expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 13, 2014

Sunyi dalam kemeriahan

Sunyi dalam kemeriahan.

Bukan sekali, bukan dua kali aku rasa perasaan ni.
Perasaan ni datang tak tentu masa.
Dan sejak kebelakangan ini, perasaan ni selalu datang.

Sabtu lepas, aku di Turki dah pun menyambut Hari Raya Aidiladha. Sehari awal di Malaysia. Ternyata memang di sini Aidiladha lebih meriah. Especially kerana semua pelajar Malaysia serata Turki datang berkumpul dan kami dapat berkenal-kenalan.

Tapi dalam kemeriahan menyambut hari itu, aku tetiba rasa sunyi. Rasa sunyi yang teramat. Rasa sunyi yang membuatkan  aku rasa nak lari dari hiruk-pikuk suasana. Rasa sunyi yang mencengkam hati. Rasa sunyi yang tak mampu diubati dengan meriahnya keadaan.

Aku diam sebentar. Tarik nafas.

Aku keluar dari rumah Raid Solah, tempat pelajar perempuan berkumpul. Ingin mengasingkan diri seketika. Ingin mencari punca kenapa hati aku rasa begitu.

Di tangga tingkat atas, aku duduk sendiri. Tak semena-mena, air mata aku mengalir. Aku pun tak tahu kenapa. Dari tangga tempat aku duduk, masih kedengaran suara mereka di dalam rumah. Aku terdengar nama aku dipanggil. Mereka mahu mengambil gambar sebagai kenangan.

Aku kesat air mata aku dan pulang ke rumah itu dengan perasaan yang masih berbaur.

Aku cuba berlagak biasa tapi hati aku terlalu bukan dalam keadaan biasa sehinggakan aku tak mampu untuk berpura-pura. Aku mengharungi lautan manusia untuk ke tempat yang tiada mereka. Aku menyendiri lagi, kali ini di dalam bilik tetamu.  Aku perlu curahkan air mata sehingga aku puas, baru perasaan ini akan hilang.

Ketika aku beruzlah, aku buka telefon aku, dan cek whatsapp messages yang aku belum baca.

Aku  terjumpa mesej ini, dari seorang sahabat yang sekarang juga belajar di luar negara seperti aku, dan air mata aku turun lagi. Kali ini lebih lebat.

“Sebenarnya nak cakap. Aku rindu orang yang boleh buat kerja dengan ikhlas. Tanpa mengungkit. Tanpa merungut. Rindu nak jumpa korang yang strong. Yang gila tough. Yang kalau pagi petang siang malam penat pun masih mampu senyum gelak ketawa.


Kadang aku rasa sedih. Sedih tengok orang sekeliling aku. Makin sedih sebab aku tak kuat nak tegur diorang. Ya Tuhan. Lembiknya aku..

Mungkin apa yang aku rasa sekarang, akibat dari perbuatan aku dulu. Mungkin dulu aku buat kerja tak cukup ikhlas, suka merungut, dan korang yang rasa sedih dengan aku. Maafkan aku.

Aidiladha tahun ni.
Sungguh menguji aku.


Yeah mungkin Allah nak ajar aku, apa erti pengorbanan yang sebenar.
Berjuang seorang bukan mudah. Doakan aku yang lemah. Moga terus kuat di sini.”

How true is that feeling.
Seolah-olah aku menemukan jawapan kenapa perasaan aku semacam.


Aku rindu mereka.
Aku rindukan suasana bersama mereka.
Lebih dari itu, aku merindui diri aku yang dahulu.


Suasana di sini bukan tak seronok. Cuma keseronokan yang aku rasa, bukan berpunca daripada perkara yang sama seperti dulu.

Dulu mungkin letih buat program, tapi sangat seronok bila dapat penerimaan baik daripada peserta.

Dulu sangat letih meeting, tapi sangat seronok bila dapat kata sepakat.

Dulu sangat letih berfikir, tapi sangat seronok bila sedar masa luang dimanfaatkan.

Tapi sekarang..
Seronok bergelak tawa, tapi selepas itu rasa semacam, sunyi.

Seronok ambil gambar sama-sama, tapi after that rasa macam the moment just flew away.

Seronok bertukar-tukar pengalaman, tapi seolah masih belum memahami sesama sendiri.

Sekarang masih juga seronok, tapi seronok yang tak bertahan lama.

Aku lebih teringat kepada susah dan letih bersama mereka dahulu. Dan memori itu lebih menyeronokkan bagi aku. Kerana apa?

