expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 27, 2015

Purpose of Life

Terlalu lama rasanya jari jemari tak menari atas keyboard laptop.

Ingatkan nak sambung menulis blog selepas habis semua exams, tapi hati meronta untuk menulis sekarang. Sebab takut bila exams habis, perasaan-perasaan yang aku rasa sekarang pun akan habis. Sedangkan perasaan-perasaan yang aku ada sekarang ingin aku abadikan dalam penulisan sebagai renungan untuk masa hadapan.







Lately,
Aku sering terfikir..

Apa tujuan aku hidup sebenarnya?
Penat lelah hidup dan belajar yang aku rasa harini adakah sia-sia?
Aku patut try my best untuk further study kat Turki atau ikut jalan pintas pegi belajar kat Mesir je?
Betul ke aku nak jadi dentist?
Kenapa Allah pilih aku untuk berada di posisi aku yang sekarang dan apa peranan aku?
Kenapa aku banyak bagi nasihat kat orang seolah-olah aku sangat memahami manusia lain sedangkan diri aku sendiri tak aku fahami?
Kenapa aku susah hati dengan masalah-masalah yang menimpa sedangkan aku tahu dunia ni sementara?
Aku ini..siapa?
Aku ini..nakkan apa?
Aku ini..betul ke masih ingat tujuan hidup aku di dunia?

Aku tak tahu. Sungguh.
Dan aku nak tahu. Sungguh.

Beberapa minggu yang lepas, Allah uji aku dengan salah satu noktah terlemah aku: ayah aku risau dan sedih disebabkan aku. 

Ayah aku merasakan aku patut apply untuk dentistry kat Mesir, memandangkan tempat kat universiti Turki belum secure and boleh jadi dapat universiti yang tak diiktiraf. Tapi aku pula mempunyai pandangan yang berbeza. Aku ingin usaha sehabis baik dan lihat pengakhiran kepada episod Turki aku ini, sebelum berpindah ke alternatif lain. Aku jugak tak kisah tentang pengiktirafan sebab aku lagi mementingkan kualiti pendidikan. Tapi aku faham, ayah aku sangat mementingkan pengiktirafan kerana dia risau sekiranya aku tak dapat kerja lepas habis belajar nanti.

Aku rasa sangat sakit dalam hati bila perlu berbeza pendapat dengan ayah aku. Serius. Sebab aku tahu, ayah aku sebagai seorang lelaki mempunyai pendapat yang teguh. Dan untuk aku menyampaikan sesuatu pendapat dari sudut pandang aku, bererti besar kemungkinan aku akan menyakiti hati ayah aku dalam keadaan tak sengaja. Seolah-olah aku tak menghargai pendapat seorang ayah yang sentiasa fikirkan yang terbaik dan yang termudah untuk anaknya.

Aku sungguh tak nak berbeza pendapat. Tapi aku jugak rasa yang aku ada hak untuk menentukan kehidupan bagaimana yang aku nak. Setinggi mana rasa berterima kasihnya aku kepada ayah yang banyak berfikir tentang masa depan aku, setinggi itu juga keinginan aku untuk mencorak sendiri masa depan aku.

Aku cuba untuk tak menangis bila berbincang dengan ayah aku, sebab aku tak nak dia risau. Tapi kerisauan aku kerana kemungkinan besar aku akan menyakiti hati dia bila aku menyuarakan pendapat aku, membuatkan aku tak mampu untuk kawal tangisan. Aku menangis sepanjang bercakap, dan tangisan aku berpanjangan sehingga malam.

Selepas berbincang dengan ayah, aku solat maghrib dan solat istikharah. Aku mengadu lemah kepada Allah yang Maha Kuat. Aku mengadu jahil kepada Allah yang Maha Tahu. Aku memohon agar Allah yang Maha Penyayang membantu aku dalam menunjukkan pilihan mana yang perlu aku pilih.

Dan aku terfikir, pilihan yang aku akan buat ini menentukan aku akan further dentistry samada di Mesir atau Turki. Tapi betul ke aku ni nak amek dentistry? Betul ke dentistry ialah bidang aku?

Bila aku tak lepas pointer time asasi dulu, aku pernah jugak mempersoalkan perkara yang sama. Adakah tempat untuk aku further dentistry bukan di UIA, atau sebenarnya course dentistry yang aku nak pursue tu bukan ditakdirkan untuk aku?

