expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, March 18, 2012

Life is a secret.



"Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." - Al'An'am : 59

Tak pernah terlintas dalam hidup aku selama ni yang aku akan menghafaz Al-Quran. Sungguh. Dari sekolah rendah, aku tak pernah fikir pun nak masuk mane-mane SAM. Well, aku sangat teringin nak pakai kain biru dan langsung tak merancang untuk teruskan memakai kain hijau ye. Tapi malam terakhir sebelum mak aku meninggal, mak aku tanya aku : "Nak masuk SAMBEST, PSRA kena berapa peratus?" Dari situ, aku tahu. Mak aku memang nak aku teruskan pengajian agama. Reluctantly, aku terima je la offer pegi SAMTTAJ. Pastu lepas ayah aku mohon berkali-kali, alhamdulillah dapat SAMBEST. Tercapai jugak cita-cita mak aku yang terakhir. :) Cita-cita aku pun tercapai, nak duk asrama dekat dengan rumah. Ngeh3

Masuk SAMBEST memang tak penah wujud dalam perancangan aku, tapi bende tu wujud dalam perancangan Allah. Betullah apa orang kata, kita merancang tapi Allah yang menentukan. Dah masuk sana, ingat terhenti kat situ je la. Sekali tetibe waktu Form 1, ayah aku pulak.. "Mira masuk kem tahfiz kat Masjid Al-Falah eh cuti akhir tahun ni."

Dan secara kerasnya, roh jahiliyah dalam diri aku bersuara : "Tak nak pegi. Tolonglah papa, Mira janji Mira hafal juzuk 30 kat rumah. Betul, tak tipu."

Heh, sampai ke Form 5 tak hafal-hafal. :P

Waktu Form 5, tetiba pulak Allah gerakkan hati suruh mohon DQ. Dalam rasa keinferiority complexan yang tinggi, aku mohon jugak walaupun tahu diri ni tak layak pun sebenarnya.

Dan takdir Allah kan? Siapa yang jangka? Aku pun tak penah jangka. Tup-tup aku dapat. Waktu tu, memang perasaan berkecamuk sampai tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Kenapa Allah bagi aku lulus? Ni istidraj ke, Allah nak uji aku menjaga Quran sedangkan aku rasa aku tak mampu? Atau Allah nak suruh aku berubah menjadi lebih baik?

Tapi bila difikirkan balik, kunci perbendaharaan ghaib tu ada pada Allah. Sebagai seorang hamba, tak sepatutnya aku mempersoalkan takdir yang Pencipta aku dah tetapkan untuk aku.

Waktu dapat tu, ayah aku cakap : "Dulu Mira janji nak hafal juzu' 30 tapi tak hafal-hafal. Tengok sekarang, Allah takdirkan Mira hafal 30 juzu' terus."

Rasa cam nak menangis. Bukan setakat Allah bantu aku menyempurnakan janji aku yang dah lama terbengkalai, malah Allah masih pilih lagi aku untuk belajar dan hafaz Quran walaupun sebelum ni aku tak penah terfikir pun nak hafaz kalam Dia. Betapa pemurah dan penyayangnya Allah tu.

"Dulu lepas Mummy meninggal, Papa selalu doa harap-harap Allah jadikan salah sorang anak papa ni hafiz. Papa ingatkan nak masukkan Arif kat sekolah tahfiz. Tapi Allah gantikan pulak dengan anak yang kedua. Papa syukur sangat, sebab papa tak payah paksa pun. Mira sendiri yang volunteer nak hafaz Quran."

Dari situ, aku belajar lagi.

"Dan berkata Tuhanmu; berdoalah kepada-Ku nescaya akanKu perkenankan." - Ghafir : 60

Sungguh. Allah memang makbulkan doa hamba-hambaNya. Cuma dengan cara apa? Itu yang kita tak tahu. Dalam kita tak sedar, dalam setiap apa yang pernah Allah timpakan atas kita, memang terkandung banyak hikmah yang tersembunyi.

Itu kisah hidup aku yang telah dirancang Allah.

