expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 31, 2011

Madrasah Muhasabah

Definisi RAMADHAN dalam kamus hidup aku pada tahun ini :

Redha Allah --> Mencari, Atas Dasar Hendak Akan Nya!

Ramadhan datang lagi. Kali ini dengan azam baru. Tekad di hati. Hendakkan redha Allah, maka mesti berusaha untuk mencapainya. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubah nasib mereka sendiri!



Nak dengar suatu cerita? Hari tu dapat kat Liqa'.

Sedikit sebanyak terlebih terkurang beginilah ceritanya :

Pada suatu masa dahulu, tinggal seorang mak dan dua anaknya : A & B di atas muka bumi Allah. A ini akhlaknya baik sekali, solatnya dijaga, hormat pada ibu bapa, sering ke masjid, senang cerita si A ni kalau masuk Imam Muda gerenti menang punya. Tapi lain pulak Si B ni. B suka melepak, keluar masuk kelab, berfoya-foya, tak jaga solat, senang citer memanjang je buat dosa.

Memang diorang adik-beradik. Tapi sungguh, perangai bagai langit dan bumi.

Ibu mereka ni sangat senang dengan sikap A tetapi dalam masa yang sama sangat kecewa dengan sikap B yang sebegitu. Maka setiap kali selepas habis solat, ibu itu sering berdoa "Ya Allah, kau berilah hidayah kepada anakku B, agar dia menjadi sebaik anakku A."

Doa ibu antara doa yang makbul. Ini fakta.

Satu hari dengan tak semena-mena, sedang B melakukan maksiat dia tetiba rasa menyesal dengan segala dosa yang dilakukan. Rasa betapa dia telah jauh tersasar dari landasan yang benar. Dia ingin kembali ke pangkal jalan. Ingin mencari kebahagiaan hakiki. Hidayah Allah sudah mula mengetuk pintu hati..

Dan pada yang hari sama juga, si A pula tetiba rasa bosan melakukan ibadah. Rasa tak dapat enjoy life bila sering ke masjid. Rileks ah, apa salahnya buat dosa sekali-sekala nanti dah tua taubatlah. Jemu dengan kehidupan sebagai seorang yang kuat beribadah, dia transform jadi manusia yang tak segan silu buat maksiat. Bisikan syaitan sudah menceroboh hati..

Takdir Allah. Hari itu didatangkan Tsunami. Matilah B dalam keadaan beriman bilamana dia sempat bertaubat walaupun telah banyak melakukan dosa. Matilah A dalam keadaan kufur dan segala amalan baiknya menjadi sia-sia.

Di kala itu, baru ibu tadi tersedar. Dia hanya mendoakan B berubah menjadi baik tetapi tidak pula mendoakan A terus istiqamah menjadi baik. Namun menyesal di kala itu sudah tiada gunanya.


Apa yang kita dapat dari cerita ini?

Ya, hati manusia Allah yang pegang.

Bila-bila masa Allah boleh membolak-balikkan hati orang yang pada asalnya beriman dan pada bila-bila masa jugak Allah boleh tarik nikmat iman itu.

Tak semestinya orang yang jahat hari ini takkan berubah menjadi baik hari keesokannya. Dan semestinya tak mustahil orang yang baik hari ini berubah menjadi jahat esok harinya. Apa-apa pun boleh terjadi, dengan izin Allah.

Jadi adakah layak seseorang yang banyak amalannya memandang rendah kepada mereka yang kurang amalannya?

Layakkah seorang hamba menghakimi hamba yang lain sedangkan dia pun hamba?

Serius. Sistem labelling memang sesuai diguna pakai untuk pakaian. Tapi bukan untuk manusia.

Jadi tolong. Tolong tolong tolong dan tolong jangan jadi juri tak bertauliah. Apa yang zahir tak semestinya menceritakan apa di dalam batinnya. We only see what that person chose to show.

Jadi seandainya kita nampak keburukan yang saudara seIslam kita lakukan, kita doakanlah dia. Dan doakan diri kita agar kita juga tak terjebak dengan keburukan yang dia lakukan. Bukan hanya mengutuk, memerli, mengumpat dan sebagainya. Sedar tak sedar ; 1 jari kita tuding ke arah orang lain, 4 jari tuding ke arah kita balik.



Memandangkan sekarang kita sudah pun berada di madrasah Ramadhan, sama-samalah kita bermuhasabah diri balik. Jangan pernah fikir kita ni dah cukup baik, dah banyak sangat amalan rasa cam confirm dapat tiket ke syurga.

Hakikatnya bukan banyaknya amalan kita yang akan bawa kita ke syurga, tapi keredhaan Allah itu. Kalau Allah tak redha, alamatnya sia-sialah amalan kita selama ni.

Dan satu lagi. Andai ada saudara seIslam kita yang nak berubah ke arah kebaikan, supportlah dia. Jangan memerli mahupun mengungkit kisah silamnya yang kelam sehingga dia rasa terbolak-balik hatinya untuk bertaubat. Tak rasa dosa ke bila tanpa sedar diri sendiri dah buat saudaranya rasa terhalang untuk berubah? Memang kesinisan itu perlu, tapi dahulukanlah nasihat yang berhikmah.

Di kesempatan ini : Andai ada salah dan silap, andai ada tersilap kata terguris hati, aku nak memohon maaf.

Manusia takkan pernah lepas melakukan kesilapan, serupa juga aku. Mungkin dalam gelak tawa, ada yang terasa, aku minta maaf ye? HEHE

Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, syaitan diikat - pintu neraka ditutup - pintu syurga dibuka - ada malam-lebih-baik-dari-1000-bulan spesial punya offer - pahala dilipat gandakan. (quoting Anwar Hadi & Aiman Azlan)

So, together we grab this opportunity and let's change for the better. This offer will expire in 30 days but hopefully the effect will last forever and ever and ever.