expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 24, 2012

When your name doesn't portray your personality.

Nama aku Amira.

Mak ayah aku yang bagi nama tu.


Kenapa takde 'H'? Jangan tanya aku.


Yang penting bukan nama luaran, tapi maksud nama tu.


Ok. Amira dalam bahasa arab maksudnya PEMIMPIN. (lebih kurang lah)




Tapi masalahnya, Amira ni takdak pun ciri-ciri seorang pemimpin. Apakes?


Hidup kat DQ mengajar aku untuk memegang jawatan dalam sesebuah organisasi. Mengajar aku melatih daya kepimpinan dalam diri. Kalau kat SAMBEST dulu, setakat jadi AJK kebajikan, naqibah usrah, timbalan bendahari kelas etc. Sekarang dah mula pegang amanah yang bunyinya biase je tapi hakikatnya sangat sukar untuk dipikul.


"Jangan pernah diminta sesuatu amanah sekalipun berkemampuan. Dan jangan ditolak amanah itu sekalipun rasa kurang berkemampuan."


Bermula ketika aku dilantik menjadi TSU Biro Penerbitan & Informasi. 




Selama ni, jangankan photoshop, microsoft word pun aku jarang guna. Well dulu kan suka buat assignments pakai tangan, jadi bab IT skills ni memang boleh kata zero la. Tapi dalam banyak-banyak jawatan, jawatan ni yang Allah hadiahkan kat aku. Mulanya aku sangsi, dapat ke aku jalankan amanah ni sebaiknya? Tapi alhamdulillah, rasa kurang berkemampuan tu, telah Allah hazafkan dengan memberi kekuatan. Daripada seorang yang tak reti apa pun pasal photoshop, sekarang dah boleh dah buat risalah sikit-sikit. Rupanya ada hikmah kenapa aku suka stayup. Sekarang bila dah jadi TSU, buat minit mesyuarat or risalah malam-malam tak rasa terbeban mana pun sebab dah jadi satu kebiasaan. HEHE. Rapinya perancangan yang Allah dah buat.


Pastu kena jadi Unit Dana & Sponsor Intifadhah. 





Tak pernah lagi dalam hidup, aku minta sponsor dari orang ramai. Memandangkan aku ni pemalu orangnya malah segan dan tersipu-sipu (HAHA), jawatan ni sangat susah untuk dipikul. Tapi melalui jawatan ni, aku belajar untuk mintak sponsor secara terbuka di Fesbuk. Mesti korang terfikir, tak rasa malu ke? Tak payah tanya la. Memang rasa tebal muka kut time tu. Tapi bila fikir balik, buat apa nak malu? Kita sedang membuka satu wasilah untuk orang mendermakan harta mereka ke jalan Allah. Bukan ke kalau kita ajak orang buat kebaikan, kita pun akan dapat ganjaran sama macam orang yang buat kebaikan tu? HOHO pasni sape-sape yang jadi unit sponsor boleh la ubah mindset ;)


Then, Allah pilih diri ini untuk jadi timbalan bendahari Henshin. Henshin (Transform!/Bertukar!) pulak merupakan sebuah program kerohanian yang dianjurkan oleh Biro Tarbiyah & Kerohanian IQRaC. Pffffffffttttttt. Manusia macam aku nak handle program tarbiyah? Biar betul! Pada mulanya, rasa sangat rendah diri sebab dalam kalangan AMT program, aku sorang je bukan BTK. Budak-budak BTK ofkos sume baik-baik soleh-solehah thiqoh-wara' belaka. 




Nak banding dengan aku, memang macam kopiah putih dengan stokin hitam ler. Tapi Allah ada agenda disebalik jawatan ini rupanya. Dalam nak merangka program untuk mentarbiyah ahli sem, koordinator program yang terlebih dahulu ditarbiyah. Serius sangat banyak mehnah dan tribulasi yang dihadapi sepanjang 'behind the scenes' Henshin yang dapat mematangkan aku dalam bab kepimpinan ni. Sebelum nak meng'henshin'kan orang, Allah 'henshin'kan aku dulu. ;P


Dalam keadaan diri yang belum cukup sifat kepimpinan, Allah entrusted aku dengan jawatan-jawatan yang tak tersangka.