Suasana yang berubah? Atau aku yang berubah?

Isnin kemudiannya, persatuan pelajar di sini mengadakan program yang seperti daurah. Serius lebih kurang sama macam program tarbiyah yang aku pernah join dulu. Mula-mula datang, aku ternampak projektor dan skrin yang terpancar ke board yang putih. Tetiba rasa sebak bertandang.

Suasana ini. Suasana dulu.

Mendengar ceramah, sertai LDK, melontarkan pandangan, berfikir untuk ummah, merenung kembali sejarah, merangka pelan masa depan.

Satu lintasan datang ke minda aku. Suasana ini. Apa usaha aku untuk cipta?

Aku mendengar ceramah sambil berfikir perkara itu dalam otak. Sedang aku berfikir, penceramah menyuruh seorang peserta membaca ayat Surah Al-Muddatthir.

‘Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan agungkanlah Tuhanmu. Dan bersihkanlah pakaianmu. Dan tinggalkanlah segala perbuatan yang keji. Dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah!’ – Al-Muddatthir:1-7

Aku rasa air mata aku bergenang. Walirabbika fasbir! Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah!

Aku dah lama sedar. Untuk aku rasa seronok seperti suasana dulu, aku perlu bersabar dalam mendidik housemates aku. Kami semua datang dari latar belakang tarbiyah yang berbeza. Aku tak boleh expect bahan bualan dan fikrah mereka sama seperti orang sekeliling aku dahulu. Aku tak boleh expect mereka faham bahawa kesibukan dan keletihan membuat kerja kebaikan ialah kerehatan bagi seorang Muslim.


Kerana kesedaran itu, aku mahukan mereka faham apa yang aku faham. Aku tahu, dalam kalangan housemates aku memang ramai yang lebih faqih dalam ilmu agama berbanding aku. Cuma mungkin kerana posisi aku sebagai kakak, I feel much more responsible. Itu sebab aku nak buat usrah. Aku nak seragamkan fikrah mereka. Bukanlah bermaksud aku tak nak raikan kepelbagaian pemikiran. Aku nak seragamkan hadaf dan matlamat, terpulanglah wasilah bagaimana pun mereka nak guna, asal matlamat itu jelas. Supaya kami semua sedar tujuan hidup. Supaya kami saling berpesan-pesan ke arah kebenaran dan kesabaran demi mencapai tujuan yang dicita. Supaya kami nampak, matlamat kami sama; menuju keredhaan Allah yang esa.

Tapi aku tak berani.
Aku tak kuat.
Aku tak cukup senjata.
Aku rasa takde support system.

Aku terlalu risau akan outcome dan penerimaan mereka, tanpa aku berusaha mencuba terlebih dahulu. Aku terlalu takut untuk menyentuh tajuk yang agak berat, kerana gusar tajuk itu tidak kena dengan jiwa mereka. Selama ini aku buat usrah atas angin, tak susun-susun silibus kerana terlalu memikirkan tak nak mereka rasa usrah ni skema. Aku sendiri kadang-kadang rasa down dan hilang semangat nak buat usrah, kerana rasa tarbiyah dalam diri sendiri pun belum cukup mantap.  Aku rasa lemah sebab rasa takde support system aka kawan-kawan yang dah lalu pahit jerih tarbiyah bersama aku dulu. Aku rasa sedikit kecewa  bila aku lihat masalah yang pernah disentuh dalam usrah masih berlaku walaupun sudah diberi pengisian.

Namun ayat Allah dalam Surah Al-Muddatthir itu menyentap jiwa.

‘Dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah!’

Aku ingin mentarbiyah mereka, dalam masa yang sama aku mahukan result yang segera. Mahu lihat ilmu itu terus diiplementasikan. Mahu lihat mereka sebagai produk tarbiyah yang berjaya. Dalam masa yang singkat.

Sedangkan yang memegang hati mereka itu Allah.
Aku hanya boleh menyampaikan, hanya Allah yang mampu mengubah jiwa seseorang.
Walau berjuta hujah yang aku kemukakan, hanya Allah yang mengizinkan hujah itu untuk menembusi hati mereka dan mengakibatkan mereka memahami dan berubah.

Aku sendiri lupa. Diri aku ketika mula-mula kenal tarbiyah itu bagaimana.


Aku yang sering buat alasan untuk tak ke usrah. Selalu skip program. Datang usrah, muhasabah tapi selepas usrah takde action. Aku yang selepas 5 tahun, baru sedar tarbiyah itu apa sebenarnya. Alhamdulillah, berkat kesabaran orang yang mentarbiyah aku, aku akhirnya memahami kenapa aku perlukan usrah.