Sekarang bila ada kat Darul Quran, memang baaaaanyak sangat aku belajar. Bila banyak sangat jumpa bende baru, barulah aku sedar betapa jahilnya aku dalam ilmu dan betapa jahilnya aku sebab tak nak cari ilmu. Kat rumah, heh rasa cam takde tanggungjawab. Tapi bila masuk DQ, baru sedar yang tanggungjawab tu memang terlalu banyak sampai tak cukup waktu nak laksanakan.

Sejujurnya niat aku tak betul sangat pun bila first-first masuk DQ. Tapi minggu Haluan Siswa (orientasi) sedikit sebanyak dapat mentajdidkan niat aku dan mensabitkan pendirian aku untuk terus belajar kat DQ sampai ke akhirnya.

Aku paling terkesan waktu aktiviti kembara. Semua orang diamanahkan jaga sekeping biskut. Pastu kena masuk hutan bukit yang penuh mehnah dan tribulasi. Seriously, mulanya aku fikir orientasi DQ banyak ceramah, rupanya challenging tahap gaban. Patutnya aku yang lebih dijulang daripada pemenang Amazing Race sebab aku dapat habiskan orientasi DQ dengan jayanya.ohhoho

Lepas berpenat lelah dan akhirnya sampai jugak kat atas puncak bukit setelah melalui checkpoint2 yang membakar hati, akhirnya tiba di checkpoint last. Checkpoint Ustaz Ikmal: Ustaz Paling Garang. ye ye je garang.tu ustaz sekolah rendah aku dulu, jadi takdela takut sangat pun.haha.sebab dah tahu dah perangai sebenar :P

Ustaz Ikmal dengan gaya diktatornya : "Amira, tunjuk saya barang amanah kamu."

Aku pun amek biskut dari poket lalu menyuakan tangan menunjukkan biskut yang rupa dah tak macam biskut pun. Tah la lemau, lembap pulak tu sebab kena air.

"Apa kat tangan kamu tu?" ustaz tanya.

"Biskut, tuan."

"Itu biskut? Tak macam biskut pun. Itu apa tu sebenarnya kat tangan kamu?" ustaz tersebut menempelak sekali lagi.

"Habuk biskut, tuan." jawapan paling loyar aku dapat bagi.

"Tak. Itu melambangkan amanah kamu yang dah pecah. Kalau amanah sekecik biskut pun tak boleh jaga, macam mana nanti nak jaga amanah Al-Quran yang besar tu?"

Zuppp. Tersentap. Memang kata-kata tu sangat menoreh hati aku sampaikan minda aku bergiat aktif memuhasabah diri.

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah-belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." - Al-Hasyr : 21




Ya Allah, sedangkan gunung pun boleh pecah sekiranya disuruh memegang amanah Al-Quran yang sangat berat. Aku ni? Nak kata aku ni setough gunung yang muscular tu, 5% pun tak sampai. Mampukah aku? Mampukah? Tapi bila diingatkan balik, Allah ada kata dalam Al-Quran: "Kemudian apabila engkau berazam, maka bertawakalllah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang bertawakal pada-Nya.” - Ali Imran : 59

Kalau betullah aku berazam nak hafaz Al-Quran, tawakkallah kat Allah. Innallaha yuhibbul mutawakkilin. Mungkin memang susah nak hafaz Quran dan nak betul-betul jaga tapi bak kata Wani kelate; "Memang susah kita nak betul-betul ingat Al-Quran. Tapi akhir nanti, Allah tak tengok kita dapat masyi Al-Quran ke tak. Apa yang Allah tengok ialah usaha kita untuk masyi Al-Quran."

Lupa tu perkara biasa. Manusia kan An-Nisyan? Itu sebab kena rajin mengulang.

