expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 17, 2012

Perfect Training Centre

Ramadhan kian melabuhkan tirai.

Tapi aku masih terkapai-kapai.

Apakah yang telah aku capai?


Sudah 27 hari hujan lebat mencurah-curah. Tak lama lagi, hujan akan surut.

Sejujurnya aku sendiri tak boleh nak define samada sepanjang Ramadhan ni aku tadah tangki ke baldi.

Bulan Ramadhan. Bulan yang terkenal dengan rahmat yang mencurah-curah. Di mana pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan diikat. Tapi kenapa diri ini seakan tidak mengalami perubahan? Adakah sifat-sifat jahat sudah terlalu sebati dengan diri sehinggakan nafsu sendiri pun tak dapat ditandingi?

Entah.

Bila erti kewujudan Ramadhan tak dapat dihayati, sewajarnya memang akan berlaku penyesalan sebegini.

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa." - Al-Baqarah : 183


Waktu 1 Ramadhan haritu, ada program Ihya' Ramadhan kat Damansara. Sejujurnya waktu tu sangat banyak alasan yang aku cipta supaya aku dapat meloloskan diri daripada ikut program tu. Nak kena mula gerak untuk cari sponsor Intifadhah, takde kawan nak pergi sama, yuran mahal etc. Dalam kebingungan yang cenderung ke arah 'tak nak ikut program', aku buat istikharah. Daripada melayan dilema diri, baik minta pandangan Ilahi. Dan entah kenapa, sehari sebelum program tu hati aku tetiba rasa kosong. Rasa macam dah lama tak ditarbiyah. Akhirnya Allah gerakkan jugak hati yang suka berbolak-balik ni ke salah sebuah taman syurga.

Dalam majlis ilmu itulah, aku dapat satu ilmu yang sangat suka untuk aku kongsi. Ustaz kata Ramadhan bukan musim ibadah mengejut, Ramadhan ialah pusat latihan. Adat kita; waktu Ramadhan la berebut-rebut nak tarawih, solat sunat banyak-banyak, tadarus, sedekah etc, tapi lepas habis je Ramadhan segalanya berhenti begitu saja. Seolah-olah ibadah tu bermusim. Sedangkan Ramadhan itu dipenuhi dengan schedule tadarus, tarawih etc untuk melatih kita supaya dapat melazimi perkara tersebut bukan hanya dalam Ramadhan, malah dalam kehidupan kita secara umumnya. Tapi tak ramai antara kita yang sedar kan?

Ibadat dah seakan-akan menjadi adat. 

Just so you know, Ramadhan ni alat bukan matlamat. Alat untuk kita mencapai ketaqwaan. Ya, matlamat kita taqwa. Bukan Ramadhan.

Jadi, memang sangat tak impressive kalau kita hanya ruhban fillail fursan finnahar ketika bulan Ramadhan tapi waktu bulan lain, kita masih kekal dengan bad habits yang lama. 

Ohye, berkata tentang Ramadhan sebagai training centre, ini antara modul-modul yang Allah sediakan untuk kita :

1.Dalam bulan Ramadhan ada sahur.
Secara kebiasaannya, kita sangat sukarr untuk bangun qiam pada hari-hari biasa. Akan tetapi waktu bulan Ramadhan, senang pulak kita nak bangun awal sebab kita akan terbayang-bayang betapa perut kita akan menderita kalau kita tak tinggalkan katil untuk bangun sahur. Begitulah caranya Allah mendidik kita untuk bangun awal. Bila kita dah biasa bangun awal pagi selama 30 hari, secara tak langsung akan menjadi mudah untuk kita bangun qiam pada hari-hari yang berikutnya. Allah sedang mengadjust biological clock kita secara tak langsung.

2.Dalam bulan Ramadhan ada tarawih.
Ok frankly, 20 tu banyak ke sikit? Fine, tak payah la nak ekstrem sangat, 8 cukup. 8 tu banyak ke sikit? Waktu hari-hari biasa, 8 rakaat solat sunat tu sangat banyak kan? Nak solat rawatib 2 rakaat pun rasa berat apatah lagi nak solat sunat 8 RAKAAT. Tapi apasal waktu Ramadhan boleh pulak solat tarawih? Larat pulak? Ini sebab Allah nak tunjuk kat kita yang sebenarnya kita mampu untuk solat sunat banyak-banyak rakaat cuma kadang-kadang kita je yang malas. We already have the ability, but unfortunately we are lacking of will power.

3.Dalam bulan Ramadhan takde waktu breakfast, brunch, lunch, tea-break dan yang sewaktu dengannya.
Untuk budak-budak sekolah, paling koman pun waktu rehat yang sekolah bagi : 20 minit. Itu baru waktu rehat, belum lagi waktu lunch dan sebagainya. Same goes to the others yang in college, working or so on. Kalau nak dikira percentage jumlah waktu makan dalam kehidupan kita, boleh kira high jugak graphbar die. Tapi bila kita berpuasa, sangat banyak masa yang kita dapat save sebab kita dah tolak waktu makan daripada schedule kita. So supposedly, masa-masa tu la kita penuhi dengan tadarus, tadabur & other amal soleh yang lain sebab Allah dah hadiahkan kita rezeki masa. Now sudah jelas kepada kita bahawa during Ramadhan, Allah sedang mengajar kita bagaimana mencuri masa untuk beribadah.

4.Dalam bulan Ramadhan kita tak boleh makan (subuh until maghrib).
Dalam bulan Ramadhan, Allah seakan-akan menyuruh kita meninggalkan sesuatu yang halal bagi kita. Kita tak boleh makan, tak boleh bercampur dengan suami or isteri padahal perkara-perkara itu dibenarkan pada hari yang lainnya. Di sini kita dapat nampak bahawa kerana mematuhi perintah Allah, kita mampu untuk meninggalkan perkara yang halal bagi kita. Jadi apa alasan kita untuk tidak boleh meninggalkan perkara-perkara haram yang jelas Allah perintahkan supaya kita jauhi?

Look at how perfect the planner that Allah has made for us.

Kita kan makhluk yang dicipta, dan Allah pencipta kita. Of course Allah paling tahu bentuk latihan apa yang wajar diberikan kepada hamba-hambaNya.

Jadi, sangat sayang la sekiranya kita sia-siakan moduls ni dan tak praktikkan dalam kehidupan seharian. Jangan jadi retorik, terikut-ikut dengan modul tapi tak faham makna tersirat di sebalik setiap tindakan yang kita lakukan.

Harapnya semua umat islam yang melalui proses tarbiyah dalam bulan Ramadhan dapat keluar menjadi produk yang bertaqwa.

Kunu Rabbaniyyun wa la takunu Ramadhaniyyun.

(Walaupun agak terlambat untuk mengucapnya,,) Ramadhan Kareem! :)


No comments:

Post a Comment