‘Dan kerana Tuhanmu bersabarlah!’

Amira, mana kesabaran kau?
Hanya dengan sekali beri pengisian, kau harapkan result yang mantap?
Sedangkan Allah telah mengingatkan dalam Al-Quran, “Dan berilah peringatan!” “Dan berilah peringatan!” “Dan berilah peringatan!”
Peringatan itu bukannya pendedahan. Pendedahan itu untuk kali pertama. Tapi peringatan itu berkali-kali. Berkali-kali. Tapi baru sekali dah down sebab nampak cam takde kesan? Lembik.
Kau sendiri, dahulu. Adakah kau berubah terus drastik? Bahkan sekarang kau masih belum sempurna dalam mengaplikasikan ilmu yang kau tahu!


Melihat daurah yang persatuan anjurkan, terdetik rasa kagum dalam diri aku. Beraninya mereka mengadakan program dari pagi sampai malam, sedangkan tak semua peserta pernah menyertai program sebegitu. Namun mereka lebih memikirkan sejauh mana mereka berusaha untuk mencapai outcome yang mereka harapkan daripada berfikir apa outcome yang akan terjadi jika mereka adakan program sebegitu.

Kenapa aku tak begitu?

Aku rindu diri aku yang dahulu. Serius. Diri aku yang baru kenal tarbiyah. Mungkin kerana ketika itu, aku mendapat revelation demi revelation yang aku tak pernah nampak sebelum ni, hati aku jadi lebih terkesan. It’s as if the truth was in front of my eyes and for so long I’ve refused to open my eyes. Aku jahil sebab takde ilmu and tak nak cari ilmu.

Kesedaran tentang jahilnya aku dulu membuatkan aku tak mahu kembali kepada lembah kegelapan. Biarlah cahaya tarbiyah yang datang itu tak pernah menghilang, bahkan terus bersinar terang.

Namun, manusia ini an-nisyan. Iman aku seperti ombak, kadang pasang kadang surut. Pada awal hati diketuk keinsafan, rasa seperti aku akan berubah seratus peratus. Tapi tidak. Diri masih juga lalai dihanyut arus keduniaan.

Mungkin kerana itu Allah menyuruh kepada peringatan yang berkali-kali. Aku sedar perkara itu kerana dulu aku menceburkan diri dalam sistem tarbiyah yang tersusun. Institusi tempat aku belajar mewajibkan usrah. Dan aku dapat merasai sendiri, kegersangan bila seminggu tak dapat pengisian. Usrah bagi aku, ialah medan topup iman. Kerana dalam medan itu, sesama ahli saling berpesan, saling mengingat, walau tentang perkara yang sama yang semua ahli dah tahu.

‘Ijlis bina nu’min saah. Duduk bersama kami, beriman sejenak.’

Tapi di sini, usrah bukan benda wajib. Aku tak tahu bagaimana nak mendisiplinkan usrah supaya setiap minggu, akan ada walau sekejap. Aku tak tahu bagaimana nak mewajibkan kehadiran setiap daripada kami. Lebih dari itu, aku tak tahu bagaimana nak menguruskan usrah dalam keadaan iman aku yang berombak. Aku sendiri tak disiplin. L

Aku di sini, jauh dari support system yang menguatkan aku agar aku mampu berdiri. Kawan-kawan yang seperti adik-beradik yang sentiasa ada untuk aku luahkan perasaan, sentiasa ada untuk memberi semangat supaya meneruskan perjuangan. Mereka sentiasa tadah telinga untuk dengar permasalahan, dan berusaha untuk sama-sama mencari penyelesaian. Mereka sentiasa ada ilmu baru untuk dikongsikan, dan sering memberi peringatan yang walau santai namun bisa menggetarkan hati yang kekontangan.

Aku rindu mereka. Aku rindu diri aku bila aku bersama mereka.

Bila jauh dari mereka dan sistem tarbiyah itu sendiri, aku akui, sememangnya tarbiyah itu bersifat berterusan. Bila aku terkapai-kapai, tiada yang memberi pengisian kepada aku, maka aku pun hanyut sikit. Namun dalam masa yang sama, aku sedar juga, tarbiyah itu bersifat disiplin. Walau tiada yang memberi pengisian, seharusnya sebagai orang yang faham, aku perlu mampu meneruskan amalan berbekalkan kefahaman yang ada.

