expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 2, 2011

Singgah sebentar

Bertemu kembali kita di lebaran yang mulia ini.

Maaf lama tak mempedulikan awak, blog.

Ni saya datang beraya lah ni. HEHE

Buzz. Assalamualaikum buat semua penjengah. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! Maaf atas segala kesilapan dan kekhilafan. :)

Okay, stret to the point. Aku nak bukak hikayat sebenarnya ni. Saje. Dah lama tak story-mory pasal private life aku kan. HAHA

Raya aku tahun ni okay. Biasa je. Dapat duit raya, makan, pegi beraya, makan, saling bermaafan, makan. Ya memang klise. Jadi, malas nak citer.

Yang spesial pasal raya tahun ini cumalah satu.

Aku menemukan satu lagi perangai ganjil yang jarang aku lihat ada pada abang aku.

Saat TV3 menayangkan movie Syurga Cinta dengan tujuan membantutkan semangat warga Malaysia untuk saling ziarah-menziarahi kerana mereka berasa perlu untuk stay di rumah bagi menonton cerita tersebut, di kala itulah aku discover something fishy.

Aku sedang beraya ketika itu. (Ha! Aku tak terkena dengan propaganda TV3 yang menyuruh aku memerap di rumah. Bluek.) Bagaimana aku boleh pula menonton cerita itu sedangkan aku sedang beraya? Mudah saja jawapannya. Tuan rumah itu yang buka televisyen. Serius. Aku tak tipu. Itu kan hidangan wajib orang kita di samping kuih raya yang beraneka macam.

Off topic pulak. Okay kembali kepada cerita sebenar.

Waktu itu cerita itu sudah semakin hampir ke penghujungnya. Buat sesiapa yang menonton cerita itu, pastinya anda arif tentang scene di mana Awal melamar Heliza, bukan?

Awal membuka kotak kecil berwarna merah lantas menampakkan sebutir cincin yang bergemerlapan. Heliza hampir mencapainya. Dan Awal pura-pura menyimpan kembali cincin itu kerana ingin bergurau.

Di kala itu, I heard someone let out a chuckle.

Aku segera menoleh.

Jejaka itu sedang tersenyum.

Dan dia terus tersenyum sendirian.

Tanpa menyedari adiknya sedang memerhati dari jauh.

Serius. Adakah itu simptom wajib berkahwin?

1 comment:

  1. Haha, maybe.
    Tapi lagi best kalau Mira kawin dulu kot,
    calon pun da ada depan mata.
    HAHA

    ReplyDelete