expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, August 30, 2014

Jemari kaku

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menghilang, aku muncul kembali.

Banyak kisah yang berlaku, banyak cerita yang tak terluah, banyak masalah yang terpendam sepanjang setahun lebih tak menulis kat blog.

Sebenarnya kesenyapan yang ditonjolkan sebelum ni ialah tanda mogok.

Sebab ada saudara terdekat dah jumpa blog, puas kena bahan time kenduri.
Perasaan geram haritu, seolah meninggalkan satu azam bahawa aku tak nak menulis lagi.

Aku bukan apa.
Aku tak kisah orang baca aku tulis apa.
Cuma aku tak boleh tahan kalau orang cerita balik apa yang aku tulis depan aku.
Keseganan yang tak tertahan. >_<

Aku menulis kerana tak semua benda aku boleh luah secara syafawi.
Aku menulis kerana aku ingin kekalkan beberapa peristiwa dalam memori.
Aku menulis kerana dengan menulis, aku keep in track proses perkembangan diri.
Aku menulis untuk kepuasan sendiri.
Dunia penulisan ialah dunia aku melarikan diri.



An escape to another world.
So, it's quite uncomfortable when my world here is being teased.
You make me feel there's no where to escape.

Dear readers, if you want to read, read.
If you want to comment, leave some comments.
If you want to talk about what I wrote when you're face-to-face with me, go on.
But please talk in a tone that I believe you ask because you want to understand.
Not mock, nor judge.

I know I'm different from what I write.
I might be playful on the outside.
But who knows how I am on the inside?

Kadang-kadang tak semua orang aku boleh tunjuk side serius aku.
Tak semua benda aku fikir, aku boleh sampaikan kat semua jenis orang.
Kalau aku memilih untuk salurkan dalam penulisan, tak salah kan?

InsyaAllah, aku akan terus menulis selepas ni.
Stress kut selama ni mogok menulis kat blog. Haha

Walau aku tulis untuk diri aku,
Mana tahu bermanfaat untuk orang lain?