Berterusan dan disiplin.
Aku perlu ditarbiyah dengan berterusan agar aku boleh benar-benar berdisiplin.
Dan aku perlu mentarbiyah ahli rumah aku dengan berterusan agar mereka benar-benar berdisiplin juga.

Kerana itu aku kata, aku rindu diri aku yang dahulu. Diri aku yang masih terikat dengan sistem. Disiplin itu yang mungkin akan memampukan aku untuk berusaha berterusan mewujudkan biah kat sini.


Waktu awal-awal aku datang Turki, memang aku tak tahu bagaimana nak pastikan aku berterusan mendapat tarbiyah. Aku tahu akan ada kelas Hayrat, tapi kerana aku belum fasih Bahasa Turki, aku risau aku tak mampu menerima dengan baik. Kebetulan pula, untuk bulan pertama, Hayrat tak adakan kelas. Makin aku tertanya-tanya, apa nasib tarbiyah aku ek kat sini?

Ada adik-adik housemates yang nakkan usrah. Aku lihat ni satu peluang. Tapi aku takut nak memulakan langkah, takut tak cukup stamina nak teruskan sebab aku sendiri tak tahu nasib tarbiyah aku cane kelak.


Namun, aku percaya bahawa kalau aku mulakan langkah untuk lakukan kebaikan, Allah akan bantu, walau pada awalnya aku tak tahu bagaimana nak atur. Allah akan tolong orang yang tolong agamaNya. Itu janji.

Aku mulakan langkah. Tapi bila dah mulakan langkah, aku rasa tak tahu pulak macam mana nak teruskan langkah. Aku rasa macam tak cukup bekalan nak buat kerja berat ni.

Tapi ternyata janji Allah itu benar. Kak Alya aka Naqibah aku sejak sekolah menengah, contact aku. Kepada dia, aku luahkan beberapa masalah yang bermain di minda. Dan dia kata, akan ada seorang kakak yang handle liqo online untuk aku bersama beberapa akhawat yang berada di luar negara. Liqo berkala. Seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Sampai sekarang, liqo tu belum bermula pun lagi. But the assurance that it will exist someday, somehow gave me strength to carry on. Kak Alya whatsapp lagi, dia akan datang Turki melawat aku. Nak bagi semangat katanya. A short message, but it gives a big impact to me. Aku serius kagum dengan Kak Alya yang masih nak menjaga tarbiyah aku walaupun aku berada kat luar negara dan tak mampu untuk bergerak kerja sebarisan dengan dia kat Malaysia. Aku nampak dia sebagai ikon murabbi yang aku ingin contohi. Dia ikhlas ingin mendidik tanpa mengharapkan manfaat daripada aku. Serius terharu weh.


Melihat orang-orang hebat di sekeliling aku, somehow ia memberi semangat kembali kepada aku yang makin lesu.

Kak Alya yang masih berterusan mengambil berat tentang perihal tarbiyah aku.

Presiden PKPIM UIA yang datang sini untuk bekerja merangkap naqib usrah lelaki batch aku,  kadang-kala mengajak berbincang dan bertukar pendapat.

PPMT Persatuan Pelajar Malaysia Turki yang bertungkus lumus mengadakan program.

Kawan-kawan aku di Malaysia yang pahit jerih dan penat lelah mereka, aku tahu melalui media sosial.

Mereka semua berusaha.
Takkan aku masih nak statik dan berputus asa?
Kata nak cipta suasana, baru susun batu-bata dah rasa takde upaya nak bina?


Allah memberi aku kekuatan dengan menghadirkan orang-orang kuat di sekeliling aku, sebagai cerminan kepada diri aku. Muhasabah balik, adakah usaha aku setara mereka? Orang-orang kuat itu bukan saja kuat, malah menguatkan orang sekeliling.

Merindui suasana dulu tak bermakna suasana itu hilang lenyap.
Mungkin Allah sedang menguji, bagaimana aku berusaha untuk mewujudkan suasana yang hilang itu di kala Dia menghadirkan rasa rindu.


Sunyi dalam kemeriahan.
Kesunyian ini Allah hadirkan, kerana ada kerja yang perlu aku lakukan untuk hilangkan perasaan ini.


“Walau di mana pun posisi yang kita berada, ada peranan yang perlu kita mainkan untuk Islam.”

P/S: Post paling cacamarba sebab perasaan tengah bercampur-baur. Tak tahu nak luah macam mana, HAHA. One day, I’ll read this post, and reminisce back how complicate was my mind. :P

No comments:

Post a Comment