expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 9, 2011

Entah apa.

Arghhh. Aku pusing. Aku runsing.

Selama ni, aku penat berfikir. Apa manfaatnya belajar Addmaths? Dan persoalan aku nampaknya bakal terjawab bila aku diberi task Addmaths yang katanya dicipta untuk membuktikan kepada pelajar bahawa kita boleh relate apa yang kita belajar dalam Addmaths dengan real life.

Tetapi tidak. Persoalan aku rupanya tidak terjawab.

Aku jadi lebih penasaran ada lah. Apasal kerajaan suruh aku fikir pasal minyak ni?

Sebetulnya aku sangat tidak puas hati dengan task petroleum aku tu. Tanya pasal minyak buat apa? Tak boleh ke suruh cari statistik berapa artis yang buat plastic surgery ke, tak pun probability music genre camne yang remaja suka, or maybe coordinates shopping complex dalam negara ke. Baru la kena dengan jiwa remaja. ;D

Aku bukan saje nak protes. Aku serius boleh kemukakan alasan yang relevan kenapa aku tak nak buat task petroleum tu. Dan antara sebab terbesar adalah : bila besar aku nak jadi dentist. Apa kaitan gigi patient aku dengan petroleum?

Kalau soalan senang suruh cari berapa liter petroleum tangki kereta proton, mers, BMW boleh handle, tergerak hati jugak aku nak buat. Tapi hampeh, ada tanya route mana yang sesuai, distance, time, energy, power la bagai. Ini dah macam Physics.

Tah la aku ni Addmaths tak berapa nak bijak. Asyik dapat markah cukup makan je. Cuba la consider sikit. Modify soalan tu jadi mudah.



ya.beginilah aku berfikir bila tengok soalan edmets.


Tapi dah namanya task. Walaupun mencabar, kena jugak try before quitting kan?

Aku pun try dengan cara bertanya kepada makcik aku yang bekerja dalam industri petroleum. Tapi dia IT consultant. Bukan engineer minyaknya.

Dan reaksi pertama bila dapat soalan tu? "Whoa soalan level SPM macam ni punya susah ke. Gaya macam soalan Fizik je?"

Kemudian aku pun beri kertas task itu dan,

"Tau takpe. Jadi apakata Mak Ani bawak ni pegi office tanya kawan Mak Ani suruh diorang tolong jawabkan eheheh"

Ya. Aku rasa itulah tindakan yang paling bijak pernah aku lakukan masa cuti sekolah ni.

Kemudian aku telefon pula ayah aku yang sedang outstation.

"Papa annoying la task addmaths Mira. Dia suruh cari distance la speed la. Pastu dia bagi speed wave berapa, speed boat dalam still water berapa pastu kena kira total speed. Macam mana nak kira? Eish."

Ayah aku gelak. "Itu dah macam mechanical maths. Aviation ada la jugak kira benda tu. Bila air resistance sekian sekian speed aeroplane jadi berapa. Yang Mira punya tu kena kira pakai vector quantity..."

"Ha papa tahu! Tak boleh ke papa balik Malaysia je sekarang siapkan benda ni?"

Dan aku terdengar hempasan gagang telefon sejurus selepas itu. Okay itu hiperbola.

Senang cerita cuti aku jadi tunggang terbalik pasal task Addmaths ni. Sampai sekarang jugak aku masih tak faham kenapa Addmaths tu wujud.

Dan kerana dok asyik berfikir, last-last tangan tak bertindak. Maka homework itu pun terbengkalai begitu sahaja.

Serius. Kalau berjaya siapkan task petroleum tu dapat biasiswa petronas ke apa takpe lah jugak.

No comments:

Post a Comment