expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 14, 2011

First class honour.

Tajuk bajet gempak.

HAHA.

Sebenarnya tajuk yang sebenar : Honour ke dapat first class?

Jawapannya : Tak.

Hakikatnya kelas 1st ke, 2nd ke, 3rd ke, last ke semua sama. Semua kat situ dengan tujuan yang sama ; menuntut ilmu. Even syllabus pun sama. Betul tak?

Jadi mengapa perlu wujud "Ye lah, kau kan kelas Biruni" "Budak Biruni weh, takut gila" "Yelah budak Biruni kan pandai, tak payah belajar"

N.O.N.S.E.N.S.E

Itu semua statement yang tak boleh diterima oleh logik akal.

Entah lah. Sebagai orang yang pernah berpengalaman duduk kelas Biruni, kadang-kadang aku terfikir. Kenapa semua pun macam nak condemn budak-budak Biruni? Apa salah kitorang? Kitorang tak mintak pun nak duduk kat kelas tu.

And pernah satu hari, aku terserempak dengan orang yang spesies budak-biruni-weh-takut-gila dan dek kerana keannoyingan yang melampau aku pun tanya kenapa dia macam sangat mengagungkan status BUDAK BIRUNI itu?

Then dia jawab, sebab dia jeles. Dia pun teringin nak duduk kelas Biruni.

Frankly aku cakap kat dia, duduk Biruni tak seindah mana. Sama je kalau duduk kat kelas lain pun.

Okay. Indah la jugak sebenarnya kan bilamana kebanyakan ahli kelas pun rajin-rajin jenis selalu siapkan homework jadi keje aku pun senang, boleh main tiru-tiru. Part tu memang seronok. HEHE

Tapi yang tak seronoknya bila cikgu treat kitorang macam budak yang dirasakan pandai. Cikgu ajar sikit, expect semua murid faham. Memang tak dinafikan ramai budak kelas aku cepat pick-up tapi aku? Aku jenis slow learner. Kadang-kadang bila cikgu ajar, aku tak faham ape pun tapi bila dah satu kelas faham, aku terpaksa lah angguk-angguk cakap faham. Ye lah, kalau mintak ulang nanti takut melambatkan proses pengajaran pulak.

Namun hakikatnya bila dah habis kelas, bila aku mengadu yang aku sebenarnya tak faham rupanya ada jugak rakan kelas aku yang lain yang tak faham. Tapi semua pun mengangguk faham dek kerana majoritinya faham.

Korang faham ke apa aku cakap ni? HAHA

Ya itulah. Itulah kenapa aku kurang minat suasana Biruni. Tapi dalam masa yang sama, nak benci Biruni macam kurang appropriate lah sebab aku pun salah satu anggota kelas. Kalau bukan kita sendiri nak sayang kelas kita, siapa lagi? Kan?

Jika dikenang kembali kan, tahu tak kenapa aku cipta blog ni in the first place?

HAHA rasa nak gelak pulak tapi ya, tujuan utama aku buat blog adalah sebab aku stres duduk kelas 4 Biruni tahun lepas. Konon nak lepaskan segala ketidakpuasan hati dengan kesenyapan kelas yang seperti tanah perkuburan itu tanpa ada klasmets yang tahu.

Last-last alah bisa tegal biasa. Mula-mula benci kelas tu, lama-lama sayang. Nak mengadu domba pasal kelas pun sampai tak tahu nak mengadu apa. Bila orang kutuk kelas kita, dah mula rasa ada keluar aura nak bunuh orang tu sebab nak defend kelas kita. xD

Bukan apa, cuba bayangkan kalau kita tinggal kat pondok yang buruk patah sana sini tunggu masa je nak roboh, tapi still, kalau orang kutuk rumah kita tu kita marah tak? Marah, sebab itu rumah kita. Same goes to classes.

Bila kita dah tinggal kat situ belajar kat situ, secara langsung dan tidak langsung akan terbit perasaan sayang kat kelas tu. Percayalah. *Ini untuk memupuk semangat buat mereka yang masih tidak boleh menerima kelas yang mereka dapat pada tahun ini --- termasuk aku.

Kalau Allah dah tempatkan kita kat suatu kelas tu, maknanya kelas tu lah yang terbaik untuk kita. Memang kita tak tahu tapi Allah tahu. :)

Jadi bagi aku tak perlulah lepas ni wujud lagi perbandingan antara Biruni dengan Farabi, Farabi dengan Jabar, Jabar dengan Kindi, Kindi dengan Razi, Razi dengan Khaldun, Khaldun dengan Sina dan seterusnya.

Sebab semua kelas sama.

Kita semua sama.

1 X-TEEN!