy. Baru tadi ada orang kata aku matured. Ni apa sama-samakan orang dengan budak junior ni. Orang senior okay. Senior. HAHA

Bila ayah aku, aku ulang -ayah aku datang nak visit aku kat sekolah. Aku pun pergilah ke kereta di mana tempat ayah aku berada. Lalu membuka pintu

"Lah Amira ke? Papa ingat siapa tadi. Nampak lain."

Papa, we bought this specs together. Takkan boleh lupa kot?

Dan Fatin yang turut di dalam kereta itu berkata : "Kenapa kau pakai specs. Betul, kau nampak macam orang lain. Cara kau jalan pun makin perlahan."

Jalan aku makin perlahan. Yayyy yang ini aku suka! HAHA

Begitu banyak feedbacks yang diterima. Kerana sepasang cermin mata. Yang menyumbang ke arah kematangan wajah seorang gadis yang bakal menghadapi SPM. Ecewah.

You nampak cool! Kata mereka kepada aku.


Hari tu masa kat gazebo, Jannah kata apa?

"Kau janganlah pakai cermin mata depan kitorang. Aku rasa macam tengah bercakap dengan budak Form 1 tu. Lepas ni aku nak kuatkuasakan kau tak boleh pakai cermin mata depan kitorang."

Nande? Kontra sangat ke muka aku pakai specs dengan tak pakai specs? HAHA

Anyway, sekarang aku dah biasa dah pakai specs Alhamdulillah. Takde dah nak fidget bila kena public speaking InsyaAllah. Ye lah, alah bisa tegal biasa kan?

Tapi sekarang kena jaga mata betul betul la sebab exposure kepada zina mata dah makin meluas. Tak nak kumpul dosa, kenalah ghaddul basyar. Tundukkan pandangan. Dan jalan laju-laju supaya takde lah dapat usha muka ajnabi masa kita berjalan melepasi orang-orang itu. See? How jalan laju contributes to kekurangan gejala sosial. kekeke

Akhir kata, terimalah dialog antara aku dengan adik sedara aku.

Dia : Kak Mira nampak lain lah malam ni.
Aku : Kenapa? Sebab Kak Mira pakai cermin mata eh?
Dia : Iye kot. Kenapa Kak Mira pakai cermin mata?
Aku : Sebab kalau tak, nanti Kak Mira tak nampak Nadhirah.
Dia : Oh, ni mesti sebab Kak Mira selalu baca buku kan?

Malangnya tak, Nadhirah. Nadhirah salah. Kak Mira pakai specs sebab selalu menghadap laptop. Wawawawaa

No comments:

Post a Comment