Tapi sungguh, menghafaz Al-Quran memang sangat susah. Bertangki kot air mata aku tumpah dalam proses nak menghafaz ayat Allah. Mesti banyak maksiat kat hati, tu yang susah tu nak hafal bende baik.wawaaa Awal-awal aku hampir mengalah kepada perasaan tapi nasib baik sedikit sebanyak kenangan Haluan Siswa dapat membangkitkan kembali semangat untuk meneruskan perjuangan. Ecewah

Waktu kemuncak aku down sebab susah gle nak hafal Quran, Allah takdirkan aku untuk dengar kata-kata dari satu ustaz ni : "Kalau kita susah nak hafal Quran, jangan mengeluh. Cuba bayangkan, bila kita baca 1 huruf daripada ayat Al-Quran, kita akan dapat 10 pahala. Bila kita susah nak hafal, kita kena ulang baca page tu berkali-kali. Cuba fikir berapa banyak huruf yang kita baca? Berapa banyak pahala yang kita dapat? Kalau kita mengeluh 'Ya Allah kenapa Kau tak bagi aku mudah nak hafal Quran' samalah macam kita kata 'Ya Allah kenapa Kau nak bagi aku pahala banyak-banyak? Aku nak hafal cepat. Aku tak nak ulang banyak-banyak kali. Aku nak pahala sikit je.'"

Pap pap tertusuk-tusuk kat hati lepas ustaz tu cakap. Memang betul la manusia ni makhluk yang sangat suka mengeluh. Especially aku.

"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh." - Al-Ma'arij : 19

Padahal bila difikirkan balik, Rasulullah dulu lagi berat time nak terima wahyu. Kali pertama malaikat datang bawak ayat Iqra', Rasulullah pulang dalam keadaan ketakutan suruh Khadijah tolong selimutkan. Dalam proses penurunan Al-Quran, Rasulullah sendiri diuji waktu menghafaz. Kadang-kadang malaikat turun dalam rupa yang sebenar dan cara penurunan wahyu tu sangat berat bagi Rasulullah. Tapi adakah Rasulullah mengeluh mahupun mengalah? Tak. Rasulullah tetap menghafaz Al-Quran sampai khatam. Kita kata idola kita Nabi Muhammad, tapi kenapa kita nak mengalah bila rasa susah nak hafaz Al-Quran sedangkan apalah besarnya saiz ujian kita kalau nak dibandingkan dengan ujian Rasulullah?



Inilah antara pengajaran-pengajaran yang dapat aku garap melalui proses pembelajaran aku yang baru sebentar cuma kat DQ. Kalaulah Allah tak letakkan aku kat DQ, mungkin sampai bebile (nauzubillah) aku takkan sedar betapa aku dah terlalu lalai dalam hidup sebagai seorang hamba.

Dulu aku pikir apa yang aku rancangkan untuk hidup aku dah cukup hebat tapi rupanya perancangan Allah lagi gempak. Itu sebabnya aku kata life is a secret. Sebab hidup ni penuh rahsia. Rahsia yang hanya Dia yang tahu.

Jika diimbas kembali masa silam aku yang kelam, aku tak penah jangka aku boleh berada atas landasan yang sekarang ni. Menghafaz dan mentadabbur Al-Quran. Tapi tak semestinya bila Allah letak aku kat landasan ni, aku memang tak akan tersasar langsung sampai bebile. Sebab life is a secret kan?

Sedangkan soya yang putih boleh berubah menjadi kicap yang hitam, rambut yang hitam boleh berubah menjadi uban yang putih. Apatah lagi hati manusia?

Jadi, doakanlah aku dapat berubah menjadi seseorang yang lebih baik dan lebih bermanfaat kepada diri sendiri dan jugak orang lain. Doakan aku istiqamah. Doakan aku tetap pendirian. Doakan aku kuat. Doakan aku tabah. Doakan aku sabar. Doakan aku bersyukur dengan setiap apa yang Allah bagi kat aku.

Alhamdulillah. Dari seorang pocong, aku belajar erti sebenar sepasang telekung. Dari seorang yang suka mengumpat, aku belajar erti perlu ikhlas dalam bersahabat. Dari seorang yang gila korea, aku belajar erti lebih bagus jadi qariah.

Dari Allah, aku belajar erti kehidupan yang sebenarnya.