"Ujian adalah tarbiyah daripada Allah. Kadang-kadang kita mencari tarbiyah, tapi sedarlah tarbiyah itu memang ada pada diri kita selagi kita masih hidup sebab kehidupan itu adalah tarbiyah." 


Tak perlu tunggu diri ni sempurna, sebab diri kita takkan pernah sempurna. Bila rasa tak bersedia untuk menghadapi sesuatu, ingat ayat Allah yang ini :


"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian" - At-Tiin : 4 


Allah dah menciptakan kita ni sebaik-baik kejadian. Jadi although kita rasa tak mampu nak buat sesuatu perkara, ingatlah yang Allah kata : kita boleh. Kita kan sebaik-baik kejadian? Allah dah mengakui perkara tu dalam Al-Quran, persoalannya samada kita nak atau tak nak membuktikan kebenaran firman Allah itu? Lagipun kemampuan tu datang dari Allah. Bila rasa lacking, mintak la kat Allah. Allah kan maha Pemurah.


Aku nak cerita la sedikit sebanyak perkara yang aku belajar sepanjang 'kem kepimpinan' kat Darul Quran.


Antaranya, aku belajar untuk mengurus masa. 




Macam mana nak bahagi masa antara Al-Quran dengan gerak kerja? Waktu first-first masuk DQ dulu, rasa bengkek je hati tengok akak-akak main bola jaring kat padang waktu petang-petang. Dalam otak, rancak berfikir : 'macam mana la akak tu boleh main-main? kita ni punya susah nak hafal quran sampai waktu petang pun kena struggle untuk fokus quran. dorang boleh bergelak tawa?" Itu mindset dulu. Sekarang bila dah lama menghafaz quran, dah dapat rentak gaya menghafaz, sekejap je dah boleh hafaz 1 muka dengan izin Allah. Dan biasalah manusia, an-nisyan. Bila dulu susah menghafaz, beriya-iya mohon kat Allah nak dipermudahkan. Sekarang bila Allah dah mudahkan, diri sendiri jadi kurang pulak meluangkan masa dengan Al-Quran. Allahu Allah.


"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah mereka (dalam segala keadaan), sama ada sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan apabila Kami hapuskan kesusahan itu daripada mereka, mereka terus membawa cara lamanya seolah-olah mereka tidak pernah merayu kepada Kami dihapuskan sebarang kesusahan yang menimpa mereka. Demikianlah diperelokkan kepada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan." - Surah Yunus : 12 


Makin nak menuju ke muka-muka surat terakhir Al-Quran, sangat banyak ayat seperti ini yang aku ketemukan. Betapa banyak kali Allah mengingatkan tentang sifat manusia yang seringkali alpa dan lupa bila diberi nikmat. Astaghfirullah. Allahummaj'alni minal qalil.



"Lalu aku makin bersalah, ketika teringat hampir seluruh waktuku tersita untuk mengerjakan tugas-tugas dunia. Sedangkan untuk Allah hanya kuberi waktu sisa. Entah apa yang akan kukatakan padaNya, jika sedetik kemudian Dia memanggilku."

Bila Allah mengamanahkan aku dengan gerak kerja, alhamdulillah masa-masa aku terluang untuk membuat kerja yang insyaAllah dapat memberi saham di akhirat kelak. At least, takde la masa terbuang dengan tidur or sembang or makan-makan je. Dan bila sibuk dengan gerak kerja, waktu tu la aku rasa betapa berharganya masa yang ada walaupun hanya 10 minit. Letih macam mana pun, akan cuba luangkan masa tu untuk Al-Quran.