Jujur aku kata. Aku tak tahu aku minat apa sebenarnya.

Waktu kecik, selain daripada membaca, aku minat melukis. Membuatkan aku pernah terfikir waktu Form 4, nak sambung aliran Lukisan Kejuruteraan. Aku menyuarakan hasrat (yang tak serius mana) kepada ayah aku, dan ditolak terus haha. Akhirnya masuk Science Stream.

Aku bukanlah lahir-lahir terus minat sains. Tapi minat aku dihalakan ke arah sains. Aku didedahkan dengan subjek-subjek sains, membuatkan aku minat dengan sains. Dalam masa yang sama, aku jugak berminat dengan bahasa english and arab, juga subjek pendidikan islam. 

Bila masuk DQ, minat aku terhadap subjek ilmu wahyu makin berkembang. Aku berminat pulak untuk lebih mendalami Islam.

Pendek cerita, aku ialah manusia yang mudah untuk minat dengan apa yang didedahkan kepada aku.

Tapi bak kata orang, semestinya dalam banyak-banyak bidang yang kita minat, ada satu bidang yang paaaaaling kita mahu dan mampu. Bidang itulah yang kita kena cari dan kuasai.

Sejujurnya, mengenal pasti apakah bidang itu ialah satu ketakutan untuk diri aku.

Sebab aku tahu, ayah aku dah pun meletakkan harapan untuk aku menjadi doktor sejak aku kecik. Dan aku takut sekiranya aku dah mengenal pasti minat aku yang sebenar, aku akan terpaksa menghancurkan harapan ayah aku yang dah bertahun lamanya tu.

Aku memang minat dengan silibus kedoktoran tapi aku tak melihat diri aku sebagai seorang doktor in the future. Aku tak nak hidup dengan on call and bekerja siang malam tak tentu masa. Sebab tu aku mintak diskaun untuk jadi dentist. Masih lagi dalam bidang yang lebih kurang sama, itu pun mengambil masa bertahun jugak untuk ayah aku terima yang aku nak jadi dentist, tak nak jadi doktor.

Malam aku menangis itu, aku terfikir. Aku dah tak boleh berpatah arah, aku kena amek dentistry walau apa pun. Cukuplah aku kecewakan ayah aku awal-awal dulu sebab tak nak jadi doktor, aku cuma ada ayah je sekarang untuk aku gembirakan. Memandangkan aku bukannya tak minat sains pun, jadi takde salahnya kalau aku jadi dentist kan?

Dan aku mula merasionalisasikan pilihan aku untuk further dentistry.

Apa yang aku nak capai dari course tu, apa yang aku nak jadi dalam masa depan? Aku mula mencorak.





Aku melihat kerjaya sebagai dentist ialah kerjaya yang paling boleh satisfy my passion in other fields. 

Di klinik gigi, minat aku dalam sains akan aku salurkan dalam merawat patient. Minat aku dalam seni akan aku salurkan dalam merekacipta model gigi untuk patient. Minat aku dalam memahami dan berinteraksi dengan manusia akan aku salurkan dalam maintaining a good relationship with the patients. Memandangkan aku sendiri adalah manusia yang lebih selesa sharing dengan group yang sedikit berbanding bagi ceramah kat orang ramai, aku boleh gunakan personal appointments dengan patients sebagai ruang untuk aku berdakwah. Minat aku dalam pengajian Islam akan aku salurkan dengan berkongsi nasihat dengan patients.

Aku cuma akan bekerja di klinik gigi pada waktu office hours, jadi waktu malam aku boleh gunakan untuk buat benda lain yang aku minat. Memandangkan aku ni perempuan, bakal menjadi isteri dan ibu orang, maka ketidakwujudan oncall mewujudkan ruang dan peluang dalam sehari-hari untuk meluangkan masa dengan family. Occassionally malam-malam, boleh mengajar budak-budak kawasan perumahan mengaji Al-Quran dengan bertajwid. Siang melunaskan amanah sebagai seorang graduan pergigian, malam melunaskan amanah sebagai seorang penghafaz Al-Quran.

