expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 27, 2011

Senior dah nak jadi Junior

Akhirnya.

Aku dah bergelar LEPASAN SEKOLAH.

SPM is over.

Senior year dah over.

Tipu kalau aku kata tak rindu jadi senior. Jadi senior la best. Boleh buat sesuka hati (asalkan tak melanggar syariat). ;) Dulu masa junior, penah sekali aku tido dalam dorm (buat2 tido sebenarnya), then terdengar sorang senior ni cakap :

"Budak ni kan kejenye asyik tidurrrrr je. Kaki tido!"

Dush. Tersentap aku dalam tidur yang belum lena tu. Waktu tu memang keinginan nak jadi senior tu membuak-buak. Entahlah. Kalau dah jadi senior la, aku tido banyak mana pun, junior takdenye nak kesa. Boleh aku tido puas-puas. HAHA

Itu salah satu kegembiraan menjadi senior, bagi aku.

Dan paling best jadi senior sebab waktu tu la ukhuwah paling rapat. Ye la, dah bertahun bersama kan? Waktu tu la dapat faham kepelbagaian karakter kawan-kawan yang rambut sama hitam, tapi kerenah lain-lain. Gelak tawa, riuh rendah, sedu sedan.. Argh sudah, toksah la nak mengimbau memori semalam dengan sahabat semua. Karang ade jugak yang malam takleh tido sebab menangis, rindu. HAHA jangan risau aku takkan

Anyway, aku cuma nak cakap. Kegembiraan tu bukan everlasting kan? Berakhirnya senior year bermakna akan bermulanya junior year yang baru. Orientasi. Bende yang paling aku benci. Aku tetap kena tempuhi lagi. wawaaa

Kalau hidup ade butang rewind, dah lama aku tekan.

Apa-apa pun. Di sini aku nak ucap semoga berjaya kat kawan-kawan semua.

Kepada wira wirawati, jaga diri baik-baik. Kita kan muslim? Tunjukkan contoh yang cemerlang. Jadilah entiti misali kata berdarjat tinggi kehkeh. Jangan mudah terpengaruh. Tak sabar nak tengok waktu amek result nanti, yang berisi tinggal tulang, yang salji jadi arang kihkih. All the best!

Kepada yang bekerja, simpan duit gaji elok-elok. Time amek result nanti boleh belanja aku. HAHA

Kepada yang amek lesen kereta, jangan ingat habis sekolah kita dah tak terikat dengan peraturan. Apa gunanya peraturan jalan raya kalau tak patuh? Drive jangan laju-laju. Anda mampu mengubahnya. *wink*

Kepada yang bersantai di rumah, main Facebook jangan sampai lalai. Masuk waktu solat, pegi solat. Yang suka marathon drama tu, kalau ade drama best jangan lokek. Rekemen kat aku. HAHA Tapi kalau korang rekemen drama ending sedih memang siap la!

Dulu, aku risau fikir. Lepas sekolah menengah, nak pegi mana? Amek lesen kete? Pegi DQ? Kerja cari duit? Lepak kat rumah je? (budak tak plkn memang banyak aje plannye.HAHA)

Lepas pegi daurah hafazan, aku tergerak hati nak mohon DQ. Aku dilema jugak waktu tu. Serius ke nak mohon? Bukan mudah hafal Quran. Lagi tak mudah nak kekalkan hafalan. Surah-surah yang aku hafal waktu sekolah menengah pun bukannya aku hafal lancar. Ada yang lupa-lupa. Juz 30 pun tak habis lagi. Betul ke nak mohon?

Tapi kalau tak silap, aku penah jumpe kata-kata yang bunyi die macam ni : Kalau hati tu dah tergerak nak buat kebaikan, teruskan. Takut nanti itu peluang pertama dan terakhir untuk kite ade feel camtu.

Aku pun tawakal aje. Mohon. Tanpa mengharapkan ape-ape outcome. Aku cuma fikir kalau dapat, itu lah tempat aku. Kalau tak dapat, ade lah tempat lain yang lebih baik untuk aku.

Dan Alhamdulillah, aku dapat.

Waktu mulanya aku tak percaya, aku anggap web tu rosak kot. Tapi bila dah berpuluh kali cek, jawapannya tetap sama. Aku kaget.

Aku rase macam aku tak layak nak pegi, rasa tak cukup baik, rasa tak boleh survive belajar kat sana. Tapi Jiah kata, "Sampai bila cuma orang-orang baik je yang pegi tempat baik?" Kau nak kate aku jahat ke Jiah? HAHA. Tapi bila fikir balik, betul la cakap Jiah tu. Lainsyakartum laazidannakum. Aku patut bersyukur dapat peluang ni. Mungkin Allah nak membantu aku jadi lebih baik? HEHE

Tapi masuk DQ, tak gerenti dapat masuk syurga. Nak masuk syurga still depends on keredhaan Allah kat kita. Jadi kepada yang tak dapat, jangan risau la. Misi kita masih on and peluang masih terbuka selagi kaki tak menjejak syurga. DQ bukan perhentian terakhir. Life must go on. Kita ada misi nak kena capai!

Aku ade cakap kat makcik aku kalau aku tak dapat habis belajar kat DQ camne?

Tapi makcik aku cakap : "Tak kisah la Mira habis belajar ke tak, proses pembelajaran tu yang penting. Kalau tak dapat habis pun, you'll still learn something kan? Mummy pun sejuk je kalau anak dia dekat dengan Alquran."

Nampaknya aku akan pilih this path. Aku harap tak salah. Aku harap aku dapat survive sampai penghujungnya. Doakan aku tau? HIHI

And kepada kawan-kawan sambest yang rindu satu sama lain tu, kalau rindu tu doakan la kawan-kawan kita. Dekatkan diri kita dengan Allah. InsyaAllah, kita akan berkawan lagi kat syurga! ^^