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." - Surah Al-Asr : 1-3


Selain daripada tu, aku belajar cara berkomunikasi dengan yang lain jantina dalam bergerak kerja. Belajar bertoleransi dan saling memahami. Belajar memendam rasa dan merendahkan ego. Belajar bersabar dan berterima kasih. Patut pun wujud buku : Men are from Mars.Women are from Venus. Sebab banin ni memang secara fitrahnya, lain perangai daripada banat. Dalam bergerak kerja, aku belajar untuk cuba meraikan perbezaan fitrah yang Allah cipta.




Alhamdulillah sebelum Allah takdirkan aku bergerak kerja dengan banin, Allah dah tarbiyah aku dengan kehidupan bersama lelaki-lelaki di rumah. Hidup bersama ayah, abang, adik lelaki, dan sepupu lelaki. Dari situ, sedikit sebanyak aku dapat pendedahan macam mana nak deal dengan mereka yang berbeza gender ni. Dan sepanjang aku hidup, abang aku merupakan lelaki paling ego pernah aku kenal. (HAHA sori la. Fakta kan? ;P) Jadi andaikata dapat bergerak kerja dengan banin camni, takde la culture shock ke ape. Ngeh3

Selalunya masalah dalam gerak kerja akan berlaku kerana ini. Banat sifatnya mudah nak bersangka. Banin pulak suka wujudkan keadaan yang akan buat banat sangka buruk-buruk. Banat perfectionist, nak tahu setiap perkembangan tentang kerja hatta walau sekecik-kecik perkara. Banin pulak suka rahsiakan kerja, dan rasa tak penting untuk bagitahu apa yang dia dah buat. Banat suka start kerja awal. Banin pulak suka buat kerja last minute(Well, hero selalu muncul waktu ending kan?)


Dan itu realiti yang kita kena terima.




Sejujurnya aku sendiri bukan reti sangat nak memimpin emosi dalam bab bekerja dengan banin ni. Untuk gerakkan diorang supaya bergerak kerja, aku guna method perlian. Ye lah, dah duduk dalam rumah yang penuh lelaki, memang aku dididik dengan sifat perli-memerli. ;P Aku fikir dengan menjentik ego banin dapatlah membuat mereka rasa tercabar lantas menjalankan amanah dengan baik. Betulkah telahan aku? Atau method ini terlalu kasar? HEHE

Yang pasti, berorganisasi telah indirectly mematangkan aku dalam bergerak kerja dengan yang lain jantina. Di samping mengajar erti bersabar, beralah, berlapang dada, bertegas dan sebagainya.


Ohye, haritu waktu Henshin nama aku naik sebagai wakil ahli sem banat untuk menyuarakan pendapat time diskusi IQRaC. 



muka terkejut

Seriously bila diberi amanah tu, aku sangat tensen. Aku bukanlah seorang qudwah yang baik untuk bercakap di khalayak ramai. Aku masih ada banyak kekurangan dan ada raaaaamaaai lagi yang lebih hebat bercakap. Tapi kita merancang, Allah merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.


Sepanjang jumaat and sabtu before slot diskusi tu, memang banyak kali aku menangis. Dalam nak menjalankan tanggungjawab sebagai timbalan bendahari Henshin, nak kena fikir pasal isi untuk dibentangkan time diskusi IQRaC. Rasa macam amanah tu bertimpa-timpa. Rasa tak kuat untuk jalankan. Dan waktu tayangan The Arrivals, aku call ayah aku mintak kata semangat. Dan ini kata ayah aku;


"Kenapa takut sangat nak jadi panel diskusi tu? Takut malu dengan manusia bila kat atas stage cakap tersekat-sekat? Ooooo, tak malu pulak dengan Allah bila ustazah tebuk jawab tersekat-sekat!"


Pergh. Sinis sampai menusuk kalbu. 


Tapi memang betul pun apa yang ayah aku cakap tu. Kenapa aku risau sangat untuk menjadi panel diskusi tu? Takut malu dengan ahli sem bila takde idea nak cakap kat depan? Astaghfirullah. Kenapa diri terlalu pentingkan pandangan manusia daripada pandangan Allah ni? 