Bila aku dah jadi pakar, aku bercita-cita untuk buat kajian, tentang perkaitan gigi dan Al-Quran. Dari sudut saintifiknya, dari sudut bagaimana penjagaan gigi itu penting dalam memastikan kita dapat menjaga tajwid dalam bacaan Al-Quran. Minat aku dalam bahasa akan aku salurkan dengan membuat research dan soal jawab dengan pelbagai jenis masyarakat yang berbeza lahjah dan cara hidup (merokok, makan gula-gula, sebarang perlakuan etc yang affect kesihatan gigi). Mungkin dengan perkaitan yang cuba aku buktikan, aku boleh membangkitkan kesedaran kepada masyarakat bahawa menjaga kesihatan gigi bukan sekadar satu rutin, tapi satu tuntutan agama. Minat aku dalam menulis akan aku salurkan dalam publish buku.

Besar betul cita-cita Amira ni ye. :)




Itulah mindset yang cuba aku terapkan, in order untuk aku redha dengan course yang aku nak further. Aku sangat takut sekiranya aku tersalah buat pilihan, takut aku tak gembira dengan kerjaya ni di masa depan. Jadi aku cuba untuk adil dengan setiap minat yang aku ada dan corakkan dari awal bagaimana aku akan salurkan minat-minat tu dalam kerjaya yang aku nak further.

Malam itu, aku telah memutuskan. Aku redha dengan Dentistry.

Ok Dentistry dah confirm. So now, Mesir ke Turki? 

Malam itu, berat juga memikirkan. Pendapat ayah aku memang betul, lagi mudah sekiranya aku apply je Mesir sebab result SPM and asasi aku memang melayakkan untuk further course tu kat sana. Tapi aku dah jatuh sayang dengan negara Turki. Aku suka melihat Turki yang memandang tinggi pada pendidikan, membuatkan aku teringin untuk belajar dalam sistem pendidikan negara dia. Aku kurang peduli dengan pengiktirafan sebab aku rasa sekiranya aku dapat gain skills yang bagus daripada education system yang bagus, insyaAllah soal universiti diiktiraf atau tak diiktiraf tu takkan jadi masalah. Aku jugak nak sambung belajar kat Turki sebab nak khatam belajar Risale-i-Nur dengan jemaah Hayrat. Bediuzzaman Said Nursi membuat risalah itu salah satu sebabnya juga adalah untuk mengasimilisasikan Sains dan Al-Quran. Memandangkan visi Program Pensijilan Darul Quran UIAM jugak ialah untuk melahirkan para hafiz hafizah yang bukan saja menghafaz Al-Quran tapi profesional dalam bidang sains seperti islamic scholars yang lama, aku rasa belajar kat Turki mampu menyambung visi yang tertunggak itu.

Tapi setinggi mana keinginan aku untuk sambung belajar kat Turki, hakikatnya aku sendiri tak tahu apa yang terbaik untuk aku. Boleh jadi pergi Mesir lebih baik.

Kerana itu, malam itu aku menangis sungguh sungguh. Sungguh aku lemah dan jahil, hanya petunjuk dari Allah yang boleh membuat aku yakin dengan jalan yang aku pilih.

Malam yang penuh dengan tangisan itu berlalu. 

Keesokan harinya, Pah dari Malaysia whatsapp aku, katanya dia mimpikan aku hari semalamnya. Dia mimpi aku bacakan ayat Fattabiuni kat dia.

Aku mintak Pah cerita mimpi tu dengan lagi lanjut, mana tahu kut kut jawapan istikharah aku, Allah hantar dalam mimpi dia ke kan? Haha

Tapi aku tak dapat nak relate mimpi dia dengan apa yang aku lalui waktu tu. Lastly, that day aku teruskan kehidupan cam biasa and malam tu sambung tilawah Al-Quran mula dari tempat yang aku berhenti, dan aku terjumpa ayat Fattabiuni.

Di page yang ada ayat Fattabiuni tu, ada satu ayat Al-Quran yang aku highlighted.



'(Ingatlah) pada hari (ketika) setiap jiwa mendapatkan (balasan) atas kebajikan yang telah dia kerjakan dihadapkan kepadanya, (begitu juga balasan) atas kejahatan yang telah dia kerjakan. Dia berharap sekiranya ada jarak yang jauh antara dia dengan (hari) itu. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (siksa)-Nya. Allah Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya.' - Ali-Imran:30

Bila baca ayat itu dan tafsirannya, automatik air mata aku mula mengalir. Seolah-olah aku menjumpai jawapan bagi persoalan yang aku kemukakan dalam istikharah aku.

Aku terlalu risau akan masa hadapan, aku akan belajar di mana, universiti diiktiraf atau tak etc sehingga aku seolah-olah lupa, kehidupan aku tak terhenti setakat di dunia saja. Akhirat itu ada, kenapa aku lebih merisaukan urusan dunia aku yang sementara? Kenapa aku tak merisaukan urusan akhirat aku yang kekal itu lebih dari masalah-masalah duniawi yang akan pergi ini?

'Dia berharap sekiranya ada jarak yang jauh antara dia dengan (hari) itu.'

Ya. Aku hidup hari ini, seolah-olah aku menganggap kiamat itu masih jauh. Secara logiknya melihat kepada betapa aku terlalu sibuk dan risau dengan urusan dunia, memang secara tak langsung bererti aku mengharap bahawa kematian, hari kiamat, kehidupan akhirat itu masih jauh dan tak perlu dirisaukan buat masa sekarang.

'Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (siksa)-Nya. Allah Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya.'

Allah sayang kau, Amira. Jadi Allah ingatkan kau balik tentang wujudnya hari kiamat, wujudnya kehidupan akhirat. Allah mengingatkan kau, tentang prioriti kehidupan kau kat dunia. Kenapa kau dihantar ke dunia. Kau dilahirkan sebagai hamba yang tugasnya menyembah, kau dilahirkan untuk akhirat. Dunia ini hanya tempat untuk Allah uji sebelum kau kembali ke tempat yang sepatutnya kau pergi. Maka kenapa perlu kau risau akan kerjaya kau di masa hadapan lebih dari kau risau dengan nasib kau kelak di akhirat? Dunia ini sementara, boleh jadi sebelum sempat jadi dentist, Allah dah pun tarik nyawa kau. Sekiranya dalam proses untuk kau jadi dentist tu, niat kau belajar tak kau betulkan, tujuan kau hidup tak kau ingat, kerjaya lebih kau kejar berbanding tugas kau menyembah, maka sia-sialah semua penat lelah kau. Sia-sia. Niat kena jaga.

Malam itu, aku tidur dalam tangisan juga. 
Tapi tangisan itu bukan lagi tangisan seorang manusia yang merisaukan urusan dunianya,
Itu ialah tangisan seorang hamba yang baru tersedar akan tugas sebenarnya di dunia.

Malam tu aku mimpi Pah hantar aku kad, dalam tu penuh dengan kata-kata semangat. Lepas tersedar, aku lupa dah ucapan apa yang ada dalam kad tu. Tapi apa yang aku ingat, ialah aku sangat gembira lepas mimpi tu. Sangat gembira. Dan mood aku hari itu baik.

Allah'ım, ağlatan sensin, güldüren de sensin.
Allah menghadirkan perasaan sedih tu hanya sehari, kemudian Dia gembirakan aku balik. Mana taknya aku bersyukur, adanya Allah dalam hidup aku. :')

Lepas-lepas tu, tak ingat bila. Ayah aku kata, dia tak kisah dah pasal pengiktirafan kat Mesir. Dia just nak aku try my best untuk exams yang mendatang and usaha untuk dapat universiti yang diiktiraf kat Turki. Kalaupun dapat yang tak diiktiraf, ayah aku dah bagi izin untuk aku teruskan belajar kat sini.

Allah yang Maha Membolak-balikkan hati telah mengubah keputusan ayah aku.

Hari-hari yang mendatang, aku belajar dengan semangat baru. Stres mula hilang, sebab aku dah makin jelas dengan tujuan aku belajar. Aku sebagai manusia hanya mampu berusaha semampu mungkin, dan serahkan segala usaha aku kepada Allah sebagai wakil untuk menentukan keputusannya. Selagi mana aku dah lakukan apa yang aku boleh, takde perkara lain yang perlu aku risaukan.

Allah yang Maha Mengetahui akan memutuskan apa yang terbaik.