Kata-kata ayah aku tu telah menyuntik sedikit semangat dan keberanian dalam diri untuk melontarkan hujah di depan walaupun rasa sedikit segan sebab kat atas stage ada 3 lelaki dan cuma aku sorang je perempuan. Tapi Allah kan ada? Malaikat kiri kanan pun ada. Nak siapa lagi temankan? Tak cukup lagi ke? 

:) Macam-macam jenis tarbiyah yang Allah rangkakan untuk aku sepanjang kehidupan DQ yang baru sebentar cuma ni.


Tapi kan, dalam banyak-banyak amanah yang aku kata dapat mengajar aku untuk menjadi lebih berkepimpinan, aku lupa untuk sebut lagi satu jawatan.



HAMALATUL QURAN.



Itu juga satu jawatan. Dalam berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk program, aku hampir terlupa bahawa aku juga perlu usaha yang terbaik untuk Al-Quran. Kita selalu memberi alasan kepada ustaz ustazah tasmi', tak dapat hantar modal banyak sebab sibuk dengan gerak kerja dan jawatan yang lain. Sedangkan Al-Quran tu pun 'gerak kerja' kita, 'hamalatul quran' juga adalah jawatan kita. Astaghfirullah.


"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh." - Al-Ahzab : 72 


Wahai para huffaz sekalian, kita dah memilih untuk memegang amanah Al-Quran. Amanah yang begitu berat sehinggakan langit, bumi, serta gunung-gunung menolak untuk memikul kerana mereka takut mereka akan khianati amanah tersebut. Kita yang memilih. Jadi kita harus bertanggungjawab dengan jalan yang kita pilih. Al-Quran akan menjadi hujah untuk kita di akhirat nanti, jika betul kita memelihara, beramal dan menyebarkannya. Tapi jika kita mengabaikan hafazan kita, malah tak menjalankan tuntutan yang terdapat dalam Al-Quran, ketahuilah bahawa Al-Quran itu boleh menjadi hujah ke atas kita.


Haritu time diskusi, aku bercakap tentang Al-Quran dan gerak kerja. Sedangkan diri sendiri tak reti mana pun nak menyeimbangkan antara keduanya. Astaghfirullah. Apa yang keluar dari mulut aku pun adalah satu amanah, dan aku akan dipertanggungjawabkan tentang perkara itu di akhirat kelak.


Aku nak bercerita tentang pengalaman. Hari Isnin lepas program Henshin, aku sangat mengantuk time kelas tasmi'. Tapi setiap kali aku rasa nak mengalah kepada perasaan dan tidur je, aku teringat apa yang pernah aku kata time diskusi haritu.


"Ustazah ana kata camni. Kita takde masa nak tidur atau bersembang walau sesaat pun dalam kelas tasmi'. Sebab kita semua dapat biasiswa untuk menghafaz Al-Quran. Rakyat bayar cukai kat kerajaan, JAKIM bagi biasiswa kat kita supaya kita menghafaz Al-Quran. Tapi kalau masa yang diperuntukkan untuk kelas tasmi' kita lakukan perkara yang selain daripada membaca Al-Quran, bermaksud kita tak amanah dengan masa. Kita tak amanah dengan Al-Quran. Kalau kita tak amanah dengan Al-Quran, macam mana Al-Quran nak masuk dalam hati kita?"


Tsk tsk. Bila diuji dengan apa yang aku sendiri perkatakan, aku rasa sangat sebak. Teringat Mardia selalu cakap camni, "Bila kita diuji dengan apa yang kita perkatakan, maksudnya Allah sedang mengajar kita untuk melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingatkan kita dalam usaha kita mengingatkan manusia."


Waaaaa. Tapi dalam keadaan yang sangat ngantuk, tak boleh fokus, bukan mudah nak mujahadah. Bukan mudah nak wujudkan sifat tadhiyyah yang tinggi dan menolak permintaan mata yang tunggu keizinan pemilik je untuk terkatup.




"Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Jangan diminta dikurangkan pahitnya mujahadah, takut nanti dikurangkan manisnya di syurga nanti."


Teringat lagi kepada kata-kata sendiri ketika diskusi haritu. Waktu ni, air mata dah tak tertahan. Aku menangis sangat-sangat mengenangkan betapa lemahnya diri aku yang tak dapat memimpin diri. Tak mampu menolak keinginan nafsu yang mengasak diri untuk tidur.


Lantas selepas tasmi' time rehat, waktu semua klasmets tiada di kelas, aku mengadu kat ustazah, dengan air mata yang mengalir.




"Ustazah, haritu saya kena jadi panel diskusi waktu program baru-baru ni. Saya bercakap pasal Al-Quran dengan gerak kerja. Tapi saya sendiri tak pandai bahagikan masa. Macam mana ni ustazah? Saya rasa bersalah sebab mengantuk dalam kelas tapi saya tak tahu nak buat macam mana."


"Amira, kamu tahu kan dalam surah As-Saff? Allah kata, 'Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.'"


Air mata makin deras mengalir.


"Bila kamu dah kata sesuatu, kamu kena jalankan apa yang kamu kata. Kalau kata-kata kamu boleh menimbulkan kesedaran kepada orang-orang lain, kamu jugak perlu menjadi penggerak untuk kata-kata itu. Ada hikmahnya kenapa Allah pilih kamu untuk bercakap tentang perkara itu. Allah tahu kamu kuat untuk laksanakan apa yang kamu perkatakan."


Hujung baju semakin lencun mengelap air mata yang tak jemu turun.


Ya Allah, aku rasa sangat bersyukur. Kau hadirkan insan-insan yang hebat sebagai wasilah untuk Kau memberikan kekuatan kepada aku. Aku tak perlu susah-susah mencari tarbiyah dalam program-program. Kau sudah tarbiyah aku dengan kehidupan. :')


" Seorang lelaki bertanya kepada naqibnya, "Akhi, apa hobi seorang daie sebenarnya?" Naqibnya tersenyum, "Hobi itu perkara yang orang buat bila ada masa lapang kan?" Lelaki itu mengangguk. Naqibnya tersenyum lebih lebar, "Daie ada masa lapang ke?" "


Erk. Tersentak. Tersentap. Tak seharusnya kita mengeluh bila Allah menyibukkan masa hidup kita dengan gerak kerja Islam. At least bila Allah tanya kat akhirat nanti, "Apa yang telah kau buat dengan masamu di dunia?" Kita ada jawapan yang solid untuk diberikan. Nampaknya lepas ni kalau ada masa lapang, kena muhasabah diri balik. 'Macam mana pulak boleh ada masa lapang. Alwajibat aksar minal awqat. Ni mesti ada lagi amanah yang belum jalankan ni.'


Kadang-kadang dalam memikul amanah yang tetiba datang dengan mengejut dan bertimpa ni, aku jadi terfikir. Adakah nama itu juga satu amanah? Maksud aku, adakah aku bertanggungjawab untuk melaksanakan maksud nama 'AMIRA' yang telah diberikan kepada aku? Selaras dengan konteks maknanya yang sebenar? Iaitu PEMIMPIN?


I don't know.


Tapi yang pastinya Allah sedang mendidik aku untuk menjadi Amira dalam erti kata sebenar. Dan aku sangat bersyukur untuk itu. :)



Allah takkan bagi nama aku Amira, tanpa sebab :')

5 comments:

  1. Allahu Allah, sangat terkesan. "Daie ada masa lapang ker?" :'(

    ReplyDelete
  2. well said amira hafizah~

    ReplyDelete
  3. "Ada hikmahnya kenapa Allah pilih kamu untuk bercakap tentang perkara itu. Allah tahu kamu kuat untuk laksanakan apa yang kamu perkatakan." T_T
    *same here. sangat selalu diuji dengan apa yang kita perkatakan.

    ReplyDelete