Lately aku makin sedar. Hidup ada Allah, memang membahagiakan. Sebab manusia ni lemah untuk mencatur sebarang urusan, dan mereka perlu tempat untuk bersandar. Adanya Allah bererti kurangnya beban kita sebagai manusia yang lemah, kerana kita tahu Allahlah pencatur urusan yang terbaik. Maka selayaknya manusia kena bergantung dan percaya kepada Allah.

Aku tulis post ni, untuk aku kenang di masa hadapan. Sekiranya Allah mentakdirkan aku untuk berhadapan dengan event yang tak aku jangka dan tak aku harapkan, aku harap penulisan ni boleh mengingatkan aku tentang betapa urusan dunia ini tak perlu disedihkan kerana dunia ini tak berkekalan.

Sekiranya aku dapat course dentistry and rasa nak give up halfway sebab course tu susah, aku harap penulisan ni boleh mengingatkan aku kembali tentang tujuan aku nak jadi dentist dan manusia seperti apa yang aku harap untuk jadi dalam masa depan.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini untuk adil dengan setiap amanahnya. Bantulah hambaMu ini dengan urusan dunia dan akhiratnya. Sesungguhnya keterhijaban masa hadapan tidak memampukan aku untuk mengagak jalan hidup aku bagaimana. Aku hanya mampu bersangka baik denganMu dan merelakan diri aku untuk menurut percaturan yang telah Kau rencanakan.


'Wahai Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri. Dengan RahmatMu aku berharap. Perbaikilah untukku urusanku keseluruhannya. Dan jangan kau tinggalkan aku dengan diriku walau sekelip mata.'

Amin.

2 comments:

  1. Jadi ni lah ceritanya kan Mirae. Wajarlah taknak cerita sebab memang panjang kalau nak cerita dan kaitannya dengan Pah (thanks sebab tulis). Banyak2 ayat al Quran, yang saya pernah ingat tentang Mirae, ada dua. Dan salah satunya, ayat nilah. Ali-Imran ; 30. Saya ingat lagi Mirae tengah baca dalam masjid, tiba-tiba Mirae nangis dan saya terpinga-pinga. Saya ingat Mirae tensen hafal Quran, semangat je nak pujuk. Tiba-tiba Mirae cakap, Mirae sedih bila baca dan tadabbur ayat tu. Dan saya cukup tersentap sebab tak pernah fikir macam tu.

    Thanks Mirae atas peringatan yang cukup menyentuh hati. Saya pun pernah fikir benda yang sama dulu, esp bila kena repeat year, sampai ada rasa nak tukar course. Since datang sini, kadang saya baru sedar saya lebih minat agama, lagi-lagi bila kedudukan syariah yang betul dekat dengan saya. Tapi fikir-fikir balik, baik dan buruk, cuba fikir positif dan rasa inilah jalannya.

    Moga Allah mudahkan jalan awok selalu Mirae, dan jalan kita semua. Moga segala usaha-usaha kita, segala penat lelah, ada nilainya di sisi Tuhan, ada manfaatnya kepada agama.

    RIndu awok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak nak cerita syidoh, cuma tak tahu nak cerita macam mana. Hehe. InsyaAllah lepas habis semua exams, kita skype ye? Lama tak dengar awak bercakap. Nak kutip banyak nasihat ni. Ohye btw, walaupun kte jarang comment kat blog awak, jangan ingat kte tak baca..haha. Kte kan stalker berprestasi tinggi, jangan lupa. ;)

      Setiap kali terserempak dengan Hadid:16 pun kte selalu teringat kat awak. Kehkeh. Ayat apa lagi satu yang awak ingat pasal kte? Bukan ayat pasal kawen kan? Haha

      Life is really a secret, kan? But knowing that Allah is by our side and everything was planned, we feel much braver to discover what the future awaits us. InsyaAllah, jalan hidup kita yang terpintal tersimpul ni ada hikmah yang tersembunyi, cuma kita perlu bersabar dalam mencari.

      Moga Allah mudahkan jalan hidup awak jugak. :)

      Good friends are like stars, you don't always see them but you know they are there.
      True, you are always there.
      Jangan lupa kte dalam doa awak, tau.

      Yıldızım, seni göremesem de varlığını bilirim.
      Hayatımda olduğun için rabbime teşekkür ederim